10 'K' dalam persahabatan

Share on Tumblr Beberapa tip untuk pembaca membina persahabatan yang murni.

10 'K' dalam persahabatan

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah.

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.



KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?


KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.


Sumber: Kosmo! 10 'K' dalam persahabatan

13 Komen:

Tanpa Nama berkata...

betol3x
kalau x ada '1o K'
friendship macam telor hujung tanduk..

~MaRiA~ berkata...

saya setuju.....maafla sy copy artikel dr blog saudari/saudara....

nUr berkata...

thanxs..
moge2 aq xilg kwn lg..
hnya Allah shj taw btpe hncrye ati aq time 2:(
lbh truk dr ilg bf..

skiesblue berkata...

eemmm...aku da kehilangan sahabat2 yg bik... ckup bik... cm aku yg hilang pertimbangan waktu 2 membuatkan aku salah membuat perhitungan dalam persahabatan. maafkan aku wahai sahabat...andai kau bisa mengerti perasaan ku saat nie...sesungguhnya aku tulus menyayangi mu n merindui saat2 indah kita..

Tanpa Nama berkata...

yuapzzzz,benar...
sahabat itu memaafkan. asal jgn nyuri sendal az... ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

tunjukan pada dunia erti sahabat...

Tanpa Nama berkata...

erm,knp yer kter perlu bersahabat tp kite tahu akhirnya pasti ader peppisahan antaranya..

Tanpa Nama berkata...

bagaiman pula sahabat yang sanggup tikam sahabat sendiri....

Anonymous berkata...

bagaiman pula sahabat yang sanggup tikam sahabat sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya alam persahabatan adalah sesuatu yang indah , menarik dan tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Kasih sayangku untuk seorang sahabat, ku bawa sehingga mati walaupun cerita lama itu hanya tinggal kisah sahaja.Selagi ada ingatan selagi itu doaku untukmu sahabat. Yang aku sedari hanya satu tarafku tidak sehebatmu.

Tanpa Nama berkata...

sahabat?mmg sukar dicari. aku bersyukur krn Allah tlh pertemukan aku seorg shabat yg begitu setia. yg sanggup bersamaku samada senang atau susah.ketawa atau duka...ketikaku sakit. aku bersyukur....dan diharapkan kekal abadi...wlpn kami berpisah jauh.

Tanpa Nama berkata...

persahabatan yang tulus murni perlu ada sifat di atas....persahabatan kerana allah membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat....terima sahabat kita seadanya...bkn terima dia sbb dia kaya.cntik atau hensem...

Tanpa Nama berkata...

saya telah menipu sahabat saya sendiri ., saya telah meminta maaf dan bertaubat kepada Allah .. saya juga telah mngakui kesalahn sy . walau mereka hnya sahabt semsa sng . tp sy sygkn mereka . walau mereka tidak menerima dn memaafkn sy . alhamdulillah . ada sahabat baik sya sudi membantu sy untuk memulakan hidup yg baru .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.