Warkah untuk HAWA

Share on Tumblr Warkah untuk HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Sumber: Internet Warkah untuk HAWA

16 Komen:

superna berkata...

renung2knlah whai kaum hawa........

aisa berkata...

sye sbgai kaum hawa rse insaf

Hidayah93Jiejah berkata...

kaum hawa....
aku slh satunya...

humaira berkata...

alhamdulillah....
hati ini ckup tersentuh tatkala diri membaca madah diatas...
bnarlah ap yang di bicarakan..
wnita yakni kaum hawa punya maruah dan harga diri..
kdg2 terasa diri ini jahil pd agma...
mngapa dulu diri tdk sbegini...
lmbat ku temui sinar dlm hdp ku ini..
utk pulih keslpn ku bkn mudah...
mlibatkan naluri insani...
dhai kaum hawa...
smga kita smua sntiasa tjage olh allah...

anis berkata...

kaum hawa sekrg ramai yg sesat..tunjuk sana sini..freehair..peluk cium sudah dgn bkn muhrim sudah menjadi perkara biasa..sy sbagai umt islam terlalu sedih melihat saudara islam menjadi begini..insaflah..kamu tidak memperoleh ape pun dgn mlakukan itu semua..ya kamu akn dapat azab drpd allh..insaf lh..bkn dunia yg kekal abadi tp akhirat..jd bekal kn bnyk2 bekalan untuk menampung derita di akhirat..

Tanpa Nama berkata...

terasa penyesalan meresap d jiwa ini.............

EDAYAH berkata...

YA ALLAH ampunilh dosa2 ku..sesungguhnye ak hmba mu yg jahil...lindungilh ak YA ALLAH...

Tanpa Nama berkata...

kaum hawa...adalah sayap kiri kepada kaum adam..bangkitlah wahai kaum hawa jangan mudah menyerah pada insan yang bukan sesiapa pada kita....kelak jadilah wanita yang solehah semoga Allah merahmati kita semua...insyaallah

Tanpa Nama berkata...

jangan mau disakiti oleh kaum hawa

Tanpa Nama berkata...

btl r ap yg dy ckp 2
lpas niy taubat laa yg mne ad wt dose
ak pn ad jgk wt dose
tp ak insaf daa skunk
ak arp korang leyh jge tingkah laku korg sbgai
MUSLIMAH SEJATI (MAR-AH MUSLIMAH)

Tanpa Nama berkata...

amien.....-INSAN BERGELAR NURHAWA...;-)

Tanpa Nama berkata...

bez doe ayat dye..

sinta tresnawati berkata...

kita sbgai sebagai kaum muslimin....
harus menjaga aurat kita, dan menjaga akhlak yang baik...
agar para lelaki tidak bersikap tdk sopan kpada kita...

Tanpa Nama berkata...

hati ini ckup tersentuh dgan kata2 tntg hawa...
wahai kaum hawa yg len..
sdarlaa kalian..
sdarlaa kiamat mkin dkat..
crilaa sbyak mana phala utk mmbn2 kta d padang mahsyar nty..
mawkah kalian merasa azab api neraka yg sangat panas e2 srta azab2 pedih yg len....sya sbgai kaum hawa berdoa semoga kaum hawa yg len bertaubat,, insyaAllah...AMINNN...

Tanpa Nama berkata...

saya suka blog ni..:D

Tanpa Nama berkata...

dh lame sye cari laman web macam nie....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.