Wanita Tak Suka Lelaki Perangai Begini

Share on Tumblr Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.


Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi,angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

dari Tentang Cinta Wanita Tak Suka Lelaki Perangai Begini

24 Komen:

Tanpa Nama berkata...

i don't like laki yg ego tinggi sgt...

pUtErI_NiRmAla berkata...

lelaki suka ckp itu...tp wat ini...benci

Tanpa Nama berkata...

banyak kekurangan pada diriku kalau wanita tak suka senang2 tak yah kahwin la ingat lelaki malaikat ka manusia ada kekurangan mengapa kita harus mencari kekurangan jika ingin bercinta@bersam?

jiwa.lalat berkata...

yezza

h.H berkata...

nk xnk,gua kne phm pmpuan wlaupn snarnye gua xphm pmpuan.sbb lelaki knn psngnnye pmpuan.so,knela phm pmpuan.lu org phm x ape yg gua ckp?kalo xphmm,buat2 phm jela..

Tanpa Nama berkata...

oh

Tanpa Nama berkata...

aku nk buat suma lh

Tanpa Nama berkata...

bolehlha tahan,,,,

Tanpa Nama berkata...

kalo die x ego,tapi ssah nk luah an prasaan die,cmne ye??pening bile pikir...

Tanpa Nama berkata...

betul jgk tip2 tu..

ensem berkata...

kenape perempuan suke buat hal

Tanpa Nama berkata...

50% PERKARA DIATAS ADA PADA AKU.SEBAB AKU ADALAH LELAKI.

comey berkata...

kenapa lelaki sukar utk mengingati hari2 yg pnting bg prpuan,mksod sy trkh lahir..

comey berkata...

kenapa lelaki sukar utk mengingati hari2 yg pnting bg prpuan,mksod sy trkh lahir..

Tanpa Nama berkata...

Lelaki Bukan Spesis Buruk......

Pursuit of Happyness berkata...

tidak semua laki2 mcm tu... ;)

Tanpa Nama berkata...

Lucky laki x boleh nangis.....

Tanpa Nama berkata...

lelaki dan perempuan same je y pnting kene taw tntg diri sndri and try bwt y tbaik

Tanpa Nama berkata...

pompan slalu crewet bha

aku berkata...

kini baru ku sedar...

RubyZ berkata...

saya xsuka lelaki yang suka xtepati masa..

siti nur sakinah berkata...

saya xsuka lelaki yang sombong , ego dan xbalas semua chat atau text saya

Tanpa Nama berkata...

aq tak ska lelaki yg pngotor....

azlee shahril berkata...

arh semua nya korang tak suka ! kau tu ingt kau tu sempurna sgt. lelaki manusia juga laaaa. ada kelemahan. so tak yah lah cakap suka ke tak suka !! semua yg korang tak suka tu boleh diperbaiki kan :-)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.