Hilang dara kerana cinta

Share on Tumblr Hilang dara kerana cinta

Saya seorang remaja berumur 19 tahun. Saya kecewa dengan sikap segelintir lelaki yang suka menyakiti dan mempermainkan perasaan wanita. Saya mempunyai seorang bekas kekasih bernama A yang berumur 18 tahun.

Perkenalan saya dengan A bermula pada Disember 2008 apabila A mendapat nombor telefon saya secara kebetulan. Dari situ kami mula berhubung melalui SMS dan panggilan telefon.

Pada Mac 2009, kami bercinta, kami merancang untuk bertemu bagi melepaskan rindu. Akhirnya pada April 2009, kami bertemu.

Pada hari itu merupakan hari pertama dan terakhir kami bertemu. Pada hari itu juga A telah menodai saya. Saya telah kehilangan dara. Selepas peristiwa itu berlaku, A meninggalkan saya tanpa sebab. Saya seolah-olah digantung tidak bertali. Di saat itu, barulah saya sedar, kasih sayang yang ditunjukkan A selama ini palsu. Hanya saya yang bodoh dan terlalu percayakan A. Saya menyesal kenal dengan A, saya sering termenung dan sering menangis.

Saya risau akan masa depan, saya risau tiada lelaki yang mahu memperisterikan saya, kerana saya sudah tiada dara lagi. Kadang-kadang saya pernah terfikir untuk membunuh diri namun saya masih waras. Saya sangat bencikan A kerana telah memusnahkan segala-galanya.

Sehingga kini saya sudah tidak percayakan lelaki dan saya sudah serik untuk bercinta. Saya sering berharap agar saya tidak dipertemukan dengan lelaki seperti A yang cuma mahu merosakkan wanita. Dan menjadikan wanita sebagai objek melepaskan nafsu.

Putri, saya ingin membalas dendam kepada A dengan cara yang ekstrem supaya dia tahu dan insaf akan kesalahannya. Juga supaya dia tidak merosakkan wanita lain. Saya ingin membuat dia merana seumur hidup seperti saya yang dia tinggalkan dan biarkan saya menderita selama ini. Saya ingin memberi dia pengajaran. Adakah tindakan saya ini betul? Tolonglah saya Putri, saya buntu.

*Not Perfect Girl, Taiping, Perak.

----------------

Ramai sering mengungkapkan cinta itu buta sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja. Kata-kata ini mungkin ada benarnya tetapi Putri lebih suka jika wanita itu sanggup berkorban buat suami tersayang. Itu adalah lebih manis.

Adik, tiada apa yang perlu disesalkan kerana nasi sudah menjadi bubur. Dalam hal ini, jadikan ia sebagai pengajaran untuk berhadapan dengan masa depan. Kerana cinta yang hanya disemai hampir sebulan, adik telah tewas dengan pujuk rayu teman lelaki. Bukan sahaja untuk adik, malah remaja wanita yang lain perlu berhati-hati tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Tidak salah bertemu, tetapi elakkan tempat perjumpaan yang sunyi.

Putri berharap adik dapat jadikan peristiwa ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri. Usahlah berputus asa sehingga sanggup membunuh diri. Tentang dendam, sebaiknya adik lupakan kerana ia tidak dapat mengubah perkara yang telah berlaku. Cara dia menghilangkan diri selepas menodai adik, jelas menunjukkan dia hanya ingin mengambil kesempatan.

Tetapi jangan kerana peristiwa ini hidup adik akan jadi malap. Perbaiki derita ini dan mulakan hidup baru. Tanggapan pada lelaki semuanya sama mungkin akan berubah jika sebagai wanita kita sendiri yang meletakkan sempadan pergaulan. Perbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan ini, semoga adik bertemu dengan ketenangan yang dicari.

