Hadiah terbaik lelaki

Share on Tumblr
Sudah namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini.

Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki.

Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini.

Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.

Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki.

Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.

Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din berkata, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai.

Dr Mohd Fadzil berkata, secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.

“Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.

“Ini dapat dilihat daripada bentuk hadiah yang diterima lelaki daripada kumpulan rakan-rakannya dengan mengambil kira kesesuaian kriteria hadiah serta bajet yang mengikut kemampuan,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

Ditanya apakah erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, Dr Mohd Fadzil berkata, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka.

“Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita.

“Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan,” katanya.

Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, Dr Mohd Fadzil berkata, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia.

Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki.

“Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah.

“Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita... Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.” katanya.

Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.

Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.

Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.

Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua!

Hadiah idaman lelaki:


10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi ‘hadiah wajib’ buat lelaki.

Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya...

1. Jersi bola sepak

Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tunggu apa lagi?

2. Telefon iPhone

Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.

3. Monitor LCD kereta

Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.

4. Sport rim

Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!

5. Tiket perlumbaan F1 Sepang

Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini.

6. Permainan video

Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.

7. MP3

Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!



8. Kasut futsal

Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.

9. Set mengurut elektronik

Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?

10. Kejutan majlis hari jadi

Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.

Oleh Fairuz Zaidan
Hadiah terbaik lelaki

94 Komen:

Tanpa Nama berkata...

alah...nk yg mhal2 jek

Tanpa Nama berkata...

Apa kata bagi senaskah Al-Quran dengan terjemahan. :)

dot² berkata...

100% Games..hahaha.. :P

fatin aqilah zulkefli berkata...

Alahai, tk mampu lah nak bg sume2 tuh. mahal kott. bg coklat pon oke jugak kan ? :D

Tanpa Nama berkata...

uUh .. pesaL mahaL2 sumAyerRrr .. haHak .. =P

Tanpa Nama berkata...

cte rase lelakiniy agk hih cost jgkla :D
pmpuan teddy bear pn da ske . aslkn pmberian tu ikhlas..
aku hdiahkn sneaker je la .huhu

Tanpa Nama berkata...

a'aalah..x mampulah rasenyer..
bg yg biase2 sdh..janji ikhlas&ader sentimental value..;)

Tanpa Nama berkata...

smua pompuan bkan kya la...
xkn nk mhal2 kot....
klu da syg trima jew la pmbarian 2...

akuhanyaserangga berkata...

huhuhu buat per bg mahal2 lau bru kekasih...bazir jerk klo last2 hubungan terputus di tgh jln...kang dh putus semua benda nk tuntut balik hahahah

Tanpa Nama berkata...

hak alaa,law nk bg adiah kt se2owg 2 wajib ke bg yg mhl??hu3..law bg yg mhl2 tp xiklas nk wt pe gak kn..tol x??hek3..

Tanpa Nama berkata...

ha tol3..huhuuu...

Tanpa Nama berkata...

bgi sejadah,songkok n kain pelikat....
oke x...
dgn aty yg ikhlas...hurm...huhu

Tanpa Nama berkata...

aku beri hadiah tuk hari jadi dia bekas bentuk love dgn di dlm nye aku penuhi dgn gulungan kertas yang menyatakan isi hati ku dan harapan ku pada dia. tangkap leleh dia. hohohoho.........

Tanpa Nama berkata...

oKer JuGak kan... bagI bekas Bentuk love tu! menariK! nak Cuba.
Standard Lah tu! kiter kener minat apa yg oraNg tsyg KiteW sukEw. barU dia rasa Yang kitER ni memAhami Dia=)
tapi Semuanya bergantung pada kEiklasan hati Kiter=)
but tak perlu lah tungu birthday baru nak bagi hadiah...
bagilah slalu=)tukar2..
pasti koRang gembira!! (bkata blandaskan pgalaman)

eika berkata...

kesetiaan lagi bmakna bagi aku.....
semua aku xperlukan...aku perlukan kesetiaan....

