Berdendam dengan perempuan kerana putus cinta pertama

Share on Tumblr Saya lelaki berusia lewat 20-an dan masalah saya ialah hilang kepercayaan terhadap cinta. Patutkah seorang lelaki itu setia pada cinta? Terus terang saya katakan, saya tak mungkin setia pada cinta.

Cinta membuatkan saya sengsara. Cinta juga membuatkan saya jatuh miskin. Mungkin saya salah jatuh cinta dan cinta itu memakan diri saya. Kisah cinta saya penuh dengan kisah hitam... kisah lelaki yang sangat setia kepada Cinderellanya.

Disebabkan itu saya sangat berdendam dengan perempuan. Selepas kecewa dengan cinta pertama saya, hanya cinta nafsu yang ada dalam diri. Saya meniduri wanita yang ingin bercinta dengan saya, kemudian saya tinggalkan mereka.

Selepas itu saya berasa puas... puas sangat. Entahlah Dang Setia, tapi yang penting saya puas. Biarlah wanita yang saya tiduri itu merana. Lagi mereka merana, lagi saya puas.

Persoalannya, patutkah saya buat macam ini? Kadangkala saya rasa berdosa, tapi puncanya ialah saya ditipu hidup-hidup oleh perempuan pertama yang saya cintai.

Saya rasa apa yang saya lakukan pada wanita lain ini belum setimpal lagi. Tolonglah Dang Setia, kalau tiada siapa membimbing saya, saya akan menjadi lebih teruk. Lebih bayak wanita akan menderita.

JEJAKA PENDENDAM

-----------------------------

Berulang kali saudara mengatakan saudara berasa puas apabila dapat meniduri dan menganiaya wanita. Semakin mereka merana, semakin saudara puas. Benarkah begitu?

Ini kerana, jika saudara berasa puas, maksudnya saudara gembira. Jika benar saudara gembira, mengapa saudara menghantar surat kepada Dang Setia, minta bimbingan kerana takut diri saudara menjadi bertambah teruk?

Bagi Dang Setia, itu menunjukkan saudara sebenarnya tidak gembira. Biarpun mulut mengatakan hati puas, namun hakikatnya hati saudara tidak tenang.

Orang yang hatinya tidak tenteram pasti jauh daripada rasa gembira. Hanya orang yang hatinya tenang akan berasa gembira dalam hidup ini dan hati yang tenang hanya mampu dikecapi apabila kita melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa dilarang-Nya.

Dang Setia yakin saudara tahu perbuatan berzina dan menganiaya perempuan adalah berdosa besar dan balasan Allah di akhirat kelak akibat perbuatan itu adalah azab yang sungguh perit.

Justeru, apabila saudari berzina dan menganiaya wanita, sebenarnya bukan mereka yang merana tapi diri saudara sendiri dan percayalah, tahap penderitaan saudara kelak jauh lebih menyeksakan berbanding mangsa saudara.

Oleh itu, segera hentikan perbuatan yang menzalimi diri sendiri itu dan bertaubat kepada Allah. Jangan lupa, diri kita sebenarnya bukan milik kita, tapi milik Allah.

Buktinya, hanya sedikit kuasa yang ada pada diri kita berbanding kuasa Allah. Bila kita sakit, kita tidak mampu menyembuhkannya tanpa izin Allah dan bila ajal menjemput pula, kita tidak mampu menyekatnya kerana Allah menetapkan sudah tamat tempoh hidup kita.

Jadi, jangan kita berasa terlalu hebat, sombong dan sewenang-wenangnya menganiaya orang lain. Jangan hanya kerana kecewa bercinta, kita kufur kepada Allah. Allah tidak rugi apa-apa daripada perbuatan saudara, sebaliknya saudara yang rugi dan bakal menerima pembalasan-Nya.

Falsafah untuk menyelesaikan masalah saudara mudah saja. Manusia diciptakan Allah berbeza rohani dan jasmaninya. Apabila seorang wanita menipu saudara, tidak bermakna semua wanita juga bersikap begitu.

Masih ramai lagi wanita berhati mulia di bumi Allah ini dan jangan lupa, ibu saudara juga wanita.

~ Dang Setia Berdendam dengan perempuan kerana putus cinta pertama

14 Komen:

Manje berkata...

Salam,

Boleh manje tambah sikit untuk jejaka pendendam. manje faham perasaan jejaka. Kadang2 dalam dunia ini bukan semua yang kita mahu kita akan dapat. Cinta pertama jejaka mungkin bukan terbaik untuk jejaka. 'Manusia tak tahu' . Yang terbaik pada mata manusia tidak semesti nya baik. Bertaubat lah. Kalau tak mampu ber solat. Ber bisik lah dalam hati sahaja, berkata2 dengan Tuhan Yang Maha Satu.. minta petunjuk ...supaya di beri jalan keluar dan di tunjuk kan cahaya kehidupan...manje doa kan jejaka akan happy dan mendapat kesudahan yang baik jua akhir nya. Selamat berjaya ....Amin

Tanpa Nama berkata...

salam..nak komen skit bkn nk ckp say baik sgt..sya sedar kita manuisa d ciptakanoleh Allah ada yg mmpy kelemahan n kelebihan...Allah 2 MAHA ADIL..n MAHA PENERIMA TAUBAT...awk jgn lah rasa rendah dir bila musibah 2 datang..Allah x akn membebankan hamna NYA tanpa keupayaan mereka utk menerimanya..terima lah musibah sebagai hikmah tp bukan nya sebagai dendam...munking awk d tinggal oleh si dia krna bukan jodoh awk..sya doakan wak mcapai ketenangan d jiwa bahkan dunia dan aherat...sesungguhnya doa org yg di zalimi makbul..setiap kelakuan kita akn dpersoalkn d aherat kelak...

