(Kisah Cinta) Warkah Cinta Terakhir

Share on Tumblr Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Disana saya tak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini siapa saya di hati awak ?

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?



Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

AWAK!

Awak mungkin jenis perempuan yang boleh menyintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan.

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.

Awak,

Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya;

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)

Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya,

Seseorang pernah berkata,

'If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place'

Awak,

Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,

Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik.

~ Penulis asal tidak diketahui (Kisah Cinta) Warkah Cinta Terakhir

125 Komen:

DAYANA berkata...

sangat sedih...

shima berkata...

wahh....so sad n terharu baca ni....ade ke lelaki cam ni lagi dalam dunia ni....

Tanpa Nama berkata...

sedey nya...

Tanpa Nama berkata...

veri touching,that girl not a lucky person because she didn't accept his true love,he is 1 in a million...

CintaMiya berkata...

me nOe this warkah... ai nOe who send it... :)

Tanpa Nama berkata...

cintaMiya,sape yg tulis nie??
adoyai.
thnx yer kpd penulis nie.
sbb sy pown rse mende yg sme.

Tanpa Nama berkata...

Itulah yang berlaku dalam hidup saya sekarang. Betapa saya mencintai dan menyayangi dirinya sepenuh hati saya, dan selama 4 tahun lebih menyulam kasih dan rindu. Akhirnya dia salahkan saya kerana terlalu mempercayainya!? Pedih sekali saya menerima alasan sebegini. Hanya memujuk hati sendiri ketika rindu kenangan lalu.

Orang berkata saya bodoh, terlalu memberi dan sebagainya. Tetapi salahkan menjadi lelaki ini? Lelaki yang sepatutnya bertindak dan sedar akan tanggungjawab, kebajikan dan amanah yang diberikan sebagai pemimpin.

Semoga dia menemui nilai dan erti cinta yang sebenar. Terima kasih untuk segalanya..

Tanpa Nama berkata...

ayat ini belum habis ke apa?

"Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya, "

ada sesiapa boleh jelaskan?

CintaMiya berkata...

sOme1 that ai nOe... :) ayatnya dah habis.. cuba bace betuL2.. fahami betuL2... 100% salahkan perempuan...
sedangkan Dia yang menodai cinta yang Dia sendiri cari...
warkah ni untuk menutup khilafnya sendiri :)

Tanpa Nama berkata...

CintaMiya, saya masih tak faham bahagian tersebut. Betul2 dah habis ke ayat itu? Kalau habis, apa yang satu yang dia tidak dapat?

khairul berkata...

umm..saya pn macam nie jugak..
smua kawan2 dia mintak saya lupakan dia..
bagi saya dia yang pertama dan terakhir..
harapan saya padanya takkan luput walau apa pun berlaku..
dia tetap akan menjadi yangkutunggu saya..
untuk mu siti aisyah bt. rasyid

Tanpa Nama berkata...

tak salah kalau bercinta..dan awk sebenarnya seorang yang cukup pemaaf dan tak berdendam..bersyukur dengan apa yang telah awk miliki...dan sebenarnya dia bukanlah yang terbaik dan sesuai untuk diri awk...semoga awak bertemu cinta yanng sejati....

khairul berkata...

dah berkali dah saya baca karya yang nie..
entah mengapa hati saya memang terasa..
sebelum saya kenal dia saya telah pn menunggu dia..
stelah sy kenalinya saya tetap menunggunya untuk menerima cinta saya..
ketika saya bercinta dengannya,kasih sayang saya padanya tak pernah bkurangan..
tapi tiba2 tanpa angin hujan ribut terus tsunami yang melanda..
tapi saya takkan marah awak,saya takkan benci awak,saya takkan buang awak dalam hidup saya..
sebab sekarang pun awak tetap menjadi yangkutunggu saya..
walaupun saya tak tahu keadaan awak sekarang tapi saya sentiasa bersedia untuk awak..
walaupun perasaan saya juga berkata awak belum cukup dewasa untuk memahami erti cinta tapi takpe hati saya nak saya bersama awak untuk mhayati cinta..
saya mintak maaf saya kepada orang lain yang saya tpaksa mnolak mereka kerana hati saya masih menunggu awak..
saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan bergini..
tetapi selagi dalam doa saya ada awak,dalam mimpi saya awak hadir,slagi saya masih teringatkan awak apabila saya bangun tidur, selagi itulah kekuatan cinta saya pada awak takkan padam..
untukmu yangkutunggu siti aisyah bt.rasyid

miss ErMy berkata...

sedihhhhh.... simple tp pedih..