Tanpa Nama berkata...

mengapa aku selalu diperbodohkan....
aku menjadi mangsa kecurangan..setiap kali bercinta
entah apa nasib yg telah menimpa ku...
pesanan utk insan yg bergelar wanita...
jgn kerana si dia..klu menghukum yg tidak bersalah...!!!!!!!!!
+............IKHLAS DARI INSAN YANG JAUH DIPERANTAU.........+

PADUKA KU MILITAN/FACEBOOK berkata...

LUKA DIHATI YG BELUM TERUBAT LG...TELAH BERDARAH KEMBALI....
MENGAPA KEIKHLASAN CINTA YG KU BERI...KECURANGAN YG KAU HADIAH..
KERNA DIA YG BTOPENGKAN SETAN..
AKU JADI MANGSA LEPAS DENDAMMU...
AKU JUGA TAHU AKU INSAN YG BERGELAR LELAKI..TP AKU XPERNAH MELUKAI HATI MU DAN PERNAH MENJAGA MARUAH MU...
MENGERTILAH INSAN YG BERGELAR WANITA...

Tanpa Nama berkata...

padukaku militan ni mesti bf dia askar. ngan askar ni tak payah la. buat sakit hati ja. nanti ang kawin ngan dia... dia p cari bohsia pulak. lagi sakit ati. laki aku dulu camtu.

Tanpa Nama berkata...

ak lelaki..ak tau sikit la...ad stgah lelaki..tdak memerlukan sgle hadiah yg di syorkan di ats...adakalanya...lelaki hanya memerlukan kejutan hari jadi..dan hadiah yg pling mahal bg nya..ialah anda..tman wanita nya..lelaki igin anda berada di sisi nya stiap waktu...maka luangkan lah masa yg lbih semasa waktu2 yg istimewa..dan anda igatlah tarikh lhir nya yg amat pentig..lbih rujukan..layari FB zex izaki..

Tanpa Nama berkata...

alahhhhhhhhh mhal bngeeeeeeeeet mn bsa awq bli an na

Tanpa Nama berkata...

still blaja la..xmmpu nk bg brng mhl2 cmgni..huhu..dh kije ok la kot..

Tanpa Nama berkata...

apew kata hadiah buat sendiry baru rasa dihargai...

◕‿◕ berkata...

hadiahkan senyuman manis buat si dia, then masakkan makanan kegemaran si dia...emmm, boley jugakkan...=P

Tanpa Nama berkata...

kalo gaji aku riban2 bley r bg tu sumer...ni x,bru bace dah telan air lior ma..

Tanpa Nama berkata...

"SIMPLE BUT SINCERE..." YG PNTING DA JGA YG D SIMPAN BWAT KNANGAN,N SBGAI BUKTI YG KTA INGT KAT DYA,HUAHUAHUAHUAHUAHUA......

Tanpa Nama berkata...

camna nk bgi abg angkat hadiah .. first2 nk bli jam ... tpi tk0wt die x suke ... :( ta0n dpn die da x de ... buntu gilee otk ... x tau nk bgi ap .. klau nk gi alamaanda bli minyak wangi ... ja0h sgt . mak p0n x ksi ... tolong bgi idea ohh ..

Tanpa Nama berkata...

salam..sy bru clash ngn bf sy..ttp kami masih syg antara 1 sme lain n msih berkwn seperti biase. jd, smentara hbungn kteorg msih baik, dan htinya blom dimilki org lain, sy nk bg la hadiah untk knangan kmi pernh bercinta.kbtulan plak next month bfday dia..jd, kwn2 plzz suggest me ape hdiah yg ptot sy bg kt dia..

gift-dreamer berkata...

emmmmm.... good idea.... patut try ni!

Tanpa Nama berkata...

kalo gift guitar, ok ka tu ?....