~ Putri Hilang dara kerana cinta

62 Komen:

muzhafar berkata...

salam...
yang lalu biarlah berlalu..
mulakan hidup baru..
sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH :)
dan igt, hari ini adalah milik anda! isilah dgn perkara yang berfaedah kerana belum tentu kita akan berjumpa hari esok :)

cinta dalam hati.. berkata...

salam..sewajarnya wahai sahabatku...memaafkan itu adalah lebih baik [mungkin sukar untuk dilakukan..krn kita telah kehilangan sesuatu yang berharga], tp ingatlah..mungkin kita terlebih kejam bila kita membalas balik perbuatannya..ingatlah wahai sahabt.. ALLAH tak pernah tido...dan dia takkan terlepas dari hukuman pencipta alam...tabahkan dirimu dengan mengagungkan kalimah-kalimahnya...

fierlynn berkata...

salam. kak, bukan kah lebih baik jika ALLAH sahaja yg menjalan kan tugasnye?
ALLAH xakan melepaskan hambanya yg berdosa begitu sahaja.
mungkin, die xkan dpt hukuman kat dunia, tapi,di akhirat, balasan yg maha hebat menunggu dirinya. bersabar lah dan bertawakal. setiap org mempunyai jodoh masing2. insya-ALLAH, satu hari nnt, akk akn bertemu dengan jodoh yg telah ditentukan oleh ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
bnyak kn bersabar dik...
mungkin itu satu ujian dari pencipta kita..
buat hmba nye...
untuk menguji keimanan kita terhadapNya..
tidak semua nya sempurna...
selalu lah berdoa pada Nya..
mudah mudahan adik akn mendapat ketenangan...
insyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....
mge2 adk dpt b'sabar
insyaallah yg baik akn d'bls yg baik...
dan yg jahat akn d'blas akn d'blas jahat..
insyaallah lelaki i2 tentu akn trime balasannye..
ingt ALLAH i2 maha adil...

ain.shaharuddin berkata...

huwm.


act, x semua lelaki mcm tuh.

thats why perempuan kene hati2.

sbr je lah/

da x boleh undur da.
;))

Tanpa Nama berkata...

salam,

life must go on...
InsyaAllah akan berjumpa dgn insan yang berhati mulia satu kelak.
byk2kan bersabar...
Tuhan tu sayang kite...
terima dugaan dengan hati yang cekal...
peduli ape orang nak kate ape...
yang penting kite dah berubah dan xkan ulang perkara yang sama lagi...

Tanpa Nama berkata...

adik
semua insan lakukan kesilapan
cuma kesilapan tu kecik atau besar jer
adik jgan ok yg semua tu sebb untuk adik takut untuk berkawan n x der org tima adik lgi
masih ramai leleki yg sudi teriman adik
sesungguhnya ALLAH S.W.T
MAHA ADIL UNTUK HAMBA DIA
jgn lalkukan lgi benda terkutk tu
bina hidup bru
lupakan dia yg mrosakakn adik
banyakn solat 5 waktu n sunat adik
hanya solat yg mbuat hati kte teneng
adik cuba n adik akan dpat rasakan

Yanne berkata...

Salam..

Pengajaran kepada yang lain especially yg baru2 mula nak bercinta, jangan terlalu cepat percaya pada ungkapan cinta dan rindu.

Yg plg penting, jgn bagi semua kasih syg pd org tu.. simpan sebahagian ruang dlm hati kita ni utk diri kite sndiri.. Pernah denga tak ungkapan "sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita menyayangi org lain"? Yeah, a bit selfish but it works in this case..

evara berkata...

smekom...
jgn putus asa deq...
Allah e2 maha penyayang...
kembalilah ke pangkal jLn...
moga kesilapan ini x diulangi lg....
Allah x suka umat_nya b'dendam...
memaaf e2 lebih baik...
hidup perlu di teruskan...
anggapla ini ujian buat adeq...
pasal kawen tu...
InsyAllah suatu ari t Allah akn temukan jodoh adeq... org e2 akn terima adeq...
percayalah...
Allah MAHA MENGETAHUi...
bangkit la dri masa lalu...

