Warna Aura Lambang Keperibadian

Share on Tumblr Dalam psikologi sudah diakui bahawa setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu. Warna aura tidak akan menipu siapa diri anda sebenarnya.

Warna aura adalah bahagian dari keadaan diri seseorang yang membabitkan keperibadian, karakter, kesihatan dan kejiwaan.

Namun warna ini boleh berubah mengikuti keadaan diri seseorang. Warna aura berkenaan dapat dihuraikan di bawah:

Merah

Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam. Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang ke hadapan, tidak sensitif dan ego, pemimpin, suka mengkritik, mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar. Ia turut melambangkan seorang itu suka bersaing, berani bertindak, tekad dan juga panjang akal.

Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan.

Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapatkan apa diinginkan. Mereka ini suka bertengkar, ego dan kurang sensitif.

Jingga

Mengungkapkan kehangatan. Orang yang mempunyai aura berwarna jingga sukakan kesenangan duniawi, tentangan, berkhayal, membantu orang lain, menyendiri dan tidak suka di kawal atau di kongkong. Kebaikan mempunyai aura jingga adalah mereka dikategorikan sebagai mempunyai akal yang panjang dan kreatif. Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa lawan dan siapa kawan.

Keburukan mempunyai aura berwarna jingga adalah terlalu mementingkan diri sendiri. Lazimnya mereka kurang suka hidup berkeluarga dan lebih gemar bersendirian.

Kuning

Mengungkapkan intelektual. Orang yang mempunyai aura kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko, seorang yang peka dan penuh prihatin, setia dan sukakan kebebasan.

Kebaikan mempunyai aura kuning adalah mereka suka bersukan, sangat prihatin dengan penampilan diri dan mementingkan kesihatan yang baik.

Keburukan mempunyai aura kuning adalah mereka agak pemalu sekiranya berada di kalangan orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka adalah orang yang suka memberontak dan tidak mudah berkongsi perasaan sedih dan juga masalah dengan orang lain.

Hijau

Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan. Mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain. Keburukan mempunyai aura berwarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya. Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat. Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh lawan berdebat dengan mereka.

Biru

Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi.

Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.

Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.

Indigo

Mengungkapkan sifat bijak yang amat mendalam. Seorang yang halus dan lemah. Mempunyai kulit putih dan pucat dan tidak suka keluar rumah. Mempunyai sifat keanak-anakan dan mempunyai perasaan yang peka. Kurang bertanggungjawab dan suka mengagungkan dan membanggakan diri sendiri.

Kebaikan mempunyai aura berwarna indigo adalah mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat mendalam. Keburukannya mereka kurang pandai berkomunikasi dan suka menyendiri.

Ungu

Mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam. Seorang yang dinamis dan berkarisma, mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati. Selain itu, meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik.

Oleh Dr Noordin Darus

Warna Aura Lambang Keperibadian

17 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam...nape xley nak copy ni...nak select pun xbley,,,,

Tanpa Nama berkata...

wah...
i love blue cOlouR!!!!!

Tanpa Nama berkata...

mne wrne putih?? sy suke wrne putih.. =((

Tanpa Nama berkata...

pd tanpa nama berkata..
awk kne buka melalui html
(klik pd view > page source > paparan html akn terppar)
awk cr la di setiap himbunan ayat2 2..
cari dengan berhati-hati k...

selain warna2 di atas mcm mn plak??

Tanpa Nama berkata...

warne putih takde ke???

Tanpa Nama berkata...

sye suke wane putih,merah nun biru..

Tanpa Nama berkata...

banyak info bleh dpt...i love blue colour tp yg lain pon chantik gak

Tanpa Nama berkata...

warna gelap plak???

fatin berkata...

macam mne nk tau wrne kte sndri?

Tanpa Nama berkata...

asal xde wwane pink????

Tanpa Nama berkata...

sy mempunyai aura kuning disekeliling..tapi wane aura hijau berada di bahagian atas kepala..wane aura diri kita sememangnye akan menunjukkan perwatakan kita..tapi wane aura y paling dominan adalah wane dia bahagian atas or bhagian badan?

Tanpa Nama berkata...

huh

syaz dyna berkata...

ta fhm

ekyn and chips berkata...

wah ade kne mgena n sya laa

fiemma88 berkata...

ape yg dkata kn over roll brkaitan ngn diri sy...tp ape pon ia brmula dr diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Macam mane nak tahu kita punya warna aura apa?

Putera Ah QUI Tok Bak Kata PEpatah berkata...

Saya warna aura biru ni...
Kalau putih meliputi semua warna....
Apalah korang ni...
P belajar ilmu tendai tingkat tinggi...
Nanti akan diajar mengenali warna aura lebih terperinci..
Dahsyat....
Ramai2 p belajar lgi bagus...
Letgo.....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.