Tips Hilangkan Rasa Sunyi Di Hati

Share on Tumblr Bila bersendirian hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati.

Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baru ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan.

Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan 1,001 gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.

Jika masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

# Maha Pencipta

Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat.

Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.

# Perbaiki diri

Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil.

Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda. Awas!


# Bercuti

Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi.

Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.


# Jumpa kawan

Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka.

Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tidak percaya? Cubalah!


# Bersenam

Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini.

Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan.

Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.


# Kembali nakal

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka.

Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita.

Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.


# Bermesra bersama keluarga

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih.

Keluarga pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan. Ketahui masa yang anda miliki ini elok digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga.


# Terokai dunia baru

Elak daripada melakukan aktiviti yang tidak membuka minda. Sebaliknya, terokai dunia baru yang lebih mendamaikan dan bermakna.


# Sukarela

Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan untuk melakukan kerja sukarela.

Tempat sebegini biasanya mampu membuka dimensi baru dalam pemikiran. Malah anda akan sedar, masalah anda sebenarnya jauh lebih kecil daripada masalah mereka.


# Pandang ke hadapan

Buang memori bekas pasangan anda jauh daripada fikiran. Berikan perhatian pada apa yang akan berlaku kemudian misalnya bersama bakal kekasih. Capai angan-angan dengan usaha gigih bersama keyakinan diri yang tinggi. Tips Hilangkan Rasa Sunyi Di Hati

31 Komen:

NORA berkata...

macam memahami jek aq yang memang sunyi nie..huhuhu (-_-")

NORA berkata...

macam memahami jek aq yang memang sunyi nie..huhuhu (-_-")

Tanpa Nama berkata...

ok la jgk..tp 2 la..maen ngn duk b'sndirian nie..hurm.mcm2 t'pk..

Tanpa Nama berkata...

sume tu da buat..n tambahan bg tips diatas...sibukkan diri ngn plbgai kerja so t kte leh cpat lpekn si dye lg satu sntiasa mmaafkan suami/bf/gf kte..dgn itu ati jd tenang n redha ngn stiap yg tjd..=)

Tanpa Nama berkata...

yap...bila terbaca tips nie membuatkan sy rasa ade semangat..perasaan juga tidak tertekan lagi dan berpikiran positif,bnyak perkara yg berfaedah boleh dilakukan untk mengelakan kita berpikiran cetek....BERUSAHA MENJADI YG TERBAIK.....

acik berkata...

lepas sy bace tips diatas bru sy terbuka minda n barula sy tahu bkn sy sorg kt dunia ni yg kesunyian...ditinggal'n oleh org yg disayangi amt memeritkan lg2 dimadu'n.....tp selepas aper yg terjadi byk mengajar sy erti kehidupan n barula sy sedar selama ni terlalu byk perhatian sy berikan pd die sehingga mkn dr sendri....skunk maser utk b'ubh... -acik-

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah....harap2 dapat diamalkan semuanya dengan baik

eyjat berkata...

asslammualaikum,tnx kpd pnls blog ini kerana bgi tips2 eni,,huhuhu..still rasa sakit hati+sunyi+sediy agy dalam hati wlwpn da lame berpisahkn,agax2 selps buat mcm niy,adkh minda sy msh berfikir tntg org yg sy syg dulu.?kalau ad tips2 lagi p2p la sy kat fce book just type kriss9964@y.cm..Hope sy dan kmu semua yg tlah rasa sunyi dihati,same2 la kitew brdoa dn brsbr agar peluang msh ad pda kita,tapi sy ingin menanyakan pd kalian,adkh setiap org yg Tak Buat salah pasti akan dapat balasan begini atau tidak.?Betul kata rakan yg komen e2,kalau duk brsndrian mcm2 trpikir n kekdg boley buat ktw mengs,sy rasa cukup trtekan apabila melaluai ini semua,setiap tempat,setiap langkah,setiap pakaian dan setiap masa jika saya laluai sy akan tregt dn tersa rindu pd org yg sy syg 2,patut kew saya melalui kwsn trsbt untk mnruskn khdpn.?atau tidak payah lalu kwsn tersebut kerana mengingat kenangan dulu,.sy tau setiap perbuataan yg sy lakukan ada balasan nyer,tapi boley kah sy bertnya,knpew org yg kiter syg akhrnyr org etu mmbls kite dgn perpisahan.?Hope sy dn kamu semua dpt mnruskn kehidpn dgn tabah dn sabar..~~Setiap Yang Berlalu Pasti Akan Pergi~~(eyjat)

Tanpa Nama berkata...

kdang2 bila bersendirian teringat juga dkat si dia,wlau pun da mcm2 xtvt yg dilakukan..hmmm sdih ble teringat ksah2 bersama si dia yg tak mghargai diri ini..hmm ^ ^

Tanpa Nama berkata...

ya mmg sunyi..tambah2 mengingati memori dlu..hmm,,apapn..hanya Allah tempat kite mngadu dan mndgr sgale rintihan kite..