Tanpa Nama berkata...

sbar ye kak..
zman da brubah. akk blajar la dr ksilapan.
berhati2 lah lps ni..
bnde da jd, tk bleh patah blk da..
dekatkn diri dgn Allah ye..

nadia,

Tanpa Nama berkata...

gatal nye adik ni.. 1st time jupa dah terlanjur.. dasyat jgk yer.. nape smpai camtu sklai yer.. cpt2 bertaubat yer

antiambikkesempatan berkata...

lelaki nei kadang2 xley nak dpercayai..
bg dyrg..seme yg dyrg wat btul blaka..
bg kte..slh je..
nape lelaki ssah nak faham kehendak faham..
mksd sy..
sstgah lelaki..
kdg2 2 lelaki myalahkan prmpuan dlm sgla hal..
kadang2 sy rase benci dgn seorg insan yg brglar lelaki..
tp nak wat ccamne..
kte dah diciptakan tuk bersama lelaki..
bkn prmpuan..
nape la ego lelaki tggi sgt..
kdg2 2..
amek peluang tuk amek kesempatan kat kte..
kudrat wanita xley nak lawan kudrat lelaki..
huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

ko sabar yea..mungkin ade hikmahnyerr..

Tanpa Nama berkata...

sabar la dik..
nk buat mcm mner...
bnd da jd..
paper pun,sabar,k?
biar takdir yang menentukan nasib xbf adik tu..
k?
ALLAH tu mahar besar dik..

Tanpa Nama berkata...

salam...mungkin itu akan mematangkan awak..mulakan hidup baru dekatkan diri dengan YANG MAHA ESA.tak akan bahagia seseorang dengan penderitaan orang lain..ALLAH itu maha adil...

Tanpa Nama berkata...

Salam...tau rasa sedih awak tu,
tp life must go on..
yang da lepas tu biarla lepas..
mulakan hidup baru...
andai awk membals dendam belum
tentu ati awak tenang...
mmg sedih bila orang yang kita syg
yang kita harap leh bahagiakan kita
itu sendiri memusnahkan masa depan kita.
anyway, tak semua lelaki jahat,
cuma sebagai perempuan, perlu la berhati2...
ceriakan diri selalu...
Allah maha adil...

Amat berkata...

yang lepas tu jadikan ia satu pengajaran... bak kata pepatah 'terlajak perahu boleh patah balik.. tapi kalau dah terlajak tu dah tak boleh patah balik tapi masih boleh meminta keampunan dari tuhan....

www.suratbawahpintu.blogspot.com

ksempataninisye ingin berkata...

akak sabar jelah biar allah je y' ten2kan doseny........ sye sbagai org laki2 paham nagn org pompuan....... kdang laki2 nie sme jer... tp bkn smue y' sme..... sbab 2 klaw nk becinta lihat sifatny sme ade bek atau x...... janganla tengok dari luaran jer.....bak 2 la kte kne memilih dlam psangan...... cintabknnye dri luaran tp dlman.... akak berserah jelah ngan thn kerrna ALLAH 2 maha adil dlm stiap amalan y' dlakukan oleh mnusie....... so akak bsabar jela.... mukin pd sua2 ari 9taka kan jpe ngan org yang sngt sepurna... dr yang len..... e2 sje dri sye gud luck...........

QuEiLa berkata...

sabar la ye adik.....jgn menagis lg...hidup plu di teruskan.......allah tahu apa yg terbaik...bykkn berdoa ya...

ms.sensitive berkata...

salam adik..
kuatkan hati..jangan sesekali lupakan allah..
kwn sy pun pesan, jangan putus asa dgn rahmat allah..sy bole faham apa yg adik rasakan..percaya lah, apa yg sy lalui jauh lebih sakit drpd pengalaman adik..tp kt kena truskan kehidupan..pandang la masa depan..tinggalkan masa silam yg kelam..

Tanpa Nama berkata...

buat la pembedahan buat dara baru.. haha rm2000 je.. u will feel good afterwards.. =p

razie berkata...

blajar dri kesilapan...
kesilapan mengajar kita untk hidup lbey semprna..
so fkr2 kan lah..

lily_puteh berkata...

bersabarlah..
bukan saudari sahaja kene sebegitu..
walaupun tiada dara..
tidak semestinya dunia anda sudah gelap..
jikalau saudari benar2 sudah jumpa lelaki yang baik sebenarnya adalah lelaki yang boleh terima adik seadanya seperti sekarang..
kawan saya juga pernah kena tetapi dia bertemu dengan lelaki yang betul2 baik kerana boleh terima dia seadanya walaupun tiada mahkota bernilai itu..
tahukah saudari cinta itu adalah terlalu unik dan misteri..
berilah peluang untuk diri saudari kerana sesungguhnya Allah dah tetapkan seorang lelaki untuk saudari yang sebenarnya sedang menunggu saudari..
bukakanlah fikiran, minda, hati dan jiwa saudari untuk kebaikan diri sendiri..
salam.......