Tanpa Nama berkata...

Mari kita berpijak pada dunia yang nyata. Dan sekiranya pada suatu hari dia kembali semula kepada anda, adakah anda semua akan menerimanya semula?

Yang dia datang setelah menemui kegagalan bersama orang lain. Yang dia datang kerana sukar dan mencari kita tetapi apabila senang dia bersama orang lain pada masa yang sama anda sentiasa ada disitu untuknya.

Adakah anda akan menerimanya kembali? Apakah nilai dan harga diri kita? Apakah harga dan nilai cinta kita selama ini? Dan siapakah dan apakah diri kita selama ini ketika bersamanya? Kutip jika perlu dan tinggalkan bila mahu?

Atau kita hanya ingin memberi pengajaran kepadanya agar belajar menghargai, pengorbanan, kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan kita selama ini? Dan sekiranya dia kembali segalanya sudah terlewat? Atau anda memang dan tetap akan menerimanya?

Tidak takutkah andai pisang berbuah 2 kali? atau dia tidak pernah belajar dari kesilapan yang lalu? tidak pernah memahami dan mengerti kesukaran erti cinta kita kepadanya? Atau yang dia hanya suka berlari dan meninggalkan segala masalah yang ada kepada kita dan dia mencari yang lain?

Fikirkanlah. Kita kadang-kadang pandai merancang dan berkata-kata kepada orang. Tetapi apabila ia depan mata kita, yang kita hadapi dan lalui, segalanya amat sukar. Hanya kepada-Nya milik kita semua ini dan kembali. Pinjaman sementara dan akhirat yang kekal abadi.

mangorange berkata...

hati itu kita yang pegang.
ketabahan itu dari penderitaan.
jodoh itu di tangan Tuhan.
bicaralah kalian samada ya atau tidak.
hanya tuhan yang mengerti.
setiap persoalan yang kamu nyatakan di atas
"TANPA NAMA"
biarkan masa merungkai.
kesabaran itu pasti ada ganjarannya.
milik kamu atau tidak.
yang penting keredhaan.

Anonymous berkata...

sedey nya...

wawa22 berkata...

sedih sangat ler... buat mu tabah la menghadapi dugaan... ni salah satu ujian yang tuhan bagi kpd hambanya di dunia... mungkin dia bukan yang terbaik untuk mu... ketahuilah tuahn tahu apa yang terbaik buat hambanya..harap kamu dapat yang betul2 ikhlas menyintai kamu... :)

wany berkata...

cdeyh cgt st0ry neyh....
sape la llaky yg tbah mghrungi c0baan sbrat neyh...
papep0nt,,
brsabarla...
mgkyn dep sse0wunk yg mnntymu dl0a sne...
prcyela......;))

Tanpa Nama berkata...

KErenn awaK suka

edayah berkata...

sedih nye masih ada llaki yg brgitu myangi ppuan...ak sndiri tgh blajar utk melupakn exbf ku ssh nk ak lupakn tp ak kne lupa kn dia jgk...

ifa berkata...

cidehhhhh nyer
tp dew kew laki baik cam2 skg

Tanpa Nama berkata...

nape la...same mcm papa ckp kat aku...papa...maafkanku..

miezamiozami berkata...

...cinta boleh jd terlalu kejam,
...cinta jg blh jd terlalu adil...
kebahagian cinta kita datang dari bagaimana kita mencorakkannya...kerana cinta memerlukan hati yang tulus...tabah la tempuh qada dan qadar ini...

Tanpa Nama berkata...

sdihnyer...ak pon in progress tok lupekan xbf ak..sshnye nk melupekan org yg pnh bertakhta di ati..

Tanpa Nama berkata...

rem cedihnye......... xsgka ada lelaki baik mc awk kat dunia ni.. sy pon skrg ni tgh b'usaha nk lupekan ex bf sy... sakitnya hati Tuhan je yg tau...

Tanpa Nama berkata...

kalo la dye phm ati aku pon mcm ati penulis nie gak..xpela aku redha..wat exbf aku..kalo dye mntak sdalam mne cinte aku ..jwpn dye sme ngn jwpn pnulis warkah ni...slamenye dye la cinte trindah utk aku..

Tanpa Nama berkata...

