Tip Memenangi Hati Gadis- Biar Si Dia Sayang Padamu

Share on Tumblr 1. Ulang sebut nama, perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan kamu. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepadamu.

2. Kenalpasti keistimewaannya yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan dan kelebihannya itu dengan bersemangat dan pasti dia akan mudah tertawan kepadamu.

3. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaannya. Ini melembutkan hatinya kepadamu.

4. Jika si dia memuji kamu, tunjukkan keseronokan dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa sangat dihargai.

5. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ si dia. Katakan kualiti iutlah yang membuatkan kamu suka padanya. Ini buat dia rasa istimewa.

6.Gadis mudah tertawan kepada lelaki yang bersikap `gentleman`. bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

7. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi, bertimbang rasa dan gunakan gerak batin.

8. Cuba jugsa tips ini bagi menambat hati wanita. Kamu harus keraplah bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

9. Hati gadis mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

10. Jika gadis itu sedang marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat.


*Ramai pasangan yang menderita bila `girlfriend` terlalu cantik atau `boyfriend` terlalu handsome. Cadangan, cari bakal pasangan kekasih yang setara dan sepadan dengan kita. Tak pening kepala!!!

RICHIE RACHMAN Tip Memenangi Hati Gadis- Biar Si Dia Sayang Padamu

12 Komen:

KizZ berkata...

wah...best blog nih..

mujahid_cinta berkata...

salam hmmmm bagus gak idea tq

Tanpa Nama berkata...

haerul sahib
waww bagus banget tips nya.................

shakawe berkata...

nanti sy cuba....

Tanpa Nama berkata...

apa betul tips in?????

Tanpa Nama berkata...

ok saya akn cube sy harap dgan tips nei sy dpat m`mikat hati gadis yang sy sukai

Tanpa Nama berkata...

tip bakn lah sgala'a ..
tp qta hrus bner2 mncintai seseOrang,dgn tuluz dari dlm hti qta sendiri...

Tanpa Nama berkata...

trime kseh krn tlah mmbri tips yg hbat .. ^ ^,

Tanpa Nama berkata...

erm,setakat ni ok la ...
hehheehe

Tanpa Nama berkata...

a good cadangan.mdh2an cdgn nie beri hsl pd kte semua....

Tanpa Nama berkata...

kcipap

shahira berkata...

macam mna nk menambat hati si dea?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.