Tanpa Nama berkata...

SAYA TURUT BERSIMPATI DENGAN AWAK...
INI SEMUA BUKAN SALAH AWAK..
AWAK KENA TABAH MENGHADAPINYA..
ITULAH, ORANG KATA JANGAN TERLALU MENCINTAI SESEORANG KERANA KELAK AKAN MEROSAKKAN DIRI KITA SENDIRI...
AWAK BANYAKKAN BERSABAR...
KAMI SEBAGAI WANITA AKAN SENTIASA MENYOKONG AWAK!

QYN QYNA

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. hm sabar je la ye kak oi,,.

Tanpa Nama berkata...

dendam itu x berkesudahan.namun,bagaimana berat bahu yang memikul..semestinya rasa benci,dendam,sumpah seranah itu akan hadir disaat kamu teraniaya..tp sedarkah kamu??kamu juga bersalah..berserahlah..setiap hawa itu dijadikan untuk adam.jd jgalah kesucian(mahkota)kamu untuk org yg sah bg kamu(suami)..jangan mengulangi perbuatan itu.sayangilah diri kamu.insyaallah pasti akan ada seseorang yamg telah tercipta untuk kamu.kamu ada kerana dia ada.menjadikan kamu sebagai tulang rusuknya yang hilang.

roizt doank berkata...

5000 thn seblum Alloh menciptakaN langit dan bumi Alloh sudah menulis Qodar pd hambax...
termasuk qodar berbuat salah...
aq harap ade jgn putus asa ats perbuatan yg telh diperbuat..pa laagi low milih bunuh dri..naudubillahhi nmindalik.jgan sampi..de'.karna bnh dr tu perbuatan yg hina.
bertaubatlahNE LEBIH BAEK DIMATA Alloh.
inngat Alloh itu gofururrohim selagi kita mau bertaubat dan menyasal atas perbuatan kita,serta tdk mau mengulangi lg perbuatan trsbt...

Tanpa Nama berkata...

wawa
kita sama ja deq
tapi saya boleh teruskan jua khdpn
kerna tiap sesuatu yang tjadi 2 bukanlah
dari khendak kita....
semuanya ketentuan dari-Nya..........
pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang tjadi
maka teruskanlh khdpan......
kerna tdk semestinya pjuangan kita berakhir gara2 peristiwa itu.......
jadikanlah ia pengalaman utk kita meneruskan khdpan kita di masa depan
kita kena buktikan yg kita bukanlh kaum hawa yg lemah.
yg penting jangan biarkan ia berulang lagi...

aryna_1202 berkata...

Salam.Umur akak 28 thn n still single.Cerita Not Perfect Girl hampir sama ngan akak.berkenalan melalui tel n selalu dia call.bercakap ttg seks adalah perkara biasa bila saja dia call.tp Tuhan masih menyayangi akak krn memberi hidayah agar x terlanjur dlm permainan si dia.akak buat keputusan break ngan dia krn akak dpt rasakan CINTA dia hanyalah palsu.takkan lah baru 2 hari kenal dah kata syg kat akak.Alhamdulilah, akak masih terselamat dari lelaki BUAYA.Bebanyakkan lah berdoa krn Tuhan Maha Penyayang n Maha Pelindung.

pinky berkata...

no matter what happen,life must go on..di stiap yg blaku,ada hkmah..learn from mistake..

Tanpa Nama berkata...

jgn pcaya lelaki..

Tanpa Nama berkata...

padan muka.. dua2 pihak salah.. jadikan pengajaran...

SkiEs_bLuE berkata...

