Katakan Tidak Pada Cinta Kenangan Silam

Share on Tumblr Masa bercinta semuanya indah. Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia. Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi. Katakan Tidak Pada Cinta Kenangan Silam

11 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Bagus tips ni tp aku masih xmampu lupakan dia...2thn sbg kapel xsemudah 2 nk lupakan dia...how??

bEn_10

Tanpa Nama berkata...

BGUS TIP NI...TP,KALAU DAH TERLALU SYGKAN SI DIA..BEGITU SSH NK LPEKANNYA..

Tanpa Nama berkata...

mmg susah nk lpekan sorang kekasih y' kte syng..... sbb die adlah org y' kte syang. tp klaw dah adapii pisahan.... kne timee jela. sbb 2 bkn nye jdoh.....

QuEiLa berkata...

mmg sush nak lupakan org yg pnh kita sygi....tp cmna kalo org yg kita sygi lukakan hati kita....amat pedih rasanya...n sukar tok lupakan.

manja berkata...

criter aku pl lain,
aku dah mula kan hidup baru tp aku xdapat lupakan yg lama, kerana kami still contact.. aku dalam di lemma antara yg sekarang atau yang lama. aku tak tahu mana yg terbaik untuk aku, tolong bg pendapat sikit plz...

Tanpa Nama berkata...

kepada manja,kgn seksa diri sendiri..xkesian ke pd yg baru 2??erm,lebih baik berterus terang pd yg lma 2..

Tanpa Nama berkata...

btol kwn2..mmg ssh kte nk lpe kn org yg prnh kte syg..hmm..sume 2 Allah yg tn2 kn,kte kne redha..

Tanpa Nama berkata...

mcm kte, kite sygkan die.. tapi kite tgk cam die tak sygkan kte pun, so kte putuskan tinggalkan die, sakit tau.. tapi nak buat camne dari tepuk sebelah tgn.. cam org tak btul aja..

ati lara berkata...

sye syangkan dia..dr awl sye kenal ngan dia..sye rse dia menepati ciri2 yg sye cr selama ini..stiap mse kami msj n callig coz kami berdua duk berjauhan..skrg itu sume tingl kenangan..perit rasenya..sye rase lain sgt..tp nk wat cmne..redha sajelah..dia khianati kejujuran,keihlasan n cinta sye kt dia..sye doakan dia berubah ke arh yg lbh baik n bahagia ngan kehidupan dia..

Tanpa Nama berkata...

hmmm kisah aku pulak semcm...ex tunang aku skrg masi terhegeh2 dgn tunang aku..siap ugut aku mcm2 lgi..then owez kacau aku...bengang ar mcm ne..tekanan aku..siap btaw g apa dorg pnya kenangan dulu...geram ar...

Tanpa Nama berkata...

aku lak 2 thn lbh bcnte di kmps..mmg trlalu syg sgt....aku lbh syg die dr diri aku sndiri..tp akhirnye...die ptskn..br2 ini aku dpt tahu die dh btunang..yg maha esa je tahu keadaan sye..exam saye truk mmg x dpt fokus..sbgi lelaki agak sush trlalu setia,jujur..nti dh cm2 ble pts ble wt atie skit..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.