SABOR JERK LA..........................................................................................................................................................................................................................

sue berkata...

mmg susah nk lupekn org yg pnh btakhta kat hati kt... makin nk lupe makin kuat ia mjelma.. apatah lg kalo tiap2 hr tpakse bdepan dgn dia... tpakse la bsikap profesional.. wlaupun kat dlm hati amat mhrpkan spt dulu.. aduh.....peritnya hny Allah yg tahu...tabahkanlah hatiku...lembutkanlah hatinya.Amin...

inur ikeen berkata...

terharu sgt...
hidup ini bukan semudh yg kita sangka
begitu jgk cinta
cinta bukan yg seindah kita gambar n sangkakn
ape2 pn cinta bukan segalanya dlm kehidupn ni
kuatkan semangat n teriskan perjuangan...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya..berlaku pad diri ku..huhu

Tanpa Nama berkata...

masih adakah lelaki yg setia pada cintanya, masih adakah cinta SEJATI...
dimanakah ia.....
kenapa masih belum kutemui....
benarkah CINTA itu MEMBAHAGIAKAN....atau CINTA itu PENYIKSAAN

Tanpa Nama berkata...

nice..Allah xtan uji diluar upaya hmbanye.. ade hkmah smua ni terjadi..

Tanpa Nama berkata...

nGee .. ~

Tanpa Nama berkata...

awesome!!!very true..i myself hold dat quote tightly.."if u luv somebody let her go, if she come back, she's urs"

farahfahsyan berkata...

so sad..mmg larh law kita cygkan some1 2,kita kena biarkan dia pergi tapi untuk mencintai yang lain pula adalah sgt mustahil krn engkaulah yang 1..

gadis_sepi berkata...

kisah nie same ngn kisah sy..sy amt menyentuh hati setelah membaca kisah ini..skrg sy sdg alami kekecewaan..org yg sy syg tlh pn milik org..sy xdpt nk melupakannya walau sesaat..plez help me =(

insan_lara berkata...

cite nie mmg sedih.sy respek penulis cerpen ni sbb di sebalik kekecewaan yg die hadapi die ttap percaya dgn ketentuan Allah.bersabarlh dgn dugaan yg Allah turunkan.tabahkan hati..

Tanpa Nama berkata...

sahdunya....tabahkan la hati wahai saudara...apa yang terjadi mesti ada hikmahnya....

Tanpa Nama berkata...

...Cinta tidak pernah meminta, ia senantiasa memberi cinta, membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam.....tak pernah membalas dendam... " Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan dia masih mampu tersenyum, sambil berkata : AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU.... :)

Tanpa Nama berkata...

...kau takkan pernah tau apa yg kau miliki....hinhha nanti kau kehilangan.... :(

Tanpa Nama berkata...

..sukar melepaskan seseorang yang pernah bertakhta di hati kita..
sedey =(

Tanpa Nama berkata...

sy rasa apa yg penulis rasa...

Tanpa Nama berkata...

hurmnnm.sedeyh larr..terasa ney.haha.

Tanpa Nama berkata...

bertuahnya law dpt laki cm 2..

Tanpa Nama berkata...

sedihnya citer awak saya harap awak tidak sedih sebab bunga bunga bukan sekuntum dan tabahlah ye.........

Tanpa Nama berkata...

erm... btuah kn kalau dpt lelaki yg btl2 myayangi kt macm??????? tp knp ek lelaki ni suah sgt nk mhargai wanita?

Tanpa Nama berkata...

kisah ni hampir sama dengan saya..
saya dah cuba menolak dia dari hidup saya,
tapi dia jnji terima saya dengan seadanya..
kami bahagia sgt2..xder poblem lagsung antara kitorg..
mungkin jarak kami x pnah dekat,
die timur saya barat,
keluarganya x dpt terima saya,
terpksa kami berpisah,
saya akur,ni mgkin yang terbaik utuk saya..
walaupun susah utuk menerima hakikat sbnar,
dengn prtolongan dari-Nya..
insyaAllah saya akn terima jgk nati..T_T

Tanpa Nama berkata...

saya baru kehilangan orang yang sangat saya sayang. dia pergi untuk orang yang lebih dia cinta and perlukan mungkin. walaupun saya dah beri segala kebahagiaan untuk dia, dia tetap pilih untuk sesuatu yang belum pasti dari orang lain. cerita saya lebih kurang dengan crita di atas. dia yang berikan harapan, dialah juga yang musnahkan. kesetiaan saya, tak pernah dia hargai.. sangat sedih..

Tanpa Nama berkata...

same like me :(

Tanpa Nama berkata...

Mmmmm.... Tul lah, cinta yang kita ada pun bukan milik kita yang hakiki... Lebih sedih cinta yang ada layu...

