Khas Lelaki: Petanda Terlalu Lama Single

Share on Tumblr Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek suka pada kau – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

3. Kau banyak sangat main games – Counterstrike? DOTA? FIFA 2009? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Sumber: Blog Lelaki Uberseksual. Khas Lelaki: Petanda Terlalu Lama Single

9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ntah ape2 la.. hai..
mmg sape yg tulih 'post' nie mmg otak dia dah serabut sgt kot..

and its not funny.. to be single..
mens chose to be single coz they want it and derang xnk dikongkong oleh awek yg terlalu memerlukan perhatian..

ahaksz..

sinta berkata...

dikongkong oleh awek yg terlalu memerlukan perhatian

Tanpa Nama berkata...

it's funny..i like this post...

Tanpa Nama berkata...

pusiiiiiiiiiiiiiiiiiing la wak.....ape ape cakap....tqk kesah la....................ra mudhengggggggg kulo...le...le............

yok..yokk sinau..booso mu kue..

harisah berkata...

mungkin ada kebenaran
tapi tak semua cam tu
sebagai lelaki ada pilihannya sendiri
bukan terlalu memilih
tapi bergantung pada personaliti seseorang
dan ada sebahagian lelaki taksub pada agama
hingga pergaulan bebas tidak di halalkan bagi mereka
ini jauh dari perintah agama
lihan surah an-nur..
Bagi saya pilihan terletak di tangan sendiri
cara hidup bagaimana yg kita pilih..

zuliya berkata...

jodoh itu telah ditetapkan Allah....tp tanpa mencari....ia tak kan hadir dengan sendiri nya...

Tanpa Nama berkata...

brtul plak apa yg tulis tu...sejak istri aku mninggal aku jadi pelupa...sib baik anak2 hiburkn. alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

masa si..sejak sya putus dngn pacar saya susah cari pendamping baru

Tanpa Nama berkata...

nak kawin tp maknya memilih tpksa lupakan sahaja

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.