Bergaduh Dalam Percintaan

Share on Tumblr Perbezaan pendapat atau pertikaman lidah adalah perkara biasa dalam sesuatu perhubungan. Malah umum mengetahui bahawa perhubungan tanpa sebarang pertelingkahan biasanya sukar untuk bertahan dan putus di tengah jalan.

Mengapa pertengkaran penting?

Ini kerana, bertengkar dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi dengan pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.

Jadi, bagaimana sebenarnya boleh pertengkaran dibentuk untuk menghasilkan keputusan yang lebih positif? Hanya ada satu perkara yang boleh dilakukan.

Peraturan utama pertengkaran adalah persediaan


Sediakan peraturan sebelum memulakan apa-apa. Ingatkah anda sewaktu cinta mampu mengatasi segala-galanya? Ketika si dia lewat dua jam untuk temujanji dan anda masih mampu tersenyum apabila dia tiba. Cuba duduk dan bincang dengan pasangan mengenai peraturan-peraturan kecil pada ketika itu.

Bincangkan hal ini - "Dalam sesuatu isu (pertengkaran), bagaimana anda dan pasangan menyelesaikannya?"

Berikut adalah beberapa cadangan yang kedua-dua anda boleh mencapai kata sepakat dalam perbincangan ini.

Bertengkar hanya apabila pertengkaran itu boleh membantu anda berdua menjadi orang yang lebih baik.

Tidak ada sebab untuk bergaduh mengenai siapa yang patut sms dulu untuk bertanyakan khabar atau mengucap selamat malam.. Seseorang masih perlu melakukannya, jika tidak, perhubungan akan menjadi hambar dan tiada komunikasi. Jika kedua-duanya masih lagi tersangkut dalam pertengkaran yang tiada penghujungnya itu, salah seorang patut mengingatkan pasangan lain bahawa ia memang tidak berbaloi langsung.

Jangan sesekali serang ego

Tidak ada lelaki yang sabar dipanggil pengecut, sama seperti wanita tidak suka dilayani seperti hamba! Perjelaskan kepada pasangan sempadan itu dan pastikan dia faham.

Seperti contoh, wanita tidak suka dimarahi lelaki di khalayak ramai, jadi si lelaki perlu tahu hal ini dan walaupun tidak suka, dia perlu menangani isu tersebut secara peribadi.

Juga, jangan panggil pasangan dengan nama-nama hina atau mengeji.

Hanya seorang bercakap pada satu masa.

Pertengkaran tidak akan menjadi positif apabila ia menjadi 'persembahan duet' oleh anda dan pasangan. Ini apabila kedua-duanya menjerit ke arah satu sama lain pada masa yang sama.

Bagaimana hendak kenal pasti masalah jika tidak ada yang mendengar? Tapi jangan pula kedua-duanya membisu.

Tentukan pemenang dan yang tewas

Pastinya pertengkaran itu menjadi sempurna apabila hasilnya adalah situasi menang-menang. Tetapi, ada kes di mana keputusannya berat sebelah.

Sediakan peraturan bagaimana untuk menjadi pemenang atau sebaliknya. Seperti contoh, pemenang harus menghormati pihak yang tewas.

Bersetuju mengguna orang ketiga

Hanya apabila pertengkaran sukar diselesaikan dan kedua-dua pihak tidak bersedia untuk berkompromi. Orang ketiga perlu 'ditugaskan' terlebih dahulu seperti kawan baik atau ahli keluarga terdekat.

Orang ketiga akan membantu pasangan itu mencapai kata sepakat. Dia juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan perbalahan itu dan pasangan berkenaan harus menerimanya walau apa pun.

Bagaimanapun tindakan ini tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan kehidupan peribadi pasangan dan orang ketiga terbabit.

Mana-mana pihak boleh meninggalkan pertengkaran pada bila-bila masa (tempoh bertenang).

Adalah normal berlaku tahap kemarahan akan membuak-buak ketika bertengkar terutama apabila menyentuh hal peribadi.