Tanpa Nama berkata...

hurm.. so sweet laki cm ni.... tp pse skunk ni masih ad lagi ker laki yang cm ni.....

mia berkata...

cedey dgar cite awak
saya yakin dgn laki yg saya cintai
saya xkan kecewa kan die mcm mana awak d kecewakan.. baru2 nie saya mengalami tekanan yg menyedihkan dlm hidup saya. rombongan utk merisik saya..tp saya dah ada pilihan hati sendiri..saya mengalami konflik sama ada utk memilih pilihan dr ibu atau diri sendiri...ibu saya x suka pada lelaki pilihan saya...saya cube jugak menurut cakap ibu saya walaupon hati saya pedih..saya buat solat istiqaroh..namun jawapan saya adalah tidak..ibu nk jugak saya d jodohkan dgn pilihan die....saya rungsing sekarang.. mana pilihan terbaik utk saya???..yg lebey merungsing kan ibu x suke dgn pilihan saya... tp ape yg ada dlm hatie saya skrang saya xnk kecewa kan hatie ibu dan hatie lelaki yg paling saya sayang..saya da buat keputusan xkan mengahwini lelaki yg saya cintai kerana ibu x redha...dan saya x kan kahwin dgn mana2 lelaki kerana hatie saya terlalu sayang kan die..dan saya x nk mungkir janji

Tanpa Nama berkata...

salam, kasihnya kau kepadanya adalah satu kasih yang mungkin tidak termampu dilakukan oleh insan kerdil diluar sana, kasinhya kau kepada dia sesungguh amat aku kagumi, namun seharusnya satu sahaja yang harus kau sedari..semua telah ditentukan..jika dia pilih meningalkan kau maka kasih dia tidak sekuat rasa kau kepadanya...ketahui.. dan masih ada insan lain yang menanti kasihmu itu..

stalish berkata...

salam pada penulis cerita ini....
erm citer yg menarik...
seperti yg tercatat dlm buku memahami bahasa cinta lelaki
"hanya seminit untuk mencari insan istimewa,
sejam untuk menghargainya,
sehari untuk mencintainya,
tetapi seumur hidup untuk melupakanya"

itulah yg sy gambarkan tuk watak lelaki n wanita lam citer nie...
erm melalui citer nie sy boleh merasai apa yg watak lelaki rasa bila wanita 2 tinggalkannya..
tpi lelaki harus terima dgn redha bahawa jodohnya bkn dgn wanita itu... kalau wanita itu tidak mencintai nya mungkin masih ada cinta yg tulus dan ikhlas untuk nya di masa akan dtg
jz wait n c

Tanpa Nama berkata...

ermmm seperti yang kurasa..sukar untuk melupakan orang tersayang..

mohza/along berkata...

salam, berkali2 aku menbaca keluahan ini, serasanya amat sukarkan untuk kita melupakan insan yang pernah kita kasihi, namun satu ketika aku sedarinya..bahawa semua kehendak bukan ditangan kita..
pertemuan dan jua perpisahan semua telah tertulis.
namun aku tidak menafikan kasih itu ada pertalian dalam jiwa. jiwa yang sukar untuk difahami pada insan yang tidak melaluinya.namun ketahuilah hidup harus diteruskan dari kita mengingati pada insan yang tidak memilih kita dalam kidupan mereka.

Tanpa Nama berkata...

JANGAN MENGELUH,,JANGAN MENYERAH...TETEP MAJU!!!!LAKI LAKI HARUS TEGAR KARENA KETEGARAN ITU YANG DIBUTUHKAN SEORANG WANITA

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt andai pmpuan tu trima ngn hargai lalaki tu insyallah dye la pmpuan paling beruntung dalam dunia ni
sush nk cri laki cm ni sorng dlm sejuta

Tanpa Nama berkata...

it is great story..xsume org berjaya memiliki cintanya..dan sedikit yang menghargai..

Tanpa Nama berkata...

sgt sdey lah... aq ase nk ngis .. bes nyer alau dpt lki mcm tuh. tp ad lg ker laki tuh dln dnia nih????

Tanpa Nama berkata...

menyentuh perasaan...benar kata org,mcintai seseorng xbmaksud harus saling memiliki~

Tanpa Nama berkata...

aduh..sedh yer..myentuh prasaan..
btw,this guy very sweet..
hpe dier jmpe gurl yg lbih appreacte dri dia..

Tanpa Nama berkata...

sedey gt citer niee...tp kena gak pk past is past....
n klu still de syg why not kita accept diekan..tp kena gak pk leh time or x ape yg die wt kt kita dulu...