"kadangkala kita perlu meangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata.." sabar la dik... mungkin ade hikmah dsebalik semua yg berlaku... mmg mudah untuk berkata tp sukar utk melaksanakan... tp ingat lah sesungguhnya TUHAN telah menjanjikan sesuatu yg bik tuk kita pd masa akn dtg... InsyaALLAH adik akn bertemu jdoh yg terbaik n leh terima adik seadanya...amin...

someone somebody berkata...

salam.
lupakanlah masa yang lalu,
dan mulakanlah dengan langkah yang baru.
jangan sesekali menyesal dengan semua perkara yang kita dah terlanjur.
dengan izin Allah, jodoh seseorng itu tidak akan ke mana-mana kerana Allah Maha Adil.

AFsha^biRULzY berkata...

lupakan je peristiwa tu..wat mcm xde pape blaku..jgn psoalkn pasal dara..klu jodoh nk dtg dia ttp akn datang..yg pnting bdoalah dpt yg terbaik untuk membimbing adik..ujian dtg untuk mematangkn kita bkn untuk mngajar kita terjerumus ke arah perkara yg lg negatif..renung2kn lh..smua org leh ckp..adik yg mnentukan..pulngkn sgalanya pd tuhan..Dia yg mengetahui sgala2nya..insyallah adik akn dpt ptunjuknya nnt..

Tanpa Nama berkata...

Mmg sesuatu yg memeritkan jika terjadi seperti ni..bknnye sume lelaki tu jahat..mngkin takdir menentukan anda bertmu dgn lelaki yg x ikhlas mendampingi anda bkn kerana cinta, tp kerana nafsu semata-mata..anggaplah ni sperti mimpi ngeri anda & cubalah bangkit & bina kehidupan baru..msh ada insan yg berhati mulia d luar sne..mohonlah kpdNya agar mmberi kekuatan utk meneruskan kehidupan ni & d temukan dgn insan yg jujur menerima anda seadanya...

Tanpa Nama berkata...

"biarlah ia tidak mekar mewangi...asalkan ia mekar bersemi..." pe y dah berlaku..redha je..nape perlu ditangisi lagi...xperlu pun..laki 2 hidup ngan bahagia..y ko?merana sendirian..dahla..allah 2 adil..die tau segalnya..kuatkan je semngt ko...

gadismalang berkata...

kisah adik ni sama cm sy...mmg sedih r klu fikirkannya smula..dh nk wtcmne terlalu mdah cyekan laki gni r jd nye..tp nsb baik ada yg masih sudi trme saya sbagai kekasihnya biarpun sy dh xsuci...

Tanpa Nama berkata...

the moral of the story..

"JGN JADI BODO.." tats ol..

Thank You..

-live your life-

Tanpa Nama berkata...

sabarla dik atas apa yang berlaku....
jadikanla pengajaran untuk kita lebih berhati2 dan lebih matang. akak lagi sedih dik couple da 3 tahun, tapi exbf akak taknak bertanggungjawab.last2 dia tunang ngan perempuan lain yang dia kawan senyap2 masa couple ngan akak. apa ley wat, hidup kena diteruskan. percaya pada Tuhan. mungkin Tuhan sayangkan kita n nak sedarkan dosa kita sebab da lupakan Dia. Tuhan tu maha adil, maha penyayang.......
sabarla, pasti ada hikmah. adik pun muda lagi. :).yang penting jangan lupa Tuhan, selalu mintak doa dengan Dia..

man berkata...

Jangan di salahkan lelaki kerana diri merana tapi kalu awk salahkan lelaki itu adalah lebih tepat... Namun pada sy, renunglah pada diri sendiri. saudari sendiri yang menempuh api! patutkah saudari marahkan api keran diri terbakar! Mungkin saudari dapat 'memadam' api tu tapi adakah dengan itu 'luka' yang terbakar itu akan sembuh?? Rawatlah diri saudari itu. Jangan jadikan diri saudari dua kalu terluka kerana 'api'.. Ingatlah, cinta adalah sesuatu yang amat berharga. Ianya berhargat kerana sukar diperolehi! Namun jangan lupa!! kerana ia berharga maka pasti ada yang palsu untuk meperolehi keuntungan darinya.. Nampaknye, saudari telah 'terbeli' cinta yang 'palsu'.. belajarlah dari pengalaman ini...

azfar berkata...

