Tip Cinta : Mengapa Perpisahan Berlaku?

Share on Tumblr Mengapa berlaku perpisahan setelah anda semakin intim dengan si dia?

Sebagai manusia, kita tentu ada membuat kesilapan. Langkah sebaiknya ialah mencari silap yang membawa kepada berlakunya perpisahan itu.

Kadang-kadang, kesilapan itu memang disedari cuma masih tiada jalan penyelesaiannya.

Untuk tidak mengulangi kesilapan, pelajari sesuatu daripada kesilapan itu kemudian, bertindak segera supaya tidak berterusan.

Renungkan perkara berikut jika ia pernah berlaku pada diri anda, sekali gus menjadikannya kayu pengukur supaya anda berhati-hati melakar jalinan hubungan seterusnya.

# Si dia tidak menyintai aku

Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dilamun cinta.

Ingin tahu sejauh mana kasih dan sayang si dia, anda pun menguji dirinya.

Malangnya, setiap ujian diberi memberikan jawapan mengecewakan. Lantas anda mula ragu-ragu walaupun sudah berulang kali si dia melafazkan kasih sayangnya. Anda sangka menguji si dia dapat membantu, tetapi berlaku sebaliknya.

# Si dia tidak memenuhi syarat

Jika ditanya, banyak syarat untuk si dia, antaranya tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar dan bermisai.

Tetapi pertama kali bertemu, hati sudah terpaut. Jantung bergetar setiap kali bertentang mata dengannya.

Saat itu, syarat ditetapkan bukan lagi menjadi ukuran lalu anda mula berkata pada diri sendiri, si dia di depan mata kini bukanlah kekasih yang dicari selama ini.

Sebenarnya anda keliru. Syarat yang ditetapkan hanya impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Sekiranya anda terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat itu, sampai bila-bila pun anda mungkin tidak akan menemuinya.

# Terpaksa berpura-pura

Memang bahagia jika anda dan si dia sering sehaluan. Apa saja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Ini yang dikatakan sehati sejiwa terutama dalam soal percintaan.

Diajak makan di restoran atau menonton wayang, dia mengangguk. Tiada langsung bantahan, tetapi adakah ia benar pada hakikatnya?

Atau anda terpaksa berlakon sekadar memuaskan hati masing-masing?

Sebenarnya anda menyembunyikan 'identiti diri' sendiri kerana apa saja yang diputuskan, anda mengiyakan saja. Sepatutnya anda tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang antara jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan si dia.

# Aku boleh jadikannya kekasih pilihan hati.

Sebelum menjalinkan percintaan, mungkin anda sudah ada senarai mengenai beberapa perkara yang perlu diubah dalam dirinya.

"Aku mahu dia menjadi kekasih terbaik untuk diriku." Itu janji anda pada diri sendiri.

Anda memang boleh berbuat demikian, tetapi tidak dalam semua perkara. Anda tidak boleh sentiasa berkeras dan tidak perlu memberitahunya setiap lima minit mengenai perkara yang anda tidak sukai.

Jika masih ingin mengubahnya, perubahan itu mestilah disertai sokongan moral anda sendiri. Dorongan itu akan lebih meyakinkan dirinya.

# Dibiarkan sendiri

Sejak bercinta, anda sering bersama si dia. Apabila ada salah faham, ia menyebabkan pertengkaran. Ini antara kesilapan yang sering dilakukan setiap pasangan dan kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.

Anda sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut' kerana anda menganggap si dia sebagai pelindung lalu perasaan bimbang mula menguasai diri setiap kali berenggang dengannya.

Anda sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Belajar berdikari dan pasti anda akan menjadi kebanggaannya. Tip Cinta : Mengapa Perpisahan Berlaku?

27 Komen:

amiey berkata...

perpisahan mngkin berlku disebabkan perselisihan faham...tpi plzla berbincang lelok2 k...cz perpisahan nie amat menyakitkan.

Tanpa Nama berkata...

sakit ke ami??
abis knape tinggalx sy??

i stil love u.so much!!

erin

☆♫ ira_faqari ♫☆ berkata...

assalamua'laikum...dear haniey..knpe private kn room cinta..? room tu byk kenangan manis pd kami...tp skrng da xdpt join..ermm....plizzz...

Tanpa Nama berkata...

semua 2 dh jd mcm lumrah bagi manusia,
masa mula2 bercinta semuanya manis
tp bila dh lama kenal semuanya akan serba x kene,btl x?....
wlupun dh bincang elok2 keadaan tetap same....


tlg bg komen ckt dr pandangan kaum hawa....

Tanpa Nama berkata...

perpisahan menyedihkan... itu yang aku rasa... sekarang aku masih menyintai dia....
dari nabila....

Tanpa Nama berkata...

cinta itu indah..jika anda inginkan kebahgiaan dalam percintaan..kedua2 pihak haruslah mengetahui cara untuk melayarkan bahtera agar tidak wujudnya kesan2 hitam semasa dalam perlayaran...

ara berkata...

sy taw die xcntekn sy ag..
p sy truskn gk hbgn nih..
dgn hrpn cinte ktorg cm dolu2..
sy tggu smpai msa 2 akn dtg..
sbb sy xsnggp bepisah..
die ni 1st luv sy..

cinta dalam hati.. berkata...

bercinta tidak cukup dgn hanya melihat dengan mata kasar...apa makna cinta..jika dibiaarkan diri dinodai sesuka hati..