Tanpa Nama berkata...

memang sedih...hanya org yang pernah alami shj yang tau

jf berkata...

erm...sedey.........mgkin ini yang terbaik buat awk...kita x tahu ape yg bakal mendtg..setiap ssuatu ada hkmahnye sndri..tabah dan redha .....k

Tanpa Nama berkata...

ya allah..mamat ni sebijik macam ex-bf aq lar...kisah ni sama macam kisah aq..baru sekarang aq menyesal..aq menyesal.menangis air mata darah skalipun dia x kan menerima aq lg.ape aq dah buat ni??penyesalan aq ni dah x bermakna lg..sebab aq dah kehilangan dia.

AKIN berkata...

selagi ada masa untuk berubah berubahlah....
kerna everything jika x ubah = NOTHING.

Tanpa Nama berkata...

so sad..

Tanpa Nama berkata...

ya allah kita senasib.kenapa kejujuran kita dipermainkan..??kita dh berkorban pe saje tuk dia..dia lngsung tk sedar pengorbanan kita tue..aku smpai skrng msih pegang pd jnji2 aku.aku tk leh trima org len selain dia..aku tk mampu....cintaku hnya la pada dia..skrng aku hnya mmpu melihatnya dari jauh...aku nk dia bhgia..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa aku masih mengigati dia. Segala kenangan dia bersama ku masih jelas bermain difikiran. Aku tidak mampu melupakan dirinya. Sampai sekarang aku tidak tahu sebabnya dia meninggalkan aku. Hanya kerana aku memarahinya dan terus buang segala kenangan aku bersama dia. Salahkah aku menegur tentang kesilapannya. Aku menerima dia seadanya.
Aku hendak dia tahu bahawa dialah segalanya buat aku. Aku sanggup lakukan apa sahaja demi dia. Aku sanggup berubah demi dia. Tetapi semua itu hanya pengorbanan yang tidak ada makna apa-apa pun buat dirinya. Aku sanggup lupakan hal-hal keluarga aku demi dia. Sedangkan aku anak sulung dalam keluarga.
Sekarang tiada lagi utusan sms darinya. Setiap pagi aku tetap menghantar sms kepadanya. Dengan harapan agar dia membaca sms aku. Sekiranya dulu aku pulang ke kampung ,orang yang pertama aku jumpa adalah dia. tetapi sekarang,aku tidak sanggup menjejakkan kaki lagi di kampung. Setiap sudut aku hanya terbayang kenanganku bersamanya. Apa sahaja yang aku lakukan sekarang ,aku hanya terbayangkan dia.
Dia telah membuat harapan yang tinggi bagi aku. Aku telah buktikan dengan aku memberi apa sahaja kemahuan dia. sekarang cintaku hanya padanya. Aku tidak mampu membuang perasaan itu. Biarla perasaan itu terkubur di hati aku. Aku akan jaga perasaan cinta ini sampai akhir hayat aku. Biarlah aku yang menunggu walaupun jodohnya bukan dengan aku. Aku tidak boleh terima mana-mana perempuan lain dalam hidup aku. Biarla aku yang merana asalkan dia bahagia. Aku pegang janji-janji aku padanya.
Aku cinta padanya sepenuh hati,walaupun aku sedar dia bukan milik aku lagi. Salahkah aku untuk mencintainya?

Tanpa Nama berkata...

CINTA......seikhlas mn pun kita,belum yentu kita akan dapat yang seikhlas apa yg kita buat...

Tanpa Nama berkata...

hari ini kita sayng,hari ini kita kenal erti cinta,hari ini kita tau apa erti sebuah oerhubungan yg d sulami erti kejujuran....tapi?????

Tanpa Nama berkata...

dulu aku penah menutup pintu hatiku untuk insan yg bernama leleki,sbbnya???aku dah cukup penat perit tok disakiti,tapi allah maha kuasa,dgn pandangan pertama,secara tidak dirancang,ati aku bgai diketuk untuk memeberi rung kepadanya...........

hendda.. berkata...

tak smua apa yg kita ingin kan akan trcapai,ingat la sblm kta mncintai ssorg spnuh hati cintai la pncipta nya trlebih dahulu,hanya cinta kpada maha pencipta la lebih agung dripada mncintai yg d cipta nya krana jodoh dah ketentuan hanya daripada yang maha Esa...brdoa la agar d temukan dgan org yg btul2 mghargai cinta mu

Tanpa Nama berkata...

aku jua penah mengalaminya...
luka di hati x siapa yg tau..
aku doakan semoga dia bbahagia bsama pilihan hatinya..

