Tentang Lelaki

Share on Tumblr Tentang Lelaki

Bagi sesetengah wanita, agak janggal apabila bercakap mengenai hati dan perasaan insan bernama lelaki. Namun harus diingat lelaki juga manusia biasa yang diberi perasaan sama seperti mereka, cuma sikap lelaki itu sendiri yang sering mempertahankan egonya, sebab itulah perasaan tersebut tidak ditunjukkan secara langsung. Ini mungkin kerana sikap lelaki itu sendiri yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan lebih senang menganggap apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja.

Sebagai wanita, pastinya kamu akan berasa gembira dan bahagia apabila bertemu dengan lelaki yang memiliki sifat yang baik. Kamu juga mungkin mengharapkan lelaki tersebut akan mengakhiri perhubungan itu dengan sebuah ikatan. Sifat yang dimiliki oleh lelaki baik adalah jujur, sensitif, baik hati, penuh kasih sayang, tulus dan sabar. Paling penting adalah si dia selalu berada di samping kamu di saat kamu memerlukannya.

Bukan sedikit lelaki yang tidak pernah terikat pada perempuan. Tetapi mereka ini hanya akan membuat komitmen jika merasa sudah menemui apa yang mereka cari. Hanya kamu sahaja yang tahu adakah si dia itu benar-benar sesuai untukmu dan sudah bersedia untuk membina hubungan yang serius denganmu. Kamu boleh mempertimbangkannya jika si dia pernah menjalinkan hubungan jangka panjang sebelum ini. Si dia bertanggungjawab terhadap ekonominya dan mempunyai kerjaya tetap. Selain itu, pastikan si dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan bekas kekasihnya.

Di samping itu, pastikan si dia mempunyai sikap yang sihat dan positif terhadap perempuan serta boleh mengendalikan kemarahannya. Jika si dia yang menjadi pilihan kamu itu mempunyai sifat-sifat tersebut, sebaiknya jangan dilepaskan dan usahakan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan hubungan tersebut. Jangan sesekali biarkan lelaki berhidung belang mengaburi mata kamu kerana kesempatan itu hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Selidik sikap buruknya
Kamu yang sudah mabuk cinta pastinya tidak peduli walaupun si kekasih berlaku tidak jujur. Sebenarnya kamu mempunyai naluri untuk mengetahui perkara tersebut, tetapi kamu tidak pernah mendengar kata hati kamu. Ada beberapa ciri lelaki yang tidak layak untuk kamu dekati yang boleh kamu lihat dan pelajari.

Pertama, apakah si dia sering menghabiskan waktunya untuk meraih perhatian perempuan, meskipun kamu ada bersamanya. Lelaki ini termasuk dalam golongan si perayu fanatik dan terus menerus memerlukan keyakinan tentang kejantanannya.

Ada juga lelaki ideal yang fobia komitmen. Biasanya, si dia akan berterus-terang bahawa dia tidak mahu terikat, tetapi tetap ingin berfoya - foya bersamamu. Paling menghairankan, kamu akan selalu dilimpahi dengan pelbagai hadiah dan si dia tetap mempunyai banyak alasan mengapa tidak mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Apabila ada lelaki yang termasuk dalam kategori ‘kuat berangan’, dia akan berusaha untuk tampil tenang dan baik, walaupun dia sebenarnya berasa ragu terhadap dirinya sendiri. Dia mempunyai semua jawapan, tetapi tidak pernah menjurus seiring dengan tujuan hidupnya, termasuk hubungan cintanya dengan kamu. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai sifat seperti gunung berapi, dia sedang memendam kemarahannya sehingga boleh meledak pada bila-bila masa sahaja. Si dia memang kuat dan tenang, tetapi selalu menyalahkan kamu sebagai orang yang sering menaikkan api kemarahannya, meskipun kamu tidak tahu apa alasannya.

Sumber inspirasi
Lelaki yang mempunyai sifat serba-serbi sempurna memiliki penampilannya yang rapi dan sentiasa menepati waktu. Kamu mungkin mengira si dia adalah lelaki yang senang diajak ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga besar kamu. Tetapi, jangan tersilap langkah, dia akan mencari sehingga ke akar umbi untuk membuatkan kamu berubah. Kritikannya yang terus menerus akan membuatkan kamu tidak tahan untuk terus bersamanya.

