Bercinta Dengan Bos Di Tempat Kerja

Share on Tumblr Bercinta Dengan Majikan

Saya berusia 26 tahun dan bekerja selama dua tahun. Saya bekerja sebagai pengurus kewangan dan ini adalah pekerjaan pertama saya selepas menamatkan pengajian.

Sejak dua bulan lalu, saya menjalinkan hubungan cinta dengan majikan yang tua tiga tahun daripada saya. Secara peribadi, kami tidak ada masalah untuk bercinta kerana masing-masing belum berpunya. Keluarga juga merestui hubungan kami.

Tetapi, yang menjadi masalah sekarang adalah rakan sekerja yang selalu menjadikan kami bahan umpatan dan bahan untuk bergosip. Saya dengan kekasih berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Kini, apa yang kami boleh lakukan hanyalah cuba untuk memahami dan menganggap situasi seperti ini perkara normal di tempat kerja.

Justeru, saya ingin meminta beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam bercinta dengan majikan.

-------------------

Hubungan cinta di tempat kerja terutama antara pekerja dengan bos memang terdedah dengan umpatan dan gosip. Hubungan sebegini akan mewujudkan perasaan cemburu di kalangan rakan sekerja yang mengandaikan seseorang itu akan mendapat layanan istimewa daripada bos yang juga kekasihnya.

Hubungan di tempat kerja mudah berlaku kerana waktu bersama yang panjang. Justeru, dalam menangani masalah percintaan adik dengan majikan ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan apakah polisi di pejabat mengenai hubungan sesama pekerja terutama hubungan cinta dengan majikan.

Adakah perhubungan itu dibenarkan? Jika perhubungan itu dilarang, adik dan majikan tidak boleh melanggar polisi itu jika mahu kekal dengan pekerjaan sekarang.

Bagaimanapun, jika ia dibenarkan, adik perlu bersikap profesional dalam hubungan itu. Jangan jadikan hubungan itu sebagai batu loncatan untuk mendapat kenaikan pangkat atau mendapat keistimewaan lain.

Adik juga perlu sensitif dengan perasaan rakan sekerja yang lain. Contohnya, jika ingin keluar dengan teman lelaki, pastikan jangan lakukan ketika waktu bekerja dan jangan sesekali menggunakan kemudahan pejabat atas urusan cinta seperti e-mel atau telefon.

Rakan sekerja yang tidak menyenangi hubungan adik dengan majikan berkemungkinan akan mencari kesalahan adik berdua dari semua sudut. Oleh itu, berbincanglah dengan teman lelaki bagaimana perhubungan itu boleh dilakukan.

Jika adik selalu dilihat bersama dengan majikan di tempat kerja, ia boleh menimbulkan pelbagai andaian negatif di kalangan rakan sekerja. Seperti yang adik katakan, rakan sekerja selalu menjadikan adik dan majikan sebagai bahan umpatan. Akibatnya, adik dengan kekasih berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Malah bukan adik berdua saja yang berasa tidak selesa, mereka juga berasa tidak selesa.

Dr rasakan sikap lebih berhati-hati adalah lebih baik daripada mengandaikan usaha adik berdua untuk memahami dan menganggap umpatan serta gosip rakan sekerja mengenai hubungan cinta kalian adalah normal di tempat kerja.

Ini kerana, walaupun adik menganggap hubungan pekerja dengan majikan adalah normal, ia mungkin tidak bagi orang lain. Perhubungan cinta adik dengan majikan boleh berjalan dengan lebih selesa jika kalian berhati-hati dan menjaga sensitiviti orang lain terutama rakan sekerja dapat diwujudkan.

Bersikap profesional dalam menjalankan tugas juga akan dapat menghilangkan persepsi negatif hubungan adik berdua di samping dapat menjalankan kerja dengan baik walaupun bercinta.

Kaunseling Remaja bersama Dr. Sapora Sipon
Bercinta Dengan Bos Di Tempat Kerja

6 Komen:

Minda Hilang berkata...

uikss..
bhyanya..
curang bleh wt nyawa trbang
huhuhu

rhinie berkata...

yah susah juga kalo gitu napa gak salah mengalah resign ajah. bukan berarti dengan resign hubungan nya jadi gak bisa d lanjutin kan?? lagian dari pada jadi bahan gosipan setiap hari lama2 pasti juga gak bakal tahan dengan keadaan dan situasi seperti itu apalagi di tempat kerja.

Tanpa Nama berkata...

Susah gak kalau bercouple dgn org yg setempat kerja dgn kita ye...kalau ssh sgt..kawin je & cuba cari kerja d tmpt lain...kalau kalau tahan telinga tu, kerja je d tmpt tu & jgn endahkan ape yg orglain kata...biasela, mulut org mne blh d ttup, lama2 nnt kalau anda wat x peduli..diamlah mereka tu...

Anonymous berkata...

Susah gak kalau bercouple dgn org yg setempat kerja dgn kita ye...kalau ssh sgt..kawin je & cuba cari kerja d tmpt lain...kalau kalau tahan telinga tu, kerja je d tmpt tu & jgn endahkan ape yg orglain kata...biasela, mulut org mne blh d ttup, lama2 nnt kalau anda wat x peduli..diamlah mereka tu...

Tanpa Nama berkata...

majikan???? dan pekerja??
x pyah lar na bcinta...

Tanpa Nama berkata...

Kalo dah jodoh,tiada sesiapa boleh halang....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.