Ditinggal Kekasih. Kesilapan Wanita Yang Perlu Direnungi.

Share on Tumblr Kesilapan Wanita Yang Membuat Lelaki Meninggalkan Anda

Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya? Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka. Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.

Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki.

Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya. Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita.

Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti?

Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik!

Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan.

Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan. Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.

Sumber: Link
Kredit: Ronin Ditinggal Kekasih. Kesilapan Wanita Yang Perlu Direnungi.

31 Komen:

Aiwa berkata...

emm...betul...but why not lelaki juga kena faham keinginan wanita...yealah lelaki payah sangat nak tunjukkan kasih sayang nya..bila ckp kita nak kasih sayang dan perhatian boleh2 lelaki jawap kasih syg mcm mana..ehh geramnya ingat kasih syg tu blh terangkan 100% ke arr...rasional lah ckit ooii lelaki...tapi sbb cinta pompuan gak kena mengalah...apa yg mampu dilakukan hanya lah berdoa ...pening kepala fkir dalam perhubungan nie...mcm2 masalah...blum lagi kawin..blum lagi ada anak...blum lagi ada cucu...blum lagi ada cicit..nasib je Malaysia nie tak ada gunung berapi klau tak dah meletup mlaysia nie agaknya...

gadis_ berkata...

btol..x kan pmpuan jer yg kene paham..
mane adil.

Tanpa Nama berkata...

tp, rasa nyer cm betul
sbb pompuan slalu emosi
cth nye cm sy
tu sbb rmai x thn
huhuhu
popuan patut sdr ni kot
kte slalu slh kn mreka
tp, ad ke tdak kte melihat dlm diri kte dulu
hurm

Tanpa Nama berkata...

pinky-gurl

SYA RSA SMUA N BNAR SB SYA PN PRNH ALAMI.SY MENYESAL DGN SKAP SY DLUW.KLULAH MSA BLH DPUTAR SMULA.SY INGIN CKP SY SYG SGT KT MOHD BAHAZIR..;I LOVE U 4EVER N EVER;

Tanpa Nama berkata...

Memang benar per yg ditulis tetapi lelaki
nie kadang2 pn kn lah faham perasaan kaum wanita
nie,kami b'jiwa lembut inginkn sedikit perhatian dan kasih sayang,bukannya suruh b'kepit 24 jam.

gurl 4 boy berkata...

semuanye betul..evryone de hak utk mberi pndapat msg2..namun 4 me, dlm percintaan jadilah diri sendiri, n terima diri pasangan seadenye..dan sama2 mnjage hubngan supaye terus kekal bahgie..

Nor Firnena berkata...

Selalunya, perkara ini terjadi kerana pengabaian dalam soal penjagaan kesihatan dan kecantikan. So, pelajarilah suatu 'ilmu' yang akan membuatkan si dia teringat-ingat sentiasa. Kecantikan anda akan diabadikan, sekaligus akan membuatkan si dia akan sentiasa datang mencari anda (jangan takut pulak! Sebab kalau ini yang anda mahukan...) Pelajari ilmu ini di:

rahsiafirnena.com

Trimas!

Tanpa Nama berkata...

ade betulnye camtu.. lebih untung lg kalu kita buat ape2 jer pun org tetap sayaang..

Tanpa Nama berkata...

between lelaki n prmpuan it's so many differences..whether u like it or not,woman cannot be a man,so do them..

Tanpa Nama berkata...

pompun-pompuan...dah namanyerr pompuan kan hatinyerr lembut...x semestinyerr pompuan yg bersalah..sapelah yg tulis artikelll...sediakanlah gak kesilapan lelaki yg perlu drenungi...

Tanpa Nama berkata...

sama2 kene ambik point dlm kes nie..
laki or pompuan kena sma2 pike cmne nk baiki ubungan.. smua dh tau pompuan mmg hatinya lembut manja n suka dberi phatian n belaian. laki pun kena blaja cmne nk lyn pompuan.. kita slg memrlukan so biar lah sma2 kita berusaha buat y tbaik tuk kekalkn nya..

fikir logik berkata...

aku pun penah alami tapi tak menyesalpun putus dengan dia sebab dia pun tak faham aku sebab tu aku suka naik angin..sekarang ni aku dah jumpa lelaki yang faham aku so, tak de la aku nek angin..n hubungan kami pun ok je..pompuan takkan nek angin tanpa sebab k....

