Kisah Tauladan : Seekor Ayam Dalam Seekor Helang

Share on Tumblr

Kisah kecil ini ada pengajaran besar. Dikisahkan seekor ibu ayam telah mengeram sebiji telur burung helang bersama telur-telur ayam yang lain. Sampai waktunya maka telur pun menetas dan lahirlah seekor anak helang yang membesar bersama anak-anak ayam yang lain. Bagi seekor anak helang itulah ibunya dan anak-anak ayam itulah saudara-saudara sepermainannya. Hiduplah mereka bersama, belajar dan mencipta pengalaman baru.

Suatu hari seekor helang terbang diruang udara di kawasan lingkungan hidup mereka. Ibu ayam memberi signal berjaga-jaga dan bahaya kepada anak-anaknya termasuklah anak helang yang seekor itu. Lalu bersoallah si anak helang itu mengapakah si helang yang sedang terbang itu berwajah mirip seperti wajahnya dan mampu terbang bergaya di udara.

Ibu ayam menyuruh anaknya bernama si helang itu diam dan jangan banyak soal kerana awak itu ayam. Ayam tetap ayam, maka jangan dok berangan nak jadi sang helang. Begitulah juga nasihat dari saudara sepengeramannya. Nasihat dari kawan-kawan sepermainannya juga sama. Hargailah dirinya sebagai seekor ayam, maka silalah punya jati diri sebagai ayam. Mencakarlah seperti ayam. Belajarlah berkokok seperti ayam. Segala-galanya ayam dan ayam.

Itulah tarbiah diterima setiap hari. Itulah yang diprogram setiap hari dalam minda seekor anak helang itu. Hasilnya walaupun anak helang ini mempunyai potensi untuk menjadi helang yang boleh bergaya terbang di udara tetapi kerana desakan demi desakan dan program demi program yang menyatakan dirinya adalah ayam, maka jadilah si helang ini seperti seekor ayam.

Pesanan saya, jangan jadi seekor helang yang terperangkap dalam dunia seekor ayam. Potensi diri yang hebat janganlah disia-siakan. Serlahkan wajah sebenar anda.

Sumber : Gen6kpu

Kisah Tauladan : Seekor Ayam Dalam Seekor Helang

5 Komen:

aein berkata...

BIASA JE CITE NI.............

aris berkata...

blognya bagus,
salam kenal..
need IT???
http://www.linovtech.com

Doo@Patah berkata...

msej tu penting

ude n da mee~ berkata...

gud

Helang berkata...

tu sebab ada yang batang kecil tknak berusaha untuk manjadi jantan yang mantap tu lah jadinya.. berpuas hati macam seekor ayam dalam lingkup ayam je.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.