Rancangan SURIA CINTA

Share on Tumblr Salam suria cinta buat anda. Kali ini Lin akan berkongsi bicara tentang apa yang sering dikata sebagai cinta sebenar.

Hakikatnya, apabila kita ditakdirkan jatuh cinta, pasti akan berlaku banyak perubahan dalam kehidupan kita apatah lagi jika cinta kita itu berbalas sama ada dari sudut perasaan, corak pemikiran jua cara penampilan.

Apabila terbitnya getar cinta maka akan bermulalah detik-detik indah dalam pentas kehidupan kerana kita tahu ada insan yang sudi mengisi kekosongan hati yang akan sentiasa berada di sisi hati dan diri kita dalam apa jua situasi.

Tak dapat dinafikan hadirnya si dia pasti turut memberikan inspirasi dan semangat dalam kita melaksanakan apa saja tugas yang ingin dilakukan. Namun, janganlah kita terlalu mengimpikan hanya cerita-cerita indah sahaja yang bakal mewarnai pentas cinta kita kerana dalam realiti tak semua daripada kita bernasib baik dalam mendapat pasangan.

Kerana ada juga di antara kita yang bertemu dengan insan yang bijak melakonkan watak dalam mengaburi pandangan juga demi merajai hati dan perasaan kita agar terkunci hanya buatnya. Ia sering berpunca daripada tiadanya ketulusan hati dalam menjalinkan ikatan cinta dan si dia hanya ingin bersama kita demi memenuhi tuntutan serta tujuan tertentu atas tiket kepentingan peribadi.

Namun bagi yang memiliki cinta sejati, dari si dia yang benar ikhlas, sekalung tahniah Lin ucapkan kerana anda cukup bertuah dan pesan Lin hargailah anugerah terindah itu sebaik mungkin dan perlu sentiasa bersyukur kehadrat yang Esa di atas kurniaanNya dan sebagai tanda menghargainya, kita perlu sentiasa berusaha untuk memupuk dan memperdalamkan perasaan cinta dari semasa ke semasa.

Lin turut mendoakan agar bahagia terus menjadi milik kalian berdua hingga ke akhirnya. Namun bagi yang kurang bernasib baik, kerana ditakdirkan bercinta dengan insan yang hanya ingin memainkan perasaan kita semata-mata, harapan Lin, banyakkanlah bersabar serta tabah dalam mengharungi apa jua cabaran yang melanda dan percayalah setiap apa yang dilakukan dengan diiringi niat yang negatif takkan mampu bertahan lama.

Masa pasti akan menjadi saksi dan segalanya akan terlerai jua kerana insan yang baik itu adalah untuk pasangan yang terbaik saja.

Ok, jangan lupa bersama Lin untuk kita bersama mendekati dunia cinta.

Terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali kali kita lupa dari mana asal usul kita…Jumpa Lagi.

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, yang ke udara di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu) . Keudara setiap Ahad mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 malam.

Kirimkan penyertaan seperti puisi, warkah, madah cinta anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan ke 03-40439125.

Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke lin@suriafm.com.my atau klik Facebook “Lin Suria Cinta” di www.suriafm.com.my. Wassalam..

Oleh DJ LIN
Rancangan SURIA CINTA

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ku cintai lebih dari sglanya,ku cintai dia dengan sepnuh jiwa rgaku,i luv u so much,ku hnya ada dia sahaja dalam hidup ku,ku amat cintai dia sepnjang hytku bersama dia,tetapi dia sering buat sdh walaupn ku xambk sekalipn,ku hnya dmbakan hti ini dengan hati yg sbr...sayangi daku,peluklah daku,jnji dengan ku semai cinta nan satu,tuhan menguji tak kan berhenti,hanya ku pinta sama setia menjaga hingga ke alam syurga.

Tanpa Nama berkata...

ku berharap suatu hari nanti ia akan tahu betapa tulusnya cinta itu,kerana cinta itu adalah anugerah dari tuhan yang kuasa,spt cinta nabi muhammad dengan siti khadijah.

Tanpa Nama berkata...

saya baru terdengar rancangan ni. so banyak yg saya x tahu lagi. hope suria cinta dapat membantu saya dalam usaha saya untuk mendirikan masjid. saya dah x tahu nak wat mcm mana. saya dah buntu. solat telah saya lakukan. kepada yg pernah wat dia akan faham. dalam mimpi tu kita nampak siapa jodoh kita tapi sesudah sedar kita x dpt nak igt wajahnya. hope ada yg sudi berkawan dengan saya. kalau boleh yg sedang serius

Tanpa Nama berkata...

segala tentang cinta bermula dari dalam hati dan perasaan.cinta itu indah tapi jangan terlalu ikut hawa nafsu yang berlebihan.

Tanpa Nama berkata...

ku mencari sesuatu yg indah di dalam setiap liku2 hidup cinta hingga kini tidak kesapaian...ku dn diri ku tdk akn putus asa..ape yg ku cari kannn utk muuu..ku sudi menerima sape sahaja yg ingin berkenalan atau berkawan dgn kuuuu

Tanpa Nama berkata...

cinta anugerah allah sawt nuat hamba nya,,, permulaan allah mengutuskan mahluk ciptaan nya bagi melihat kasih nya ,,, dan allah menarik nikmat cinta itu sebagai ujian untuk hamba nya yang setia,..,., ketauilah allah lah di sebalik mahluk nya itu,..,,.masyaallah indah nya islam

rahmathassan muhamat berkata...

ddddd

rahmathassan muhamat berkata...

cinta milik setiap mahluk ciptaan nya,.,.,.,.,. terima kasih suria cinta yang memberi ruang di hati untuk mengubat hati yang tercari cari kasih sebenar nilai sebuah cinta dan tetiba ruang minda ini terdengar suara merdu memain madah cinta dan lagu lagu yang membelai lalu aku terlena di buai rasa kasih buat pengubat rindu pada mahluk nya ,.,.,,.,.,. hati ini sempat menilai ruang cinta seblum ku temui cinta abadi 2005 ,.,. selamat tinggal madah cinta,,.,.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.