Tanpa Nama berkata...

ak pon xtw nk g ap.. ok x klu ak wt movie maker ??
pas uh mmber ak ad suggest soh ksik selimut.. cm klaka x ea ?? pleszz bn2 ak.. bfdy ak ai2 dy bwk jln2.. xkn ak xnk bls lk.. cm kejm lak kn ?? hehe.. ap ek ???
- @ syg awk ~

Ayen Lya berkata...

hmm , byk idea yg baek ..
tp bajet saye xbesa cgt laa
law kasi hamster kt bf saye bag0z x ??
xlame ag bufday dye ..
BANTU LAA SAYE !!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

erm 20 aebln ni birth dy..
sy da aturkn suprise party tok dy..
tp msh pning mmkirkn adiah yg len tok dy

Tanpa Nama berkata...

sweter agak ok x ek?

Tanpa Nama berkata...

mhlnyer hadiah2 2..mne lah mmpu sgt nk beli...hek3..lau aku kasik tedy bear ok x? then ade tshirt,kad ucapan yg ade gmbr n jam..peh..cm xnk bnyk lak kan...hihihi..aduh,fenin2..besdy die dh nk dkt neh..

Tanpa Nama berkata...

wah sume mahal belaka,tak mampu asenye......tapi hadiah untuk lelaki ni tak byak plihan,yg ada sumenye yg mahal.......lelaki ni lau bg 100 bunga ros ok tak?huhuhu tuka plak gul yg kc bunga tak salahkan

sab berkata...

xmo bg bju :(
org kte kalo bg baju cpt berpisah huhuhu..
benda laen yg simple n murah ade x tuk yg masih belajar?

mitsue berkata...

asal mahal2 sangat hadiah yg di suggest kn..
xmampu nak bagi lol....
hihihih....ase nye bagi cupcake pn cukup la...

Tanpa Nama berkata...

saya nak bgi hadiah kat bf i ..kitorg ngah gadh skrg..tp die dah maaf..tp still nk bg sumthing tuk xnk bg die mrh lagi eventhough die dah maaf kan..ade ide a x nk bg adiah ape nie..buntu neh~

Tanpa Nama berkata...

bkn kah baju tidak sesuai dijadikan hadiah buat si dia..

Tanpa Nama berkata...

hmmm....bg aku pape yg si dia beri aku time..yg penting si dia mengingati aku..kherkherrr..

Tanpa Nama berkata...

emmm..sume nyer mhal2..xmampu kot.....bende len xde ke/??????????????

alya berkata...

wow!!! so expensive....

Tanpa Nama berkata...

kebetulan birthday bf aku bln 3 nie.. jd aku dh rancang nk wt surpise kt die... aku nk bg kek hari jadi yg special kt die n bg hadiah mnyak wngi kt die......msti die akn gembira..2 ler tanda aku m'nyanggi die n utk m'gembira kn die...

Tanpa Nama berkata...

owg yg ade duit jerr yg dpt brcinterr lau present bkn men stadard gihh!!! gler tu nk crik duik nk bg present kt bf,, hrp bf aku x ler bniat nk mtk present cm tu.. hekhekhek

Tanpa Nama berkata...

kalo bagi sapu tangan then tulis nama kita n si dia mesti sweet kan hehe

Tanpa Nama berkata...

mahal sgt tue..
tue dakire bratos tue..huhuh.!

Tanpa Nama berkata...

mahal gileeeeeeeeeeeeee!!

ni laki mate duitan ke?
pk l0gic cket la admin!
tau la admin kaye...
bg r kete ke rumah sebijik tr0s klu cmtu..

kte tanggung laki...bkn laki tanggung kte la cmtu...hahahaha
lawak lawak....hahahha

Tanpa Nama berkata...

aku baru knl dia, nk bg hdiah pun ragu ragu coz dia slalu hlgkan diri n ingat kekasih lama dia.. Tiap tia mgu p kl, aku syak dia jmp ex dia, 2 hari lepas dia ckp suka aku, dia bg hdiah tp dg rasa ragu ragu aku tolak hdiah tu.. Aku dh tak pcya lelaki..aku ikhlas ,mencintai tanpa berbelah bagi, tp setiap keikhlasan itulah aku di sakiti, dicurangi,ditipu n dkhianati..xd cinta sejati lagi, bg aku semua tu tak wujud..

Tanpa Nama berkata...

mahalnye hadiah2 yg dicadangkan tu..tak mampu.hmmmm..