Tanpa Nama berkata...

meng sift lelaki kayak gt,,,klo udah di entot atw di setubuhi,,kasih sayang nya berkurang,,bahkan bisa jadi meninggalkan wanita/pacarnya...kalo da ngerasain memek nya da ga cinta lagi...

Tanpa Nama berkata...

huhuhu...sedihnya....skng nie...pkwe sy mula jauh dari sy....dia kini ad owng lain...tapi dia xpenah nak ngku...huhuhu....dia kata pmpuan 2 bukn aweks dia...
tapi sy dapt asekan y pmpuan 2 aweks dia...
sedihnya.....
setiap wakti le sy indukn dia pasti sy nangis...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ngan tips2 nie=)

kiera berkata...

huhu..
ade betul...perempuan memang penuh dgn emosi..saya sendiri memang kuat bermain emosi..
memang xdapat dinafikan perempuan memang suka dibelai,dipujuk,dimanja tapi klau pasangan xmemahami,patutnya masing-masing kene berterus terang membaiki hubungan
tapi kalau still tiada perubahan,perempuan tu kene pk adakah perempuan tu sanggup menerima seadanya lelaki tu?
klau xtahan say gud bye je la dari menderita selepas kawin

eyah berkata...

bru putus cinta,...... ;(

Tanpa Nama berkata...

sy pn br putus cinta..putus terpaksa..bila dia mendiamkan diri sy pn bertanya kenape.katanya sibuk.bila sy minta bawa haluan masing2,dia tk nk.sy rasa dia dh bosan ngan sy tp dia kata sya tk penah menyakitkn ati dia..sy suruh dia cari org lain,katanya malas..nk keje,bantu adik..tp akhirnya terbongkar cerita dia nk kawin..dgn pilihan org tua.tk pe la..sy paham..masalahnya,dia tk trus trang..sy dpat tau dr org lain..masih bg harapn walupn dh nk kawin(masa tu sy tk tau)sy dn keluarga mengitung ari utk dia melamar sy tp dia pula menghitung ari utk berkahwin dgn orang lain.tertipu rasanya..untungnya dia mengaku kesalahan nya dan minta maaf.katanya serba salah nk bgtau....kalu ikutkan ati nk je tunggu dia sampai bila2 tp kalu ikut kata akal pula..terimalah takdir seadanya.disebalik yg pahit ada manisnya...

Tanpa Nama berkata...

perempuan mang atinye lembut sgt..kdg2 satu perkataan bole rosakkn emosi nye..kdg2 bnde2 yg buruk yg kite ckp bukan tuk dye dye pn terase..laki mang ade wat salah..tp laki gak mahukan belaian mnje dr perempuan yg dye syg..even dye tgh mara o moody..sometimes..perempuan mudah lupe ape laki pernah susah tuk dye..tp cpt ingat ape laki wat salh tuk dye..laki pn punyai perasaan cmburu..even cmburu bute..perempuan knela sabar hadapinye..sbb laki x pernah penat bile pjuk perempuan..inilah pengalaman sy..

Tanpa Nama berkata...

laki mang sgt tersentuh ati bile perempuan mara dye..dan dye x bole nk lawan ape yg perempuan tuh ckp..sbb luluhnye ati laki tue..even dye nk mara sgt..tp dye cume dpt diam..sy akui..laki mang cpt mara dlm moody..even dye x tawu nape dye jd cgtuu..tp perempuan mstla sabar hadapi semua sifat laki tuhh..sebab laki x pernah jemu melayan majok perempuan..kdg2 laki pn nk perhatian..syg..dr perempuan..dan nk kn perempuan sabar menyayangi dye..bkn perempuan jew nk semue tuh..laki pn ade jgak..inilah pengalaman sy..