Tanpa Nama berkata...

terlalu perit rase nye...
setelah bertahun kite menyemai rase cinta dan kasih pada die bernama lelaki..
akhirnye perpisahan jua yg dipinta...
aku masih menyanyangi lagi..
kerana kehadiran pihak k3..
hnye perpisahan jln terbaik buat kami...
aku redha..andai ini suratan yg telah ditentukan dalm hidupku...
semoga die berbahagia bersama insan yg dicintainye...

anna

nana berkata...

terlalu sakit nya hati
setelah menyemai cinta,ksih&sayang pada insan yang bernama 'ez'
tpi akhirnya....perpisahan....yang di pinta
aku terlalu mencintai&menyayanginya
hanya kerana salah faham
perpisahan jalan terbaik baginya
aku pasrah dengan apa yang terjadi pada diriku ini
andai ini suratan yang telah tertulis
semoga dia kan bagia & berpuas hati setelah melukakan hati aku ini dan aku harap ini adalah keputusan muktamad nya...


nana@perak...

jejaka_jelita berkata...

sebagai lelaki.. rasanya prpshn memberi seribu makna.. yg susah utk d ungkap oleh kata2.. kdg2 kt tak sdr yg punca prpshn tu bukanlah disebabkan oleh perasaan sayang yang smkn hilang terhadap pasangan but,actually it is because we ( kaum laki ) always played with own feeling.

Tanpa Nama berkata...

aku pon xphm..kenapa cinta harus pergi??
aku sygg dia sgt2..sakit sangat hati aku nie..
sebulan sekali kitorg break n then couple balik..tpi,maybe kali nie kitorg da mmg betul2 break..maybe aku harus terima semua nie..xde sape yg phm hati aku nie..11.9.2009..aku sedihh sgt..

atiey berkata...

Cinta x semestinya indah...kdg2 apa yang b`laku x sprti yg kita harapkan.apa2 pun redhalah ngan ketentuannya!i`allah,pasti ada yg t`baik utk kita...cinta sjati pasti kan muncul suatu ari nnti!!

akugadis_mc are berkata...

perit rasanya tanpa cinta,,
cinta yg ku semai dengan baja cinta indah
hancur berkecai....
apakah salahku ya Allah...
begitu berat rasanya dugaan mu ini...
berilah kekuatan utk aku lalui semua ini dengan gelombang kasih-Mu.

Tanpa Nama berkata...

perpisahan... jgnjadi penjahat perasaan.. kalo x suka lagi.. kalo x syg lagi.. kalo x cinta lagi jgn bagi harapan.. jgn mainkan perasaan.. terus terang.. jgn di elak.. jgn dimaki.. jgn diherdik.. jgn dismabut dgn kata benci... semua 2 hanya akan mengundang sakit yg amat sgt.. mungkin hati ini tidak dapat memaafkan mu lagi...

Tanpa Nama berkata...

kuredha pergi darimu andai hanya itu yang mampu mengembalikan kebahagianmu semula...
semoga kita akan bertemu lagi di dunia yang berbeza..

OOch@_iB berkata...

waduh yang namanya perpisahan itu sakit banget buat gw.kadang gw juga berpikir knapa ya gw kyk gti.........
wala boooooook tu karna gw mencintai kekasih gw dari ketulusan bkan dari keterpaksan.klo dah sampi pisah tu nangisnya bisa nyampek 3 mlam sobbbbbbbbbbbb

Tanpa Nama berkata...

SAKIt
knpa hrus ada.yn nma nya perpisahan

awalnya enak ,akhirnya sakit

Anonymous berkata...

SAKIt
knpa hrus ada.yn nma nya perpisahan

awalnya enak ,akhirnya sakit

Tanpa Nama berkata...

sakit sgt

adn78 berkata...

Takdir penentu segalanya...........niat dihati tak mahu berpisah ....namun apakan daya suratan atau kebetulan....kita ditakdirkan berpisah jua...redhakanlah perpisahan ini...mungkin ada hikmahnya..kita tidak dpt bersatu..

Tanpa Nama berkata...

SY CINTAKAN AWAK SELAMANYA.WALAUPUN HR2 KU SUNGGUH MENCBR DN MLUMPUHKN CINTKU .SY XTHU CM MN NK BNCG DIA CM XMHU REPLY MSEJ.=)

Tanpa Nama berkata...

cinta terlalu sukar untuk dimengertikan bagi yg tidak pandai mahu mengerti/memahami hakikat sebenar cinta sehinggakan sanggup mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain demi kepuasan/kepentingan diri...tak ingat dunia ingat2lah akhirat...

Tanpa Nama berkata...

mencintai tidak semestinyer memiliki...

Tanpa Nama berkata...

aku bwu pas brpisah,, perit glew aty ni.. kcewa, path aty, sume ade... mcm dlm mimp je bnda ni ley trjd. ak yg mntk ptus, dn ak jgk yg merana abiz. ak xsgup d lukai lg,, biar kli ini ak indurkn dri. ak dtg dgn cra n ak akn prgi dgn cra baikk.. trima kseh syg krana mghancukan aty ku..

Tanpa Nama berkata...

kbnyakkan perpishan dlam prcintaan adalah gara2 orang ketiga kan... ada yng snggup trima n ada gak yng tak snggup trima, tpi yng nyata mmang sngat2 mnyakitkan apabila kita mngthui yng si dia ada kkasih lain slain dari kita, kalau boleh lempang tu orang memang nak lempang lah,,hehhe.. apa lagi kalau kita dpat tau yang mereka saling mncintai dan ingin mnjalinkan hbungan hingga ke alam perkahwinan, sdangkan kita yang slama ini mnunggu ari yng indah itu hnya mmpu bermimpi dan melayan hati yang disakiti...

Tanpa Nama berkata...

kadang 2 setiap percintaan tak semestinya akan memiliki .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.