Tanpa Nama berkata...

KLU LER ADA SESIAPA YG MENGAKU BAHAWA KARYA DI ATAS TU MILIK DIA, TOKSAHLAH NAK TIPU. KARYA DI ATAS ADALAH MILIK KAWAN AKU BERNAMA ASH KOMIKIWA, BLOGNYA ADA DI ASHKOMIKIWA.BLOGSPOT.COM DAN KARYA ASALNYA BERTAJUK - SURAT CINTA TERAKHIR UNTUK AWAK. ENCIK ADMIN NI PON SATU, KLU NAK QUOTE, QUOTE LER SEMUA SEKALI. AWAT PARAGRAF LAST TAK MASUKKAN? NI HA PARAGRAF LASTNYER.


'Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.

Awak...

Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak...'


NI LINK DIRECT KE KARYA NI - http://ashkomikiwa.blogspot.com/2007/07/surat-cinta-terakhir-untuk-awak.html

SAPER2 NAK BACA KARYA ASAL, PEGI LER LINK TU. SIAN KWN AKU, DIA X TAU PUN KARYA DIA BNYK DAH KENA CIPLAK KAT TENET NI, PASTU SUKA-SUKI JERK ORG TUKAR KARYA DIA. KLU AKU, SIAP LER AKU SAMAN SORANG2. NAK KARYA CANTIK, BUAT LER SENDIRI, JGN CIPLAK ORG PUNYA PASTU NGAKU DIA PLAK PEMILIK KARYA. CETT. POODAH. YENNADEY.

AKU, PEMERHATI BEBAS

Tanpa Nama berkata...

cdey gler kesah ni..serupa mcm kesah aku dahulu..tp,apa yg aku mampu lakukan skrg hanye lar berserah pd ktentuan takdir YG MAHA ESA..n try 2 accept a reality life...:-)

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Berkata...

alangkah indahnya dunia kalau semua lelaki macam tu..karya ini amat membuat saya teruja apabila saya membacanya..susah mahu jumpa lelaki yang terlalu setia..walaubagaimanapun,harap masih ada yang setia..

Tanpa Nama berkata...

benarkah mencari jodoh lebih senang dari melupakan jodoh tersebut
jika benar sengsara la hati ini...

nina malina berkata...

cerita seolah2 ditujukan padaku.

farah_l!yana berkata...

sedih sangat !!!!
citanya lebih kurang sma ngn cita aku,
setiap kali aku baca cita at atas nih,
berlinang airmata aku nih......
x terluah kesedihan aku nih..

waney berkata...

sedih sangat2..sy paam ape yg penulis rasa becoz we in de same situation..semoge tabah dlm menjalani liku2 hidup yg lg bnyk cabaran~

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt...trasa ngn ngan saya.

famjad89 berkata...

saya baru putus cinta.. memang menitis air mata baca kisah ni.. hmmm...saya 1st time bercinta...2 tahun couple... baru clash sebulan lepas...sakit masih terasa..
jemput la ke blog saya...

http://qalbuhearthati.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kisah ini betul2 menyayat hati,,,,,seolah olah cerite ini sama macam saya hadapi sekarang......saya ingin sangat luahkan pada seseorang yg sudh lme sy cinta tentg perasaan sbnr......tp adeka dye akn terime????

ctah chandury berkata...

sedih yeee

momoe mashima hiro berkata...

so sad....

Tanpa Nama berkata...

saya sangat sedi apa bila membaca cerita ini....hingga kan airmata ini mengalir tanpa aku sedari..... saya rase bersalah ke atas perbuatan saya selama ini....yang hanya memperbodoh kan wanita....tapi saya berharap dia dah maaf kan aku.... maaf kan saya LeN.....

Tanpa Nama berkata...

ape ape pun itulah namanya CINTA

Nursyafiqah berkata...

sedih nyer :') cak la semua lelaki cm 2 kan bez

Tanpa Nama berkata...

citer yng cdey.. bodohnyer pompuan nie sbb tingal an lelaki yg amt iklaz mncintainya..