Tanpa Nama berkata...

jiwa ku sungguh kosong sekarang nie..

Tanpa Nama berkata...

sunyi dan terus sunyi...hanya Allah dpt membantu...

Tanpa Nama berkata...

dulu sendiri kini sendiri tiada siapa yg peduli..ingin merasa dicintai dan menyintai tiada siapa yg peduli..hanya padamu ya Allah kuberserah

Tanpa Nama berkata...

mantap...hanya itu yg bisa aku katakan... ^_^..syum donk

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum, hm.. trima kasih kpd penulis blog nie. kerna sedikit sbyak. dapat m`beri tips2 yg berguna tuk sy. dan m`beri ketenangan serta keyakinan tuk sy, trima kasih.

Tanpa Nama berkata...

setiap ka;i tringatkn msti mngalir airmata ni....ya allah kuatkan ati hambamu ini.....

Tanpa Nama berkata...

mmg rase sunyi...bile tringat segala kenangan besama,hy Allah saje yg tau betapa hancurnya hati ni..tak dihargai...hy pada Allah aku memohon ditabahkan ati dan hy pada Allah tmpt aku mengadu..Dia Maha Mengetahi segalanya..

Tanpa Nama berkata...

mmg terase sunyi sngt2;ble kte tringat kngan yg prnh lalui..hanya tuhan sja yg tahu!!betapa sedihnya;orang yg kte cintai tlah pergi JAAUUUHHHH!!!!hanye pada tuhan sje;yg dpat kte luahkn sgale2nya.....krna dialah yg mengatur kte di dunia ini!!

Tanpa Nama berkata...

kepala butuh kaw siyal bontot

Tanpa Nama berkata...

wey..mlot ukh jgn celupah sngt jd orng!!ko ingt dlm hidup ko tanpa cinta n syg ko bleyh hidup?????

Tanpa Nama berkata...

diyam kaw masna binti misdi nk ceramah aku plak gils buih kake patek pon bede

Tanpa Nama berkata...

woii...kt cni bkan nk mengejek2 nme bpak k!!pinky aswanto bin gaffar!!!!BAJAI..BAJAI..BAJAI....................

kapak rock berkata...

la cubek beceng tak ae na kerpui...ketiak busuk masna lodek dodol soso kennek.kikih ompong ena sondol bolong

kapak rock berkata...

nape diam masna lodek paatek kake

AJS(DEZTHA) berkata...

klo ngelupain bekas pacar???

gimna tuh??

Tanpa Nama berkata...

dulu aq sgt m'cintai seorang jejaka,tpi hbgn kmi ptus di tgh jln sbb dye ckp dye dh nk kwen dgn wanita pilahan ibunya,pda hri itu jgk aq b'sumpah pdanya,xkn pernah m'cntai llki lain selain dye.dan dri saat itu smpai lha skrg aq blm ade pengangtinya.tpi skrg aq dn dye hnya sebagai kwn biasa.ops..t'lupe,hm..y sbnrnya dye xkawen pn dgn wanita pilihan ibunya.kdg2 dye slalu jgk ajk jmpe,tpi time ade keramaian jew.dye ni jnis yg pendiam dn xbyk songeh mcm llki yg p'nah aq jmpe.aq p'nah c'cbe lpekn dye,tpi aq lgsg xdpt lpekn dye.malahal ramai llki y cbe nk jdi kksih aq,aq buat2 xtau.sbb dlm hti aq hnye dye,(joshua)

Tanpa Nama berkata...

3 taon aq kesepian tanpa cinta...ingin rasanya seperti dulu lgi...aq ign mencintai dan dicintai...

Tanpa Nama berkata...

sunyi sgt tp enjoy gak idop single nie......
xde yg mhalang....

Tanpa Nama berkata...

knpalah aku msih rnduankn sidie..tah die ingat aku lg ke x..bkn aku xcba cri pganti..tp smpai skunk blum aku jmpa..bkn aku x cuba..tp hdup aku still lg dslubungi sunyi,sepi sakit..

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt sebab bekas kekasih akan bkahwin dgn bekas kwn baik yg pernah mjadi org tgh antara aku ngn bekas kekasih ku.. hurmmm smpainyer hati mreka lakukan mcm ni pd aku :'( so damn ~ :'(

insan biasa berkata...

Tips yg brguna.. kembali yakin meneruskan kehidupan

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.