Tanpa Nama berkata...

saya dah penah buat bday party tapi dia tak hargai pon...
hadiah pon pakai kejab je..
laki ni bg hadiah mahal bukan reti nak hargai...

Tanpa Nama berkata...

huhu sy nk gf sy jgn curang,n setie dgn sy sampai akhr hyt pun dah cukup bg sy..series. =)

Tanpa Nama berkata...

x gner bg adiah kat laki,,dowg ukan reti hargaiii

Ahmad Syarif berkata...

waaahhh...
Kebanyakan hadiah mahal2 jer..
camner student nak support..Huhuhu..


------------
sembang2 sampai terbang
http://sembangseposen.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Kalo lelaki jenis yg tak kisah, asal apa yg diberi oleh orang yg disayang, dia tetap gembira.. tak kira mahal atau murah, tak henti ckp terima kasihnya... senyum tak henti2 sbb terlalu gembira...

Tanpa Nama berkata...

dia minat bola . so , sy belikan jersey untuk si dia (:

dania mysara berkata...

mesti ka mau benda yang mahal2...klu kita bagi durang tu benda,durang bukan pandai menghargai pasangan durang tu...bukan semualh leleki mcm tu,sebilangan jer....

Tanpa Nama berkata...

wah.. barang2nya semua nk mahal2.
yg utk prpmpn? murah2 je. bunga ros lah ape lah.
yg laki bukan main lagi brngnya..

Tanpa Nama berkata...

boley bg cap..sbb cap die da pudar warne..

Tanpa Nama berkata...

erk mhl2.

Tanpa Nama berkata...

peh,hdiah x ikut kmampuan....
klau ank tokei iphone ley r...

Tanpa Nama berkata...

stres nyer,,nk cri adiah.,p smpi skrng xdpt..
bzday si dia hmpir tiba..
pning2...
nk bg pew erk kt si dia??
sy msih blaja..xmmpu bli yg mhl2..
urrmmmmmmmm...:-<

Tanpa Nama berkata...

sapa la nk hadiahkan kat aku sport rim.haha

Tanpa Nama berkata...

hehe ! bleh than gak ler apa yg dminta laki !! ermmm,,, tapi ak rase xsumer yg dpt bg tu kt bf dy .. hmm, pndai2 la kite jg ubongan kiter .. give n take ntara stu sme laen ,
xyah laa gadoh2, time nk dekat burfday dy .. !! hahahahahaa!! :D
cyg ayie ,, muahs muahs !

Tanpa Nama berkata...

apa kata kalau saya nk bagi album gambar kenangan kami????

Tanpa Nama berkata...

bgus idea bg gambar kenangan tue... hi3.. berusaha nk wat yg terbaik untuk tunang tersayang...

Tanpa Nama berkata...

hehehe... kelakar btol bce coment2 yg d atas...

Tanpa Nama berkata...

matilah aku klu nak beli semua tuu!!!

Tanpa Nama berkata...

hehe..lau sy xde pkwe cmne ep?/

Tanpa Nama berkata...

aduih...sakit kpla sy di buatnyer...nk bli adiah utk pkwe sy...befday dye nk dkat dhh...

Tanpa Nama berkata...

bli jela ap pn...asl kn dye hepy..wekk:p

Tanpa Nama berkata...

kesian dye x der pkwe.....sy tumpang sedih...

Tanpa Nama berkata...

sy ad pkwe p da yew xbg hdiah kt sy xkn sy lak kne bg kt yew..

Tanpa Nama berkata...

x per lhh...kiter bg kat dye adiah sbb nk bg dye thu yg kiter nie syg kat dye...amacam btl x aper yg sy kater?/

Tanpa Nama berkata...

dp pn..xbtl lngsng,,huehuehue............
tol la 2..........awk ny gux...

Tanpa Nama berkata...

asl,mcm tu???/komen wat skt ati dye aje...kesian kat dye...

Tanpa Nama berkata...

klau sy bg dye adiah senyuman cam ane erk???/cer citer (x99)

sara berkata...

cm 2 jela..snyum kn sdkah....s0 kne ikhlas.......phe dp..

Tanpa Nama berkata...

sy bg adiah kat pkwe sy gelas...
tp,sy xthu yg dye suka ker tak adiah tuuu...
tp,dye just say "thanks awq"...
tp,sy pikir yg dye x suka kot adiah tuuu...
plizz,,,bg pendapat kat sy:///???....

Tanpa Nama berkata...

hum,,,s
saya x tahu nak bagy present ap tok pakwe sy...
sye x mahir la bab mcm ni,,,
bole tlg bg pendapat x??
bdak laki umo 13 taon skew ape??
sye x tahu lah....

Tanpa Nama berkata...

asal mahal sgt.. xder brg yg murah skit kew..??? hadiah utk lelaki mmg ssuh nk cari.. :-(

Tanpa Nama berkata...

kwn saya sedang konfius nk bagi hadiah apa kt bf dia. tlg laa kwn2 berikan idea. jgn lah mahal2. sbb lelaki lau bagi hadiah kat kita yg prmpuan ni murah2 je, coklat lah bunga lah. paling tidak kasut yg dah sale. hmm :( tolongin kwn gue dong

eyka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

hurm.....agak membantu..bgus gak ruangn ni

FARRA RARA berkata...

aduiiii...peningnya kepala nak cari hadiah untuk bf.i penah bagi bf hadiah jam tangan,,rm200 tp sekejap aje pakai,,bagi underware boleh x? jenama camel,,huhuhu. ni bukan i punya cadangan lah,,tp my ofice mate...tp boleh masuk gak idea tuu...tp tolong bagitau kalau ada cadangan lain..?

Tanpa Nama berkata...

aku x suke betol bile bf aku sibuk tgk bola or pegi main futsal, tp mostly tiap kali buffday dia mesti adiah yg aku bg 'barang2 bola'..aku tak paham dgn diri sendiri..Hahahah!

Tanpa Nama berkata...

kkasi ap dye ske je,,,,,@ hbis kn satu hri beday dye dgn kkorang..dye mesti happy

Tanpa Nama berkata...

relevan gak nak kasi brangan yang mhl if bf tu hargai kite dlm hidup die.kalau takat madh2 cinta je but xde langsung nak berkorban utk kite.x berbaloi langsung..jgn cinta buta sudah..

SweetSour berkata...

hurmm....tgh pening nk bg ape hdiah utk si dia..nk bg pfume,tp tkut x kne taste dye.plez suggest me hdiah yg bpatutan n simple..

Tanpa Nama berkata...

x de ke brng yg murah2 sikit?

Tanpa Nama berkata...

hmmm... cam ner nak bg hadiah klu dia tak prnah bg kita hadiah malah tak pernah igt tarikh hrjd kita punn.. malah pitih kita yg slalu kluar..tak aci tak aci...

Tanpa Nama berkata...

dh bg bju.. dh bg ipOne.. tp.. ubgn xkekal gk.. cmner eak.??

Tanpa Nama berkata...

nk bagi hadiah apa supaya dia selalu ingat kita. kami dah putus 1 tahun dan kini dia kembali semula in my life.we are frieds la.nk kasi hadiah apa ek kwn2 supaya benda 2 buat dia tersenyum.........please bagi cadangan kwn2

amiera isa berkata...

bace komen girls dalam website ni.. haha.. anda sangat comel~~ ingatkan saya sorang je yg gune google carik idea nak bagi hadiah ape.. rupenye kite sume same je.. hehe.. perempuan mmg akan buat segalanya supaya bnde ni akan jadi special untuk dia.. mmg penat tapi asalkan bole buat si dia happy, semua ni berbaloi.. thanks kawan2 sbb sudi bagi saya idea.. hehe ( dah tau nak buat ape) :)

Tanpa Nama berkata...

susahnya nk cri hdiah utk bf@kwn2 lelaki....klu ada pun,smuanya yg mhal2...tlong la suggest kn yg hrganya sdrhna and tak trlalu mhal....

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.