Persediaan Untuk Berkahwin

Share on Tumblr Sudah bertemu pasangan idaman untuk melayari kehidupan bersama?

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah mahligai bahagia. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara.

Mengenangkan semua perkara itulah, mungkin ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun sudah bertahun-tahun menjalin hubungan atas nama cinta.

Seperti kata bijak pandai, cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi. Ia adalah perasaan untuk disayangi. Kasih sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu sememangnya senang pudar andai tidak bijak membajainya.

Bahkan, percayalah cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah apabila tiba masanya. Jika di bawah, jangan cepat berputus asa, berusaha untuk menaikkannya semula kerana anda sudah memilih jalan itu.

Apa sekalipun, mungkin perkara berikut elok direnung untuk lebih yakin dengan pilihan hati:

# Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh itu, yakinkan diri tujuan anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin diperoleh daripada perkahwinan?

Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dulu niat sehingga anda benar-benar yakin.

# Harus sedia berkongsi


Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik atau almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan emosi.

# Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka perihal diri masing-masing baik secara zahir mahupun batin.

Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk mengenai sikap pasangan anda.

# Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan supaya hubungan emosi tetap terjalin.

# Sedia untuk kompromi


Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tetapi ingat pasangan anda. Dia juga mempunyai pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza. Maka, meningkatkan diri untuk bertoleransi dan saling menghargai adalah sesuatu yang amat digalakkan.

# Sedia menerima malu


Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apapun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

# Soal anak


Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga.

Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Lalu, bersikap rasional dalam masalah adalah lebih baik. Anda tidak harus mengurangkan waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

# Sedia untuk berpisah


Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin adalah cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia.

Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari ada salam perpisahan jika tidak seiringan. Persediaan Untuk Berkahwin

6 Komen:

apple89 berkata...

ngeeeeeeee..apple nk tawen...tapi cam takot jer...cam muda pon ade..tapi ase yakin sngat ngan kputusan nie...

Tanpa Nama berkata...

eiii lepas baca artikel ni rasa takut pulak nak kwin................mcm tiada jawapan untk persoalan itu..............

Fairytopia berkata...

to be honest, aku belum sedia lagi utk sume komitmen tu..huhuhuhu, kalo dia nk tggu aku dia tggu..kalo ade jodoh ade laa..

edot berkata...

aku nk kawennnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku nak kawen jugak...

wawa berkata...

aku nak kawennnnnnnnn tpi TUNANGku CURANG...............

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.