Jika kamu menemui lelaki yang genius, artistik mungkin kamu adalah inspirasinya serta menjadi sumber idea-ideanya. Hidupnya penuh dengan kekecewaan sehinggalah kamu hadir. Biasanya, hubungan kamu berdua akan menemui banyak halangan serta kekecewaan. Dan kamu harus sabar mengatasinya. Mungkin sukar untuk menolak daya tarikan seorang lelaki yang mempunyai sikap buruk, tetapi kamu boleh membebaskan diri dan tidak terjebak dengan cara mendengarkan naluri kamu.

Mengimpikan lelaki idea yang begitu mencintaimu adalah lumrah, tetapi janganlah hanya kamu sahaja yang lebih-lebih sedangkan si dia biasa-biasa sahaja kerana jika kamu mengabaikan kenyataan dari perilakunya yang cukup menyakitkan itu, ini bermakna kamu akan berisiko untuk disingkirkan dan terus disakiti pada bila-bila masa sahaja. Tentang Lelaki

36 Komen:

manja berkata...

manja bingung dan runsing...
manja xtahu apa yg patut mannja lakukan...

caca berkata...

caca baby..
alhamdulilah..caca mgnali lelaki y smpurna dmata ca..die seorg y baik,jujur,sensitif..manje,bertanggungjwb..ca mgharapkn hbungn kmi dstukan mnjd suami ister y sah..trma ksh smber inspirasiku..

Tanpa Nama berkata...

cara pemikiran pompuan & laki2 berbeza...

Tanpa Nama berkata...

I LOVE U ABG...

Tanpa Nama berkata...

i will always love u aliq..

Tanpa Nama berkata...

i love u 4 ever jafni-ani

Tanpa Nama berkata...

semoga hbugan yng kta miliki skrg kekal.luv u so much!hnya jafni jak ati ku.mmmuuahh!(juliani)

Tanpa Nama berkata...

i love you with all my heart.....
i dont want to lose you baby....@^_^@

pyda berkata...

syukurla... pakwe pyda xdela truk sgt...
mmhami n mnyayangi....
hrap2 bhagia la...
doakan ye??
amin...

hardiansa i luv u so mch...

Tanpa Nama berkata...

.. bagaimna lok yang cinta ma qta gru qta sndri, sedangkan ia sdah pnya istri end ank. gk mungkin bgt kan klo mslx gru mmpermainkan murid sendiri? apakah gru itu termsuk org yang playboy. tp q jg takbsa menutupi prsaan'q, qjga cinta ma dia.

i love my spotr teach

Tanpa Nama berkata...

luv u all frend!!!

ahahha!!!

Tanpa Nama berkata...

lelaki ni setengah ta leyh d'percayai juga!!!

kan2!!!

kadangkala mereka curang dibelakang kita!!!

btol ta?

hehehe!!!

setengah saja lah!!

uhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

i will luve u forever!!!

sayunk sama kamo!!!

hahhaha!!!

Tanpa Nama berkata...

laki memang susah nk kekal gan sorang pempuan....

aku xske baca buku berkata...

skatila diala

Anonymous berkata...

i will luve u forever!!!

sayunk sama kamo!!!

hahhaha!!!

Tanpa Nama berkata...

bingung knpa dia bgtu...

Tanpa Nama berkata...

syg..
kte mntk kjujuran dri awk..

Tanpa Nama berkata...

saye ade bf yg jujur,,nk baek,,,xsuke di pemainkn,,,,

Tanpa Nama berkata...

i lebyu 4ever !
~ifty & eyja~

Tanpa Nama berkata...

fairusz21...aku mmg pemarah,panas baran.tp setiap kali aku gaduh.aku x pernah sanggup nk lepaskan dye.malah aku akan menangis utk pujuk dye.aku x pernah menitikan air mata utk perempuan.terutama nye yg bergelar kekasih.aku sgt2 syg dye

Tanpa Nama berkata...

saya sayang pakwe saya..tapi saya xpasti yang dia betul2 sayang saya atau x..sebab bila kitorang gaduh,dia akan mintak putus..:(

Tanpa Nama berkata...

buat ewan..sy syg awk sgt2..