Angin Selat Melaka berkata...

Hai...
I cuma nak test. Kalau I bg komen guna profile elok-elok (login ke email), keluar gambar monyet jugak ke atau tak...Sb byk sgt jenis yg tk berdisplin di sini, nk isi nama pun susah! Kalau keluar gmbr profile I, syukur ler....klau kluar gambar beruk jugak, aper nk di kater yer tak?...

Tp I raser ok...Utk sesiapa yg terasa diri tak cantik sgt tu smpai trpaksa guna profile monyet, cantikan diri dgn mempelajari ilmu kecantikan di:

Kekasih susah nak tinggal sb cantik

Tanpa Nama berkata...

mmg btul suma 2,mgkin sye jgk ad wt slah kt dye.klu sye mmpunyai kkuatn,ign sye luahkn"ARIFF,LIYA STILL SYG ARIFF"tp apkn dya,aq hya sorng wnita....enth btul ap yg mmbr2 pnh ckp,dye xpnh skekn sye....dya couple ngan sy hya suke2 je

Tanpa Nama berkata...

kalau lah masa boleh berputar

Tanpa Nama berkata...

wanita diciptakan daripada salah 1 rusuk kiri lelaki...adakah adil jika dibandingkan lelaki dan wanita hendak dibandingkan dengan yang maha kuasa...

Tanpa Nama berkata...

Memang betul..wanita emosi sgt..mcm saya terlalu mengikut hati akhirnya saya yg kecewa..huhu

DOT berkata...

i ada sorg gf, tp dia suka sgt nk marah2 nk kata sengugut x plak,,,,kenkadang hal kecik pn nk marah,,, tp bila i marah dia plak merajuk, i plak kene pujuk,,tp i merajuk dia boleh wat x tau e,,,tension,,asik nk jaga perasaan dia je,,perasaan i lansung dia xda nk hormat,,puas dah bg nasihat,,tp mcm tu gak,,,penah dia ckpp nk tingal kn i,,tp ckp je xnk gak blah,,,bila i dh minta putus,,baru lah nk pujuk i ,,,semak la...skrg i dh putus kn biar pn byk kali dia pujuk i untuk bersatu,,i dah penat dgn semua ne,,penat sangat2 menjaga hati kaum hawa yg x tau menilai ....semoga lu bahgia sheila....

din bm berkata...

Ahhhh!!!aku tetap akan doakan kau jadi isteriku dan aku akan tunggu kau selagi kau belum kawen ..lantaklah orang nak cakap ape pun yg penting aku akan cuba setia walaupun kita dah terpisah .kau tetap kuhajati :)

Tanpa Nama berkata...

yaaaa....betul tu....saya telah melakukan kesilapan besar.... sekarang bila saya kehilangan dia bahrulah saya sedar saya tidak pernah menjaga hatinya.....sekarang saya betul betul merasa kehilangan.....

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang saya serasa ingin berdepan dengannya agar dapat saya meminta maaf dan ingin pulihkn hubungan seperti dulu..... tapi terlalu tipis.... kekadang Dada ni rasa sebak....xdapat nak kawal air mata.....

Tanpa Nama berkata...

Takkan buat perangai sikit terus kena tinggal. Bukan pompuan curang pun. Pompuan cepat lembut, pujuk sikit terus baik. Lelaki saja cari alasan nak tinggal kalau dah tak suka.

hafizzudden ramli berkata...

Salam..
Lelaki tidak perlu meluahkan kata-kata sayang dia pada gadis coz lelaki begitu berhempas pulas untuk beri apa yang terbaik untuk bina keluarga bersama orang yg tersayang...akan tetapi dilihat seperti lelaki mengabaikan perhubungan trhadap si gadis...memahami lelaki bila garang dianggap pemarah , bila lembut dianggap tidak ambil peduli..bila menghabiskan masa dirumah dianngap malas..bila kuat bekerja dianggap mengabaikan hubungan..
#hargailah jika dia masih bernafas...sebab kekasih mu tiada peganti seperti dia mencintaimu...
#lelaki yg mengharapkan cinta sejati

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.