Tanpa Nama berkata...

buat jejaka pendendam,awk bukan dapat ketenangan diri.sebaliknya menambahkan lagi sakti hati dengan perbuatan yang awk telah lakukan kepada perempuan yang telah awk rosakkan kepercayaan mereka....dan sy rasa awk jga dh tau btapa skitnya hati n bgaimana peritnye bila awk ditpu.tetapi awk tlh mgikut kta hti dgn turut mnjidkn perempuan lain sbg mgsa skit hti awk...jd awk dgn bkas kekasih awk adlah sma sje yng telah mzlimi psgn masing2x...maaf sy ktakan,awk adlh lbih truk drpda ex gf awk krn awk bkn saje tlh mengecawakn hti popuan mlah tlh merosakkan msa dpan mreka dgn mragut makhota n ksucian seorang perempuan y spatutnye awk lindungi..........smoga awk cepat bertaubat n insaf gn prbuatan y tlh awk lkukan...

hajar berkata...

buat saudara pendendam.
hidup kita ini kalau x cabaran n rintangan memang x sah. sesekali dalam hidup ini, kita akan merasai kekecewaan. saya kira, hanya kerana cinta saudara jadi pendendam memang suatu tindakan yang amat bodoh. semua yg awk lakukan x pernah membuatkan awk bahagia. lelaki dijadikan utk melindungi perempuan yg lemah. bukannya memusnahkan dan mengambil kesempatan kepada perempuan yg lemah. tindakan awk ini menunjukkan awk seorg lelaki yg lemah. hy kerana cinta, iman awk hancur musnah.....

CONNIE berkata...

mintak izin nak link entry ni kat blog saya.

Tanpa Nama berkata...

kisah lelaki nie sama seperti kawan sye....

Tanpa Nama berkata...

saye pernah suke kt sowang lelaki nie bagi sye dia sangat sempurana dari segi fizikal dia tpi disebabkan dia pernah putus cinta dia menjadi seorang yang suka berdendam dengan perempuan.....ramai wanita yang berkenan ngan dia....tetapi setelah sye dpt tahu dia cuma mempermainkan perasaan wanita sye terus melupakannye tapi yg sebenarnye sye suke sangat dia....susah bagi sye untuk melupakannye...

CONNIE berkata...

mintak izin nak link entry ni kat blog saya.

Tanpa Nama berkata...

tidak semua perempuan sm dgan bkas tman wanita anda.....xelok simpan dendam,jdkan satu pengalaman utk kedepan hari kelak...........

Tanpa Nama berkata...

Selami cinta dlm bahagia dan juga duka...hidup xkan sentiasa derita.hidup pun xkan sentiasa bahagia.Ini dinamakan kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

sy pernah mengalami peristiwa yg hampir serupa,lama kelamaan saya sendiri yang sengsara setelah dendam yang disimpan tak dapat nak puaskan hati sy..namun setelah brjumpa bf yg baru,ht telah terbuaka dgn seikhls hati sy mnerima nya smula..smpai sekrang kami bahgia..ingatlah Allah sentiasa memberi ape yg terbaik buat kita bukan ape yg kita inginkan..
jika takut kekalahan jangan hdup di bumi ini..

Tanpa Nama berkata...

jejaka pendendam,saya juga pernah dikecewa...tapi kite kena berani kawal perasaan dan diri,ingat Allah sedang menguji hamba nya...

Tanpa Nama berkata...

seorang gadis yg sudah lanjut usia telah jatuh cinta dgn suami org yg sanngup mengunakan ilmu hitam kerana cintanya yg x berbalas.gadis ini mengunakan berbagai cara utk memisahkan lelaki ini dr isterinya.gadis ini memuja lelaki ini.kini rumahtangga yg di bina berbelas thn hampir musnah akibat perbuatan gadis ini yg tidak berperikemanusiaan.usiahya yg menjangkau hampir 40an.masih sanggup melakukan perbuatan terkutuk,tidak memikirkan dosa.saya namakan betina ni perempuan x laku...mcm tidak ada lelaki lain selain suami org.betina sundal,jalang.dh ramai lelaki atau jantan yg pernah di tidurinya.

Tanpa Nama berkata...

Betuk tu apa yang dikatakan dang setia kalau awak bahagia kenapa minta pertolongan dari dang setia. Awak arasa bersalah kan kerana di himpit dosa yang tiada berkesudahan. Awak rasa tak tenteram kerana doa orang yang teraniaya amat makbul. Berubahlah tiada semua perempuan macama saudara fikirkan. Jadikan kekecewaan bercinta sebagai pengalaman. Jangan ashik fikir nak musnah hidup orang lain yang tulus menyintai awak kerana dia seorang. Ingatlah tidak selamanya awak akan selamat buat macam tu. Pembalasan pasti ada.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.