Tip mempertahankan diri

Share on Tumblr

Sebagai remaja terutamanya wanita, mereka selalunya terdedah dengan ancaman bahaya ketika berada di luar rumah.

Mereka sering menjadi sasaran perogol, perompak atau penculik.

Terdapat beberapa tip mudah untuk menggelakkan diri daripada situasi bahaya tersebut.

Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran. Malangnya, ia mungkin tidak memadai.

Sebagai wanita, penting jika mereka tahu cara-cara untuk mempertahankan diri. Walaupun tenaga wanita tidak sekuat lelaki, memadai jika mereka tahu apa yang perlu dilakukan ketika diri diancam bahaya.


Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

Jerit sekuat hati

Apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit sekuat hati. Ini akan membuatkan penjenayah tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda.

Jika penjenayah mengacukan senjata seperti pisau atau pistol ke arah anda dari dalam kereta, lari jauh dari kenderaan itu dan pada masa yang sama menjerit. Ia mungkin akan membuat penjenayah melarikan diri.

Gunakan kekuatan tangan

Jika penjenayah menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah.

Anda juga perlu bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut.

Jangan perhatikan satu bahagian tubuh penjenayah sahaja. Sebaliknya lihat secara menyeluruh dan perhatikan mana-mana bahagian yang boleh diserang. Sebagai contoh, jika penjenayah memakai subang, tarik subangnya sekuat hati.

Apabila penjenayah tunduk kesakitan, anda boleh lari sambil meminta pertolongan.

Teknik 'kunci kaki'

Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda.

Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya.

Jangan panik

Gunakan apa sahaja objek yang ada di sekeliling anda untuk mencederakan penjenayah.

Sekiranya anda sedang berjalan, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani.

Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah.

Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata.

Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan.

Penyembur mata

Paling penting, sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan.

Gunakan apa juga objek

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta.

Jangan mudah menyerah kalah

Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda untuk mengelakkan anda dicederakan. Tip mempertahankan diri

8 Komen:

Andy berkata...

thx info nya.. hihi.. :)

Tanpa Nama berkata...

bagus info nih..

Tanpa Nama berkata...

Info yg bagus..arigatou..^^

Tanpa Nama berkata...

thank

intan berkata...

uuuuu inyu unyu
mana trik nya itukan cuma caranya aja gak ada aba aba buat nyerangnya

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama berkata....

Tanpa Nama berkata...

tanhk

Tanpa Nama berkata...

tengs 4 the information.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.