Pasangan perlu bersepakat terlebih dahulu bahawa salah seorang boleh meminta dibiar bersendirian untuk satu tempoh sebagai waktu bertenang.

Perkara ini boleh membantu terutama apabila ketika marah, pertimbangan akan dikaburi emosi dan kita tidak dapat melihat dengan jelas pilihan yang lebih baik.

Ini sebenarnya peraturan yang paling sukar kerana kemarahan memerlukan seluruh kekuatan yang ada hanya untuk mengawalnya.

Berlatih bertengkar

Walaupun kedengaran pelik, tapi apa salahnya. Atur beberapa masa untuk berlatih mengendalikan pertengkaran. Cuba gunakan permohonan tempoh bertenang, atau pihak ketiga atau tidak menyerang ego.

Ia boleh menyentuh apa jua isu, ingat, tujuannya adalah untuk berlatih peraturan-peraturan penting di atas sebelum anda dan pasangan benar-benar bersedia untuk bertengkar.


Ingin menyumbangkan nukilan anda di blog ini? Untuk berkongsi karya, sila klik sini. Bergaduh Dalam Percintaan

14 Komen:

Sayang berkata...

Jangan gaduh2..Tak baik taww..

AdNda berkata...

kmi ble d kataKn ari2 bgdh...huhuhuhu...

Honey berkata...

setia pn payah..

SHEQEEN berkata...

MEMANG BERGADUH X BGUS DALAM HUBUNGAN TPI KADG2 PANDAI BERGADUH JUGA WALAUPUN HAL KECIL TAU...PELIK PELIK.

mRs L!m@u999 berkata...

entah knpa sikapnya berubah...
kami slalu bergaduh walaupun hal yg kecil..
tp sy cba sbrkan dri...
sbb sygkan dia...
diam bkn beerti kalah..tp cma x mahu ia berlarutan dan berpanjangan....

Tanpa Nama berkata...

bergaduh juga boleh membawa kepada sesuatu yang positif..

farah syahira berkata...

bleh dikatakn hari2 akuw gaduh..
bosan sangat..susah la kalo kite ngn
die xde persefhmn, akuw ngn die cm lngit ngn bumi,
tp cmne lah leh jd kapel..huh

Tanpa Nama berkata...

macam mana nk selamatkan hubungan sedangkan dua2 xnk mengalah ??

Tanpa Nama berkata...

klu dua2 ego mcm mana?msing2 xnak mngalah..punca nya,dia kta susah la nak tngu aku msj dia dulu...aku dh mkn b'ubah skrg...bila dtanya b'ubah mcm mana dia ckp xde apa2...pas tu,mrjuk xsda2...smpai skrg dua2 x msj antra satu sama lain...adui...tension~

Tanpa Nama berkata...

mmg cdih sgt klu gdoh dgn si dia....lg2 klu dia gune bhasa yg ksar.....

Tanpa Nama berkata...

sy pun ari ni dah msuk 5 ari xmsg tau kol ngn bf
ntah la die pun bdiam diri je
sakitTTTTTTTTTTTT sgt2 kat ati.sabo jelah

fieqah berkata...

nape lha dlm percintaan perlu bertengkar?? sedih ny... hehehe

Wanie Kintai berkata...

sye jugak pnah btengkar,,dalam seminggu mmg xmiss kalau x btengkar,, sehingga pada satu ketika pertengkaran kami memuncak sehingga hubungan xdapat nak diselamatkan dah,, gpun kitoranng mmg xserasi ibarat langit dengan bumi..then pertunangan kami pun putus dalam usia ptunangan yg sangat singkat

Umi berkata...

bergaduh adalah perkara biasa..
alhamdulillah disebabkan saya ni panas baran, dianugerahkan pasangan yang sangat tinggi kesabarannya.. dari sikapnya itu saya juga belajar erti sabar. semoga hubungan saya dan dia berpanjangan~ aamin :)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.