Insan Belajar Dari Kehidupan

Share on Tumblr Monolog : Insan Belajar Dari Kehidupan

Jika insan diajar dengan keangkuhan,

Dia belajar erti takbur..

Jika insan diasuh dengan kelemahan,

Dia belajar erti hina diri..

Jika insan diasuh dengan permusuhan,

Dia belajar erti membenci..

Jika insan diajar pentingkan diri,

Dia belajar erti mengkhianati..

Namun…

Jika insan diasuh dengan insani,

Dia belajar erti harga diri..

Jika insan diasuh dengan belas budi,

Dia belajar erti mengasihani..

Jika insan diasuh dengan kepayahan,

Dia belajar erti mensyukuri..

Jika insan diasuh bertimbangrasa,

Dia belajar erti bersabar..

Jika diasuh dengan menukil karya,

Dia belajar erti manfaat ilmu..

Jika insan diasuh dengan didikan taqwa,

Dia belajar erti hayati agama..

Jika insan diasuh dengan jiwa rakyat,

Dia belajar erti muafakat..

Jika insan diasuh pengalaman,

Dia belajar erti hakikat kehidupan…. Insan Belajar Dari Kehidupan

2 Komen:

suzifah berkata...

bagus.saya suka monolog ini tq

suzifah berkata...

bagus,saya suka monolog ini.tq

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.