Ikhlas Melakukan Amal

Share on Tumblr Seorang hakim berkata: "Seharusnya seseorang yang beramal kepada Allah belajar mengenai adab daripada pengembala kambing. Ketika ditanya, "bagaimana?" Jawabnya, "pengembala itu jika bersolat di tengah-tengah kumpulan kambing jagaannya, sekali-kali dia tidak mengharap pujian daripada kambing-kambingnya, begitu juga dengan orang yang melakukan ibadat seharusnya tidak menghiraukan orang melihatnya ataupun tidak."

Seorang ahli hukum berkata: Untuk selamat, sesuatu amal itu bergantung kepada empat perkara iaitu:

# Ilmu pengetahuan - sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya;

# Niat - sebab setiap amal yang dilakukan bergantung kepada niat;

# Sabar - supaya amal dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta tidak terburu-buru.

# Tulus ikhlas - sebab amal ibadat tidak diterima Allah kalau tidak disertai dengan ikhlas.

- Sumber Abullaits Assamar-qandi -Tanbihul Ghafilin. Ikhlas Melakukan Amal

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.