sbnarnye tiada istilah cinta sblum kawin.so, sape suruh bercinta.lagipun,knp kamu sanggup serahkan kehormatan kt lelaki yg kamu bru knl xsmpai stgh tahun pun.dan punca lelaki menjadi sebegitu adalah krn perempuan sndri yang tidak menjaga aurat. mereka menjadi peransang nafsu. tujuan utama islam suruh pmpn tutup aurat bknnya utk membebankan golongan kaum hawa ttpi utk menjaga dua2 pihak samaada lelaki atau permpuan. Jika saudari hndak menghukum lelaki 2, saudari juga patt dihukum. sebat sratus kali.rujuklah ayat suarh an nur ayat 2. so, tepuk dada tanya iman. knp saudari sggup melakukan perbuatan terkutuk itu. adakah itu salah ex boyfren saudari?so, khulasohnya, sama2 bersalah.bertaubatlah.salam.

Anonymous berkata...

jgn pcaya lelaki..

ain.shaharuddin berkata...

huwm.


act, x semua lelaki mcm tuh.

thats why perempuan kene hati2.

sbr je lah/

da x boleh undur da.
;))

xzx berkata...

bg ak lak komen..yg psti,dua2 sme.tk smesti nyer bcinta je nk kne bg.pikir logik r..blm kawin lg kn?da kawin sok bg la puas2 kt pasangan u all..ak ckp ni,sbb ak pn penh bcinta..tp tk la sengal cmtu..bpikir sblm nk wt bnde tu..tk sume laki cmtu..ak da kawin pn.wat gurl ni bnyk2 besabo ye..bnde da jd pn..n u kne tros kn hidp.bg jantan keparat tu lak..takpe..mgkin tu hari dia!!one day akn ade hari dia!mgkin bukn dekat dia..tp adik2 dia tak pun ank2 dia nt..jgn risau..setiap pbuatan pasti ade pmbalasan nya..mana la tau MATI PUCUK SEUMUR HIDUP LAK KE KAN..hu3

Tanpa Nama berkata...

lain kali ko jgn gatal nk bg bnde ko.baru kenal lak tuh n first time jumpe.agk2 la ko..tk kn la ko tk leh nk pikir..lain r klu ko dak umo 2thn..tu pn ko tk leh nk pikir!!!baru kenl..tu yg tak thn..klu da lme n sll jmpe ke..leh dterima lg la..ko yg sangap ke pe??hey budak2 zaman sekrg..dara tu leh wat main2..da tu myesal..da tak gne da wey..

aruko berkata...

laki camtu pttnye bungkus ngan kain kapan lagi elok......

aruko berkata...

laki camtu pttnye bungkus ngan kain kapan lagi elok......

Tanpa Nama berkata...

jan lar kmu ckp yg wat dy lemah sumangat. kta ne manusia bha kwn tntu wat slh. kw ckp mah sy sapa xprna wat slh. klo ada sma2 kta rasa hairan thw. .

Tanpa Nama berkata...

aku pn smalam hmpir2 hlg dara,,nsib baek aku smpat kri...huh..nyesal aku cple ngan jntan x gna 2.

hazmin berkata...

kte x bleh lari dri mncari ksih syang ssorg insan bg kaum hawa jgn trlalu jauh pada kaum adam dan jgn trlalu dekat ingat ssuatu yg blaku ada sb trtntu renung2 kan lah....

Tanpa Nama berkata...

hy,sy hrp awk dpt trime ujian allah dgn pnuh kesabaran eh..mg sume owg de wt slap..pe2 pon bykkan bersabar n mnte ptunjuk dr allah ky..

Tanpa Nama berkata...

bia aku lak komen..law 1time jmpe 2 ajak ar mber soh tman..jgn ar cye sgt ngn jntan2 kt luar 2..lom tntu sumenyer bek..law de pon sa2 je dr 10..bkn nk slhkan lky tp pmpuan pn kne la pkr gak..xkan xly nk pkr kot..bnde yg pntg 2 kan tok suami kte nnt..insyaallah de kot lky yg ly terima ko nnt..nk wt cmner bnde da jd..kte hnyer mmpu mrncng..pe2 pon allah yg tntukan..