Tanpa Nama berkata...

saat ini boleh jadi kita amat mencintai seseorang dan rela berkorban apa saja demi orang yang dicintai walau kita tidak tau apakah dia mencintai kita atau tidak. dan kemudian dia menghilang pergi dan entah kemana, bahkan puluhan tahun kita masih sangat mencintainya.lalu setelah sekian lama memendam rindu tiba-tiba dia ada dihadapan kita tapi ternyata semua sudah berbeda,tidak ada lagi hasrat cinta yang dulu, hilang begitu saja.sampai detik ini aku bertanya-tanya kemana hilangnya......tapi ada rasa lega dihati hilang beban yang menghimpit didada...yng menyesakkan dada........(itulah sepenggal kisahku)

Tanpa Nama berkata...

urrmmm...9thn aku menyulam cinta, slps 9thn dia memutuskan cinta agung ku untuknya..dgn alasan dia dah ada pilihan lain, aku lepaskan dia dlm keterlukaan yg amat sgt..sampai skang sakit itu masih ada..slps 2thn dia dtg mencr aku, namun syg aku tidak sm syg yg dl...minta maaf..aku lbh rela sendiri

airin.... berkata...

sedihnye..sama mcm kisah aku...

tasyarina berkata...

bf saye tidak lgi mengendahkan saye..saye rse saye tdk lagi diperlukan di sini.saye ingin pergi meninggalknnya tp saye tak mampu hdup tanpa dia..nape saye dipertemukan dgn lelaki sebegitu?? memberi harapan pada saye dan akhirnye memusnahkan cinta ini?? adakah saye yg bersalah?? maafkan saye jika saye meghilangkan diri dri abg..

Tanpa Nama berkata...

mmg sedih n terharu....

purplicious242 berkata...

msa baca artikel ni syrasa mcm ada suara lelaki yang melafazkan ayat2 nie d deapn sy. touching betul . kalaulah ini kisah benar penulis itu sendiri, sy harap dia menemui jodoh yang terbaik untuknya nanti .

Tanpa Nama berkata...

sy sendiri penah mngalaminya..dn lebih sedih,dy tinggalkn sy slpas menetapkn tarikh prtunangan..namun sy kini redha..sy thu dy bukn yg trbaik utk sy...Allah thu mna yg trbaik utk sy..

Tanpa Nama berkata...

sumpah sedih sangat2!!!
tapi kehidupan masih perlu di teruskan..belajar dari kesilapan..smoga kebahagian muncul selepas ini...percayalah..sume berhak bahagia...

Tanpa Nama berkata...

sedh skali. . . sbgai sorng pompuan sye tlah mndapt seowng llki yg btol2 mnyayangi dri syew, , ,

Tanpa Nama berkata...

indahnya cinta...setiap saat ia mekar harum..seharum bunga..berwarna warnai bak pelangi pagi...bersinar bak mentari..bercahaya bak bulan purnama...
sungguh indah....cinta seprti itu..allhamdulillah,bersyukur jika,,setiap insan didunia..ada perasaan cinta yg mendalam..pada seseorang...~ cinta itu pelengkap segala2nya ^^"2711

Tanpa Nama berkata...

pe la korang ni... kan ada org kar atas tu dah bgtau, penulis ASAL karya ni bernama Ash Komikiwa... blog dia pun ada tu ha.. meh aku tlg tempekkan sekali lagi..

http://ashkomikiwa.blogspot.com/2007/07/surat-cinta-terakhir-untuk-awak.html

Ni karangan jer la, bukan cite betul pun.. jiwang tol korang ni.. huehuehuehueue..

Tanpa Nama berkata...

sweet sgat...suke nyer klo ade lg lelaki mcm ni...>_<

Tanpa Nama berkata...

kalau lah ada lelaki macam ni kan best..

Tanpa Nama berkata...

jiwang karat betul la...tapi tetap sweet..macam gula-gula he3

Tanpa Nama berkata...

Oh dah pernah baca karya ni kat blog Ash Komikiwa. Nape pemilik laman web ni x kasik kredit kpd penulis asal eh? Kena saman kang. Hehe.

Tanpa Nama berkata...

mmg sdh.trharu!!!

Tanpa Nama berkata...

terima knyataan ini dngan tenang,mnkin hri ian hri dye mengecewa kan awk..hri2 yg akn dtang kita xtau lg...sy sbgai prempuan pn prnah rasa smua 2 mlah lbih truk dri 2.......

Tanpa Nama berkata...

cerita ni sangat tepat dengan keadaan saya..sedihnya..

