Puisi: Setelah Mengahwinimu Kekasih

Share on Tumblr Setelah mengahwinimu kekasih
semakin kukenali diri ini
segunung tanggungjawab yang menunggu
tak semudah ikrar yang kulafazkan dahulu
betapa sederet impian tak tergenggam
dek desakan keperluan
yang pelbagai & mahal

Namun kusanjung murni keredaanmu
memanjat syukur sekadar yang ada
dalam tenang menenun kesabaran
memahami hakikat kesulitan mencengkam
meskipun segugus impian yang terpendam
masih tak bisa kujelmakan.

Setelah mengahwinimu kekasih
semakin kufahami diri ini
kiranya lafaz janji dahulu
bersalut mainan perasaan cuma
barangkali dek keinginan yang membara
mahu menakluk lakaran cintamu
kerana engkau bak unggas yang bebas
dan saya pemikat yang bimbang tertewas.

Maafkan!

~ Mohd Kassim Mahmud Puisi: Setelah Mengahwinimu Kekasih

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.