Kebosanan punca mati muda

Share on Tumblr Mengalami perasaan bosan terbukti memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Dalam laporan penyelidik dari Kolej Universiti London, kebosanan boleh menyebabkan anda mati pada umur muda.

Walaupun ia tidak mendatangkan bahaya secara khusus, tetapi rasa bosan itu mampu menjadi simptom kepada perilaku bahaya seperti minum minuman keras, merokok, menagih dadah dan mengalami masalah psikologi. Tinjauan itu dijalankan ke atas lebih daripada 7,000 kakitangan kerajaan yang berumur di antara 35 hingga 55 tahun.

Bosan mampu menjadi simptom kepada perilaku bahaya.

Wanita muda didapati lebih mudah berasa bosan manakala mereka yang dilaporkan kebosanan senang mendapat serangan jantung.

“Berdasarkan kajian, kami menyimpulkan mereka yang kebosanan berpotensi mati muda namun ia bukan pencetus utama,” ujar laporan tersebut.

EKSTRA: Menurut penyelidik dari Belanda, wanita hamil yang merokok mempunyai darah tinggi dan paras asid folik yang rendah pada trimester pertama kehamilan bakal memiliki bayi yang kecil serta mengalami komplikasi serius yang lain. Kebosanan punca mati muda

1 Komen:

berry strawBERRY berkata...

fuhhhh.... really? kbosanan pnca mati awal?
aku slalu rasee bosan...
so, kaloo mcm 2 kne buat2 x bosan lah...
^^

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.