Tanpa Nama berkata...

nk wt cmner pe2 pon nasi da jd bbur..bialah allah yg tntukan sgle2nyer..

mat noi berkata...

salam.....
Sebernarnya... ksilapan itu adalah dari diri sdiri... cbe renung betul2.... klau bertepuk sblah tangan xkan berbunyi....
....
xperlu lah risau akan mse dpan anda.... zaman skrg ni... rmai yg telah dianayai... rmai juga yg sudah tiada dara....
tapi smua nye dpat jodoh yg telah di ttapkan... smua juga masih bleh berkahwin... yg pting.. kuat kan smgat.. n bykan bdoa...

Tanpa Nama berkata...

SBR SD NI..TP KES NI KES LAIN BUKN KES CINTA..KES PNAT DN LTIH HR2 YG KERUNGSINGN .

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tawu laki 2 syunx kita kw x..?dia xkan sentoh kita..dia akan jga kita hngga mnjadi istery nyw yg sah.
klau laki 2 berani sentoh kita tndw nyw utuk mlepas kan nafsu nyw sahaja..igattttttttt

Tanpa Nama berkata...

Sy mencari motivasi tntang ni sbb sy dpt nasib yg sama. Sy kwn dgn duda anak dua. X sgka dy nak tipu sy..dara sy hlg sbb dy..sy dah kerat tgn nk bnuh dri tpi asyk slamat ja.

Tanpa Nama berkata...

asyik citer benda yg sama je..hilang dara xhabis2..nk ckp bg pendidikan agama da bg..tp masih terjd lg..ble da terjadi mula la meroyan xtentu hala..bukan nk hina org mcm ni..cuma rasa agama islam terhina lak ble org islam da lupa dosa pahala..agaknye nk kne perkukuhkan hukum hudud bru semua takut nk wat maksiat..kesian kt bakal2 suami yg terpaksa mengeluarkan beribu2 ringgit tuk kwen tp xdpt merasai keindahan malam pertama yg menjadi idaman setiap pasangan yg baru kwen..yg dpt org lain dgn free..sakit betul hati ble difikirkan..nasib baik ppuan lbeh ramai dr lelaki..boleh la pilih..kalau yg tipu suami mmg tempah neraka la jwpnye kalau suami xredha..

Tanpa Nama berkata...

byk yg salahkan lelaki..yg salahkan laki pn mejoritinye ppuan..padahal kalau ikutkan..kedua2nya yg salah..yg meminta salah yg memberi pn salah..nk ckp laki lg teruk padahal ppuan lebih teruk sbb da tertulis kt kitab..penghuni di neraka ppuan lebih ramai dr lelaki..jd da fahamkan maksdnye..laki jd mcm ni pn sbb ppuan jgak..dlm islam membenarkan lelaki kwen 4..tp ppuan suke bangkang bg alasan laki xmampu la..hapa la..yg buatkan laki xmampu ppuan jgak..bukan sape..yg peliknya laki nk kwen lg 1 kecoh smpai mintak cerai..tp ble bb ppuan terlanjur laki xnk trime siap kuar mcm2 hadis..trime seadanya la..hapa la..haktuiii!!!..ni la perangai ppuan melayu yg sebenar..talam dua muka..nk selamatkan diri punya pasal sanggup membelakangkan agama..ingat baik2 ye ppuan..syurga lelaki bukan dibawah tapak kaki korg..tp syurga korg yg dibawah tapak kaki suami..punca xtaat kt suami la ppuan ramai masuk neraka..

Tanpa Nama berkata...

plek..kalau ade laki yg trime ppuan terlanjur seadanya laki tu dianggap baik..kalau ustaz2 yg xtrime ppuan cm ni adakah ustaz2 tu xbaik??ayat korg ni mcm nk menutup kesalahan korg kan..habis kalau ppuan yg xterima lelaki kwen lagi 1 tu bermakna ppuan tu bukan ppuan yg baik kan..laki mne la terpedaya ngan kata2 korg ni kan..mmg betul ade 1 ayat mengatakan "ppuan ni panahan syaitan"..aku ingat ayat tu xbetul..rupanya betul..sbb ppuan laki masuk syurga n sbb ppuan jgak laki masuk neraka..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.