Rahsia Personaliti - Membaca Raut Wajah

Share on Tumblr
Bentuk wajah

Panjang dan tirus:
Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.

Bulat: 
Bentuk mukanya yang bulat menandakan dia seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak tawa.


Lebar: 
Dia bersikap toleransi, mudah sedih dan mempunyai wawasan yang luas.
Bersegi: Memiliki keinginan yang kuat dalam mencapai segala impian. Pemilik wajah seperti ini tergolong mereka yang suka duduk diam.

Dahi

Licin: 
Jenis seorang yang kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.
Berkerut: Apabila kerutan dahinya tampak garis-garis horizontal, ia menunjukkan individu tersebut bersikap cepat marah tetapi memiliki karisma yang tinggi.


Mata:

Tegang
Apabila terdapat bahagian putih mata di antara iris atau selaput dan bahagian bawah kelopak mata pada kedua-mata mata, itu menunjukkan individu tersebut sedang tertekan dan begitu khuatir.

Menentang
Apabila bahagian putih terlihat di bahagian atas iris, ia bererti selain tertekan individu tersebut juga mempunyai sikap 'gatal'.

Terpisah
Apabila bahagian putih kelihatan di sekeliling iris, lebih baik anda hindari individu seperti ini. Ia menunjukkan jiwa mereka tidak stabil dan cepat marah.

Alis

Lurus: 
Alis mata berbentuk horizontal menunjukkan dia seorang yang gagah dan gemar berdebat.
Melengkung: Apabila memiliki bentuk alis mata yang melengkung, individu tersebut tergolong dalam kalangan mereka yang suka berjenaka.

Tipis: 
Seorang yang kurang mempercayai diri sendiri terutama apabila alis mata agak ke atas dan melengkung.
Menyambung: Apabila melihat alis mata yang menyambung, bererti anda sedang berhadapan dengan seorang pemikir dan dapat berkongsi manfaat dengan memberikan semangat kepada mereka.

Kelopak mata

Kecil: 
Apabila jarak antara bahagian atas kelopak mata dan bulu mata kelihatan terlalu dekat, ia menunjukkan individu tersebut begitu peka dan dapat memelihara jarak perhubungan dengan orang lain.

Lebar: 
Kelopak mata bersaiz lebar menandakan pemiliknya memiliki sifat yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

Hidung

Kecil: 
Orang yang berhidung kecil umumnya memiliki sikap yang lemah. Dia juga seringkali tiada kekuatan untuk diri sendiri dan fikirannya selalu berubah-ubah.

Besar: 
Hidung besar menandakan individu itu mempunyai inisiatif, mantap serta memiliki karakter yang kuat.

Leper atau penyek: 
Hidung yang besar tetapi leper biasanya milik seorang yang tidak kaku dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hanya percaya pada diri sendiri, mudah bergaul dan bersikap berani.

Mancung: 
Biasanya mereka mempunyai sifat berterus terang dan agak pedas ketika berbicara. Mengagumi diri sendiri, sukar untuk membuat keputusan dan peka terhadap sesuatu perkara.

Telinga

Kecil: 
Biasanya individu ini sentiasa berasa tidak aman tetapi pada umumnya tahu apa yang mereka inginkan. Individu ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kuat bekerja keras.

Tajam: 
Bersifat kaku dan tidak santai.

Telinga yang berambut: 
Pemiliknya bersifat cermat dan teliti. Namun, waktu dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk hal-hal yang tidak penting.

Dagu dan rahang

Rahang bersegi: 
Bersifat keras dan memiliki kemampuan untuk membuatkan segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan.

Dagu yang menonjol keluar atau runcing:
Merasakan dirinya penting dan selalu bercakap benar. Menurut pendapatnya, tidak seorang pun yang benar kecuali dirinya.

Pipi

Lesung pipi: 
Selain membuat individu tersebut tampak menarik, lesung pipi juga menjadi simbol keserasian pemiliknya.

Bibir

Tebal: 
Bersifat murah hati dan senang membicarakan tentang dirinya sendiri.

Tipis: 
Apabila bentuk bibirnya tipis dan bulat, ia menjadi tanda keperibadian yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal: Menunjukkan individu ini jenis seorang yang meyakinkan dalam segala perbicaraan Rahsia Personaliti - Membaca Raut Wajah

35 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bst tp x fhm ckit laa,...

pinky berkata...

a`aa..sukar utuk memahami...............

Tanpa Nama berkata...

emmmmm....ape la....kurang fhm tau

Tanpa Nama berkata...

ermmm..meme kure pehe,..

Tanpa Nama berkata...

patut d sertakan dgn ilustrasi or gambar.. lg specific

Tanpa Nama berkata...

i like... :)

Tanpa Nama berkata...

ble bagi ngan contoh gambar x

Tanpa Nama berkata...

alhamdililahhh... ada pengajaran yang kita dapat ambil daripada ilmu ini...

Tanpa Nama berkata...

urmmm suma tuh ada juga yg berkaitan dgn diri sy n syg sy....harap2 we all kekal....

Tanpa Nama berkata...

payah nak pyah...lau ltak gamba mgkin senang...

Tanpa Nama berkata...

boleh caye kew??..

Tanpa Nama berkata...

mulut menyembunyikan kejujuran tapi wajah membongkarnya..

Tanpa Nama berkata...

kejernihan air muka mencerminkan iman seseorang..

Tanpa Nama berkata...

paham tau

Tanpa Nama berkata...

ea ker....erm mustahil

dumi berkata...

okk jer...sbnarnya nk carik kata2 hikmah untuk pngucapan awam esk,tp tpesong kcnie lakk....bess! saya dumi damaduka..leh la add sy..hihiihi

Tanpa Nama berkata...

behhhhhhhhh r jgk tppppppppppppp x brape fhmmmmm.........

Tanpa Nama berkata...

bezz.. tp xtrcapai d akal qu...

Tanpa Nama berkata...

ilmu yg amt bgune utk mcari kwn yg baek....tp bkn 100% adlh btol....ssungguhye ALLAH maha mgtahui...

Tanpa Nama berkata...

agk k0npius den..

Tanpa Nama berkata...

boleh fhm tp siket kompius ngh wjah...

Gadafi berkata...

Semua ini sekadar ramalan, tak leh percaya sangat...

Tanpa Nama berkata...

nie x bleh percaya sgt nnti sirik

Love 4 ever berkata...

hai

Tanpa Nama berkata...

agak cucah nie nyamainnya,, binun saya >.<

Tanpa Nama berkata...

hmmm..susahnyer nak faham..

rayyan berkata...

pe ny.. x fhm la de... pe mu cter ny... wt penat bce jela do..

Tanpa Nama berkata...

erm krang fhaM La,,,,

Tanpa Nama berkata...

hemmm...manis di bir
pahit di hati
hati menciut
jantung menrenggut...
hahahah
mantab ...............
add saya yoo.

Tanpa Nama berkata...

bst juga la..tp rsa tkut membacanya.....

membacawajah berkata...

trima ksih ya gan tuk ilmi'a... ;)
sukses trus gan tuk mmbuat artikel yg lain lgi oc... :)

membaca wajah berkata...

qu yg mana'aaaaaa?????
susah bnget nih smain'a sma wjah qu,,, gmana donk????

Tanpa Nama berkata...

lu lihat cermin donk.. haha... kita kna bc bnyak2 kali.. baru fham.. n selalulah rujuk dengan orang yg lebih tua terutama golongan terdahulu.. (org lma2)

Tanpa Nama berkata...

xfaham langsum

Tanpa Nama berkata...

Mantaaaaapp (y)

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.