Tanpa Nama berkata...

saye ade masalah tentang lelaki yg selame ini sye cintai...sudah 4 tahun kami bercinta...tapi pada tahun 2010 dye dah mule berubah sampai lah tahun ni...kami sering bergaduh atas perkare2 yg remeh...tapi sume angkara dye yg jarang ambk berat pasal sye sekarang ini...tapi bile sye cakap dye salahkan saye..macam2 dye ckp sye...sye nie bisingla dan macam2 ag..pdhl sye amat ambk berat pasal dye...sye nk memutuskan hubungan ini..tapi dye x nk..sye sekarang binggung sgt..dan sekarang dye langsung x cll sy atau msg atas sebab xade kreadit...sye ade sedikit perasaan xpercaye pade dye..tlgla sy ap yg perlu sy buat?? harap boley bantu sy...

-gadis kebingungan..-

Tanpa Nama berkata...

nilai cinta lelaki hnya trletak pd ungkapan 'i luv u',mnkala pengakhirannya pd prkataan 'gudbye'...sama ada laki @ pmpuan,msg2 mnjdikn perasaan syg sbgai bhn mainan..menerima apabila org memberi tnpa mensyukuri hikmah disebaliknya..

Tanpa Nama berkata...

nana:
maybe ade byk yg btul,
kdg2 kta sndri x sdr ksilapn kta yg d lakukn oleh
sikp kta yg mngkn nak kn smprna...
:)

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah... buah hati saya sgt penyayang n baik hati. cume kurg ncem je.hehe... tp sweet.ok la 2...

Tanpa Nama berkata...

^^

Tanpa Nama berkata...

haha , berkara tu berlaku kepada saya ...
perasan sedih menyebulungi hati saya ..
laki memang tak sedar diuntung !

Tanpa Nama berkata...

dengar lagu pon dah teras sedih , apatah lagi kalau ditambah dengan membaca blog ni , kenapa wanita selalu jadi mangsa lelaki ,tak tahu nak lepas kat sapa , jadi saya lepas kat sini..ammar !! kenapa buat i macam ni !!
u tahu i cinta u !why ?!!!!
kenapa harus u main kan hati i!
i know u have another women !!but u say u love me !
u are play !

Tanpa Nama berkata...

knpe awk bt cm nie kpd sy...sy syg sngt3 kat awk!!!!!!!KASIHKU HNYA UNTUKMU SYGKU...

Tanpa Nama berkata...

drpd truskn cnta yg smemgnya mnyakitkan n asyik gaduh (kdg2 bnde kcik pom nk amik siyes...nk gduh jew keje)xcuke tol! kapel ngan die wat idup aku stres..sblum kapel...ckp ley trima ak seadanya,xjelez...memahami tp ble da kapel len lak jd nyer.. ermmm....jln trbaik adalh better wat haluan msing2. mafkan ak cz xdpt truskn hubungn ni..

Diari Seorang Playgirl berkata...

adakah anda merasa perit apabila kita diam2 menyukai seorang lelaki tetapi dia tidak menyukai anda malah memaki anda (fuck) dia tunjuk kepada saya simbol itu setiap hari. saya tak faham! ramai kawanya berkata dia sukakan saya, dia malu mahu mengaku. alhamdullilah~ saya teah lupakan dia setelah hadir orang baru di dalam hiudp saya. saya sgt bahagia. baru saya tahu erti cinta kerana pada mulanya saya tidak suka kepada org baru itu, dia suka kepada saya dahulu. kedian, dia pandai mengambil hati saya. kami mula bermain mata dan hinggalah skang dia milik saya...

Nurini Dayini Mohd. Noor berkata...

saya sayang kepada dia tapi saya nak putus dengan dia.disebabkn kami tk sesuai..saya nk sgt putuskan hubngan kmi tpi sya ta thu mcm mana nk terus terang kpda dia,sya takot bla sya bgthu hal yg sebnar dya akan myimpan dendam kpda sya.sbb sya thu dia pun syg sya. sya syg dia pda msa yg sma sya ta ska cra dia melayan sya dan cra penmpilan dia tu membuat kan sya brtambah ta ska kpada dia.ermm..sya nk sgt tgur pasal prkara ni kpda dia tpi msalahh nya..hurmm.. ntah laaa..

BATIN berkata...

tapi wanita / gadis ramai yang tak perasan bahawa JANTAN MANTAP merupakan nadi..kalau tak mantap batin pun tersiksa. Cuba clik kat BATIN tu...

Tanpa Nama berkata...

my hubby .. i lebyiu 4ever .. sye berdoa dan berhrap agar hbungan kite kekal dan sehingga kite diijab kabul seperti yang kite inginkn .. so tlong doakan kami ye ..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.