Warkah Buat Anakku

Share on Tumblr Lahirnya anak-anak dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kedua-dua suami isteri. Mereka akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Mereka akan berkorban apa saja demi anak-anak.

Kepada anak-anakku, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ini tidak sedikit pun luntur. Ayahmu ini sentiasa mengingati anak-anaknya dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah walaupun kita berjauhan. Cuba bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama, belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang ayahmu dