Perigi Mencari Timba

Share on Tumblr Perigi cari timba atau pergi cari timba? Kedua-dua kenyataan ini mempunyai mempunyai dua konotasi berbeza jika dilihat sekali imbas, namun jika diperhalusi ia menjurus kepada pengertian wanita yang selama ini lebih bersifat tunggu dan lihat, bertindak sebaliknya dalam perihal membabitkan jodoh.

Memang hakikatnya, stigma berkurun yang sudah sekian lama wujud dalam minda masyarakat ialah budaya melamar atau meminang hanya dilakukan oleh lelaki atau wakil mereka sekiranya ingin menyunting wanita tertentu bagi dijadikan isterinya.

Bagaimanapun, zaman berubah menyaksikan wanita semakin tinggi kedudukannya dalam hirarki masyarakat terutama apabila kita memperkatakan mengenai kerjaya menyebabkan ada lelaki berasa gerun untuk masuk melamar menyebabkan wujud fenomena wanita bujang berkerjaya kukuh kerana lelaki takut untuk mendekati mereka.

Merenung lebih jauh, tiada termaktub dalam sebarang perundangan mengenai kesalahan wanita meminang lelaki untuk dijadikan suami, tetapi adat yang sudah berakar umbi dalam budaya dan kehidupan masyarakat memberi pengertian ‘janggal’ mengenai tindakan wanita mengajukan soalan kepada lelaki untuk dipinang.

Kenyataannya, arus zaman menyaksikan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada perubahan dari aspek persamaan gender mahupun keupayaan lain, wanita boleh dikatakan mempunyai kebolehan sama seperti lelaki terutama dalam perihal kerjaya.

Sehubungan itu, kebenaran yang tidak perlu dibuktikan ialah bilangan wanita yang berdikari dan hidup bersendirian semakin bertambah. Selain memiliki kerjaya mantap dan sumber kewangan kukuh, wanita begini dikatakan menjadikan lelaki berfikir banyak kali untuk mendekati mereka.

Persoalannya, sampai bilakah lelaki akan berasa gerun atau segan untuk mendekati wanita yang mereka idamkan andai kata wanita berkenaan berkedudukan kukuh dalam kerjaya dan bijak membawa diri serta berdikari? Di pihak wanita pula sanggupkah menunggu lelaki menghantar ‘permohonan’ menyunting mereka?



Ibarat kata pepatah menunggu buah yang tidak gugur, wanita sudah tentu tidak mahu membuang masa menanti sesuatu yang belum pasti akan menjadi miliknya, justeru tindakan terbaik yang boleh dilakukan wanita ialah bertanyakan kepada lelaki akan apakah kesudahannya perhubungan mereka.

Pensyarah psikologi, Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, menyifatkan keadaan ‘perigi mencari timba’ bukanlah sesuatu yang pelik dalam kehidupan dunia sekarang lebih-lebih lagi statistik menunjukkan wanita lebih ramai daripada lelaki.

“Masyarakat kita kaya adat dan kalau sudah namanya adat, ia dijunjung dalam budaya. Bagaimanapun, saya berpendapat kita hidup dalam dunia realiti, ada perasaan dan keinginan untuk berumahtangga jadi perlu untuk wanita melakukan tindakan positif memulakan langkah ke arah itu.

“Begitupun, kepada wanita yang berani untuk melakukannya, mereka mesti bersedia mental kerana tindakan mereka itu ibarat menyongsang arus. Sedikit sebanyak, tindakan berkenaan akan jadi bahan perbualan masyarakat kerana sudah menjadi kelaziman, berbuat benda baik pun akan diperkatakan, apatah lagi hal yang jarang dilakukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau berkata, kadangkala budaya yang berakar umbi dalam masyarakat terlalu kukuh untuk dilanggar menyebabkan masyarakat kekal menjunjung adat yang sewajarnya perlu diselaras dengan keadaan sekarang dengan membiarkan wanita menyandang status anak dara tua atau anak dara lanjut usia.

“Ada dua situasi yang mencetus kepada senario perigi mencari timba ini. Pertama ialah lelaki mempunyai status sosial yang lebih rendah daripada wanita walaupun hati mengatakan ada keinginan untuk melamar menyebabkan wanita terpaksa memulakan langkah itu.

“Kedua ialah memang wanita berkenaan tidak kisah mengenai apa yang akan diperkatakan kerana mereka sendiri mahu melakukannya. Kadangkala perlu juga mempunyai wanita sebegini dalam masyarakat kerana jika mereka berjaya, mereka akan dijadikan contoh serta terus diperkatakan untuk beberapa lama,” katanya.

Sehubungan itu, tidak menjadi keanehan sekiranya ‘perigi mencari timba’ diamalkan dalam kehidupan hari ini kerana zaman sudah banyak berubah dan masyarakat perlu menerima kenyataan sesuatu perlu dilakukan bagi menghindari perkara tidak baik berlaku.

“Kebaikan daripada perkahwinan itu sudah pasti satu daripadanya ialah dapat menghindari individu melakukan dosa dan mengelak pandangan buruk orang ramai. Berbalik kepada situasi wanita yang ingin meminang lelaki, tujuan asalnya adalah untuk berkahwin dan amalan ini adalah mulia. Cuma janganlah kita lupa mengenai nilai lazim dalam masyarakat, lakukan dengan penuh tertib dan mengikut langkah,” katanya.

Tidak salah wanita memulakan langkah

Bagi penuntut sarjana, Aina Mardhiah Nordin, 26, pepatah berkenaan boleh diguna pakai namun dalam situasi tertentu, ia tidak boleh diamalkan lagi kerana ia meletakkan lelaki mahupun wanita dalam dilema.

“Saya tidak menolak peribahasa lama mengenai perigi mencari timba, tapi dalam keadaan sekarang, saya berasa wajar untuk kita mempraktikkan peribahasa itu. Tidak ada sebarang kesilapan kalau kita melakukannya.

“Tambahan pula, dalam persekitaran maju kini, wanita dikatakan mempunyai tahap pendidikan dan pekerjaan yang sama dengan lelaki bahkan dalam beberapa aspek, wanita mengatasi lelaki menyebabkan mungkin timbul rasa segan lelaki terhadap wanita,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Aina mengakui wanita tidak perlu malu untuk bertanya kepada lelaki mengenai niat baik untuk berumahtangga kerana perkara berkenaan adalah satu hal yang bukannya mendatangkan keburukan.

“Sebagai wanita, saya fikir kita tidak perlu berasa aneh untuk membuka bicara soal hati ini kerana zaman sudah berubah. Justeru, takkan wanita ingin biarkan saja diri membujang sehingga ke tua kerana agama juga menyarankan kita berikhtiar untuk mendapatkan jodoh bagi memiliki zuriat atau waris kita,” katanya.

Tidak dinafikan status wanita yang semakin meninggi menyebabkan wujud fenomena lelaki gerun untuk masuk meminang, seterusnya menyumbang kepada kewujudan pertambahan wanita dan lelaki bujang dalam masyarakat.

Perkara ini tidaklah membimbangkan, tetapi wajar ditangani dengan bijak kerana dengan adanya pasangan, hidup mungkin menjadi lebih bermakna dan seimbang. Kehadiran zuriat juga dikatakan menceriakan rumah tangga.

“Jika diperhatikan, di pusat pengajian tinggi juga memperlihatkan bilangan penuntut wanita mengatasi penuntut lelaki. Begitu juga di institusi pekerjaan, ada ketua wanita yang mengendalikan syarikat. Bila wanita mencapai kedudukan lebih tinggi daripada lelaki, seakan wujud jurang pemisah bagi lelaki untuk mendekati wanita. Mungkin juga lelaki menghormati wanita menyebabkan mereka malu mengajukan soalan mengenai membina kehidupan bersama wanita yang mereka pilih.

“Selain itu, saya tidak menolak keadaan ‘perigi mencari timba’ kerana bukan mudah untuk mencari lelaki yang memenuhi ciri idaman wanita. Jadi, apabila sudah bertemu lelaki idaman, jangan buang masa menunggu lelaki menyuarakan isi hati mereka. Biar kita yang mulakan dulu jika sudah yakin dengan lelaki yang kita dampingi kini,” katanya.

Beliau berkata, daripada terlepas ke tangan orang lain, lebih baik sekiranya wanita yang memulakan langkah untuk memberi kata isyarat kepada lelaki mengenai hajat yang terpendam di dalam hati.

“Pokok pangkalnya, keikhlasan perlu ada dalam perhubungan dan wanita sendiri perlu mengambil tindakan berani meminang lelaki kalau sudah yakin dan tetap hati dengan pilihan yang dibuat.

“Sementara bagi lelaki pula jangan berasa besar hati atau bangga diri sekiranya ada wanita bertindak meminang mereka sebalik hormatilah wanita yang berani bertindak begini kerana tidak mudah bagi wanita menongkah arus walaupun perbuatan mereka tidak salah, apatah lagi berdosa,” katanya.

Wajar juga diingat wanita yang melakukan tindakan ‘perigi mencari timba’ ini adalah wanita berperibadi mulia kerana berfikiran jauh untuk tidak melakukan dosa sebaliknya mengikut prosedur fitrah budaya berteras agama kerana berusaha mencari jodoh dengan cara yang cukup beradat dan penuh susila.

Mungkin juga sudah tiba masanya masyarakat memikirkan alternatif baru daripada ‘perigi mencari timba’ kepada ‘pergi cari timba’ kerana jodoh wajar dicari dan ia tidak datang sendiri tanpa sebab dan musabab yang munasabah.


Oleh Shaidah Shafie
Perigi Mencari Timba

12 Komen:

Blackroses berkata...

emmm..topik ni sy mmg suka....sbb benda ni terjadi kat sy....sy terlalu meminati dan menyukai si dia...tetapi dh byk kali sy hanya memendamkan perasaan sy sehingga si dia terlepas ke tgn org lain...di kala ini sy masih lg menyukai dan terkenangkan si dia walaupun sy tahu dia sudah pun berumahtangga...huhuhu...selalunye....sy akn simpan di hati sbb tidak mahu dikatakan "perigi mencari timba" akhirnya sy terlepas si dia....

Tanpa Nama berkata...

PERIGI CARI TIMBA
ia berlaku kat ak jgk..ak jatuh cinta bila first time ak dgr suara dia..
mse tu ak rasa dia lah lelaki yg ingin ak miliki..walaupun dh hampir 2 thn ak mengenali dia tetapi bkn secara dkt cz time tu dia dh ade gf..setahun kemudian..terdetik hatiku utk menyapanya..walau kteorg tak penah jumpa sekadar teman di internet..

dalam mase 1 mggu ak selalu chatting dgn dia..kat ym n fb..pastu ak minta numb dia..then 1 nite dia call ak..kteorg ckp lama jgk hampir 5 jam walaupun keesok kn ak skola n dia jgk begitu..

dia adalah lelaki yg ak cari selama ini.ak sendiri tak tau knp bila ak dgr suara dia ak dh percaya segala kata2 dia.ak yakin dia org yg baik..

ye..ak tau..mse tu ak bodoh..after 1 week..ak ckp yg ak suka dia..ak mengaku dia la insan pertama ak jatuh cinta..tp dia tolak.ya..mmg layak..kteorg tak penah jumpa..sekadar chatting di internet..ak tak kenal dia n dia jgk tak kenal ak..itu jawapan dia bg..ak boleh terima n mmg betul apa yg dia bgtau.


then..ak anggap perkara tu x penah berlaku dan ak sgt2 menyesal..kami still kawan..tp dia dh mula jauhkn diri dr ak..dia bgtau yg dia tak nak ak kecewa cz ak still mgharapkn dia..

dan skang ak masih tak dpt lupakan dia.never.klau la ak tahu perkara ini akn terjadi, ak menyesal sgt cz ak luahkn perasaan ak pd dia..ak tak penah jumpa lelaki cam dia..bg ak dia terlalu sempurna..

dan sy nk awk tau yg sy xkn lupakan awk..forever..bg sy awk yg pertama dan terakhir..

cinta dtg tanpa ku duga
cinta pergi tanpa direla tanpa dipaksa
cinta hadir tanpa kusedari!
semakin hari aku semakin resah
tatkala melihatmu
tatkala mendengar suaramu
kehadiranmu memukau pandanganku
ketika itulah
cinta hadir
tapi kini aku pasrah
kerna takdir memisahkan jua
suaramu tak dapat kulupakan
ketawamu wajahmu sentiasa aku ingati
pujukanmu ingin ku dambakan
kekasih
dengarlah bisikan hatiku ini
tak mampu diri ini melupakan mu
walau jauh di sanubarimu
kau semakin bahagia
aku sedar!
siapa diri ini
aku hanya insan yang lemah
hanya mampu mengeluarkan airmata
ingin aku memperbetulkan segalanya
tetapi
kau pergi jauh meninggalkan ku..
disini? aku sentiasa menantimu!

from: jj
to : zz

Tanpa Nama berkata...

patah tumbuh hilang berganti,bukan kumbang saekor....
mmg pada awal mula perpisahan akan terasa tapi jgn terbawa2.
kekecewaan akan terasa amat perit...
ada kebaikan atas perpisahan E2 Allah telah menentukan semua kejadian di alam maya ni.
Mungkin yang lebih baik diluar sana sedang mnggu dan menanti.
Redha dgn ketentuan Allah jj.

Tanpa Nama berkata...

sedih kan ati lau terlampau berharap pada perkara yang tak pasti..!

Tanpa Nama berkata...

mmg sedih klu kite berharap pd perkara yg x pasti...tmbah2..kite diberi harapan..pastu...harapan tnggal harapan je la....sakitttt......

Tanpa Nama berkata...

aku nk share citer skit..aku mmg xpenah bcinta..sungguh..wlau usiaku dh mnginjk 30an..org kate aku seyes ngat sbb tu xde llaki brani dkati aku..tp hkikatnya aku ni ya ampun pemalu bangat..tpi detik itu mnemukn aku dgnnya..disbuah ngeri kmi ditmukn..6 bln bsama timbul rasa syg&cinta kt dia..maklumlh trcmpk jauh dnegeri org..saling take care each other..mulanya aku cba kikiskn prasaan ini coz pbezaan umur..tp xbleh beb..ari2 duk tgk muka dia ni..dh ler ensem..huhu..slalu lpak bsama..kcuba selami atinya..rpa2nya dia penah dtgglkn beb&atinya sdh ttutup ktanya..xde sorg pn tau prasaan aku ni even bez fren aku..skitnya ati aku ni tuhan je yg tau..skrg ni kitorang sumer blik knegeri msing2 atas tuntutan keje..ya Allah rindunya ati ni tuhan saja yg tau..andai 1 ari xtime sms dia,idup aku jd xkeruan..nmun stahun dh brlalu..aku msih mngingatinya wlau aku tau dia smakin lpakn aku..smpai bila aku nk pendam prasan ni..aku xmo jd perigi cr timba..maluuu..semoga dibukakan atinya untuk gadis yg malang ini..cinta dan syg tuk JUJU..lega ati aku dpt luahkn kt cni..fuhhh..

Tanpa Nama berkata...

asslamualaikum w.b.t......
saya xder keberanian dan kekuatan tuk melakukannya................
skrg ni mmg pun ader yg btol2 berkenan, btol2 depan mata, slalu menyintai dari kerusi tapi MALU tuk luahkan..................Ya Allah kuatkan iman dan hati ku.... andai kata dia tercipta untuk ku dekat2kan ati padnya,rpat2kan aku dan dia amin.......

Siti Sofiah,Muar berkata...

owner web,
tajuk lagu web ni ape...?
saya nak donload. burn dlam cd...

Tanpa Nama berkata...

ak ad pglmn bout this story..tp skank pn still kot..
erm..1st knl ktowang kwn2 biase jer..evryday contact..
then slalu share prob..n so on..mkin lme,prasaan ak smkin btukar..ak da x anggap die as my friend..but lbh dri tu..
ak da start syg die lbh dri sorang kwn..tp ak tkut nk mluahkan prasaan ak kt die..ak tkut friendship ktorg ptus..last2..ak x than nk brmain2 dgn prasaan ak..ak branikan dri ak utk bgtaw hal yg sbnr..ak bgtaw ak syg die..ak xnk khlgn die..
ak aggp die lbh dri sorang kwn..erm..tp..jwpnnye.. i x blh cintakan u..start sini,ak mlai taw yg ak mmg btpuk sblh tgn..
tp ak pcye..klau ktorang ad jdoh..ktorang akn sling mncintai slpas nie..n skank ak x gve up..ak still tggu die..

Tanpa Nama berkata...

ini smua fitrah wanita..pmalu.cuma klu ade kberanian,luahkan scara bijak..scara kiasan mayb.hrap2 si dia faham =)

Tanpa Nama berkata...

sy pn pnah kne gak..hbgn rpat sgt2 mcm psngn kksh..tp 2 skjp je,,dlm mse sthn je.lpas gtau yg sy syg die,,die hnye anggp sy nie adk die je..tp lpas beberapa bln xjmpe,,die mcm nk rpat smle..ble sy mesra ngn org lain die cm nk mrh sy lak.skang sy nk cbe jauhkn diri dr die sbb sy xnk amik risiko lg sbb sy thu antra sy ngn die mmg da xde jdoh..jd lpas nie jgn la mdah pcye ngn lelaki lg yek...sy syg sgt2 kt die tp nk wat cm ne lg kn sbb die da ade mkwe tp mcm nk bg hrpn kt sy smle...

Tanpa Nama berkata...

hanya mampu mengalirkan air mata :')

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.