Rahsia cinta sejati terpelihara

Share on Tumblr Rahsia cinta sejati terpelihara

Masih bersendirian sedangkan teman seangkatan sudah memiliki kekasih bahkan sudah mendirikan mahligai bahagia?

Dalam menjalin hubungan, jangan terlalu mengikut nafsu semata-mata kerana ia tidak mungkin berakhir dengan kebahagiaan. Untuk itu, binalah hubungan berdasarkan pertalian suci, ikhlas, indah dan penuh kemurnian tanpa cetusan nafsu semata.

Cinta bukanlah hanya kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa sebelumnya.

Sememangnya hidup bercinta amat mudah, tetapi untuk dicintai orang yang anda cintai sukar diperoleh.

Bagaimana pula di saat menjalin hubungan dengan teman lelaki yang baru, tiba-tiba bekas kekasih muncul di depan mata?

Ikuti 10 petua berikut untuk memelihara cinta sejati anda berdua yang diharapkan bakal berakhir ke jenjang pelamin kelak.

1. Pilih pasangan yang sesuai

Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati.

Terlalu ramai pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segala-galanya.

Secara jujur, tanya kepada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah? " Jika tidak, buat keputusan untuk mencari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks kerana ramai pasangan yang terjebak dalam persoalan ini. Mereka sanggup berkorban membuta tuli tanpa memikirkan risiko bakal ditinggalkan.

Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah melaluinya, pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan apabila akhirnya ia menjadi bahan yang diungkit sampai bila-bila.

3. Percaya pada kelemahannya

Anda seharusnya tanya kepada diri sendiri; "Adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya, kemudian baru mengingati aku?"

4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.

Cara sebegini dapat mengelak daripada berlakunya konflik dan hubungan emosi anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan ketika berbulan madu, tetapi amalkan 'temu janji' sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku.

Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan dan cuba berbincang cara menyelesaikan masalah anda berdua.

8. Kekasih lama kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati suatu masa dulu tiba-tiba muncul depan mata. Bagi sesetengah individu, ia mungkin membuatkan keadaan jadi sukar.

Perasaan buntu dan bercelaru mungkin memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan supaya tidak mencintainya lagi.

Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru yang mungkin menjanjikan kebahagiaan selama-lamanya.

9. Bukan perigi cari timba

Anda mungkin tidak sedar cinta sejati membuatkan anda seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Sebaiknya, haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya. Rahsia cinta sejati terpelihara

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

dhgfhggvfy

Tanpa Nama berkata...

ape2 aje la....

vimuetsz[vivie tifana dewi] berkata...

kita harus berhati2 dengan cinta,karna cinta dapat membutakan kita,tapi bila kita menjaga cinta dengan kejujuran dan ke ikhlasan insya allah cinta nggak akan bisa membutakan kita

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.