Tanpa Nama berkata...

maaf jika saya mengganggu...sy mengalami situasi yg sma skrg..dimana sy terpksa lukakn ati insan yg paling sy syg...yg xkn sy lupakn smpi bila2..dia CINTA SEJATI sy...tp kerana restu keluarga,sy terpaksa..hidup ni rs terlalu kosong..Ya ALLAH..tabahkan hatiku serta hati dia untuk kami menempuh hari yang mendatang...
kepada insan yang amat ku Sayangi..MOHD AMMAR CHE HAMAT...BI sentiasa da dlm ati UMI..BI CINTA SEJATI UMI SELAMANYA..

Tanpa Nama berkata...

btul...cinta pertama itu amat sukar dilupakan..ya aku juga spt itu, pertama kali jatuh cinta..terlalu sygkan si dia shggakan aku sggup ke tempat perbuangan smpah selama 1bln hnya smata2 ingin mgutip kupon yg dibuang bsama smpah busuk untuk ditukrkan kpd seekor teddy bear sbg hadiah hari jdnya!!haiz..itula,setiap saat wjhnya berada di mata apabila sudah terpaut di hati ttp dibuang begitu shj bila tidak diperlukan lg..mcm sampah-)..sdgkan kn slama ini terhidu sampah pun membuatkanku tmuntah..apa2 pun,aku redha..semoga kau bahagia yu..& krn qadak & qadak dari-Nya lh aku kini lebih matang & gembira dgn hari2 mndatng krn stlh dibuang olehmu..aku tlh mnemui CINTA SEJATIKU..yg sggup tangis ketawa bsamaku stiap saat..sbgmana yg aku idamkn...ALLAHUAKHBAR!!

Tanpa Nama berkata...

u came into my life.. i never intend to be like this. it just happened. n tot it was just for short brief knowing each other. dint noe it will go that far.

its gone for years now.. but it seems yesterday we parted. At times u gone far far away.. but u still lingered in my heart.. why? I just cant find the answer.. :(

Tanpa Nama berkata...

sakitkan ble terpaksa melepaskan org yg kita sayang..dan kita tetap x brubah prasaan, miski pun die x tahu..begitu lah yg terjadi pada sy..mengundur dri kerana terlalu menyayangi akan die..namun, die x mgetahuinya...:)

naznie love 4ever berkata...

kadang2 allah sembunyikan matahari.,
dia datangkan petir dan kilat.,
kita tertanya2 kemana hilangnya matahari.,
rupa2nya allah memberikan kita pelangi., => ^_^

Tanpa Nama berkata...

Semoga lelaki seperti ini akan dicipta untuk saya yang memerlukan kasih sayang sejati tulus ikhlas dari hati..

Tanpa Nama berkata...

I really miss someone :'(

Tanpa Nama berkata...

Semoga jodoh saya tu orang yang menerima saya dengan seikhlas hati dia. Berharap sangat dia dapat memimpin saya ke Syurga.

Tanpa Nama berkata...

menyukai dirimu memang menyakitkan namum begitu aku sanggup menanggung segala kedukaan ini

Tanpa Nama berkata...

awak, kalau lah awak membaca ini biarpun saya rasa teramatlah mustahilkan. saya tiada kekuatan untuk menyebut nama awak apatah lagi meluahkan secara terang-terangan. Benda ini berlaku tanpa diminta. Asalnya benci sebab kita selalu nak berebut tempat pertama dalam peperiksaan, akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sesuatu yang indah. Segala-galanya tentang awak bertukar menjadi indah. Saya cuba lupakan awak dengan membuka hati pada orang lain, tapi diri awak tetap tidak luput dalam ingatan saya. Bila saya lihat orang lain saya cuba mencari diri awak dalam diri orang itu. maafkan saya kalau saya ini asyik mengganggu awak. Bukan ini pinta saya

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah x sngka masih ada lagi lelaki seperti ini...selalunya kta akan jmpa perempuan shaja yg akn sayang dan menghargai seseorag lelaki itu....untng siapa yg dpt lelaki yg menghargai si dia di sisinya....semoga allah akn pertemukan aku dng seorang lelaki sepertinya suatu hari nnti..."Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (Yasin : 36)...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya.....
kadang2 Tuhan sengaja temukan kita dgn cinta yg salah supaya kita menghargai cinta tersebut......

Tanpa Nama berkata...

:'( sya mngalami apa yg awk alami jga...sya hrap dia fham prsaan sya krna sya bkn prmpuan yg smp0rna dan setiap 0rg da kkrangan dan klebihan msing2.

Tanpa Nama berkata...

itulah berlaku terhadap diri aku ..apabila kehilangan seseorang
yang kita sayangi :(

eyra loyy berkata...

bt0l ak p0n mnlalui perkara seperti cerita diatas ...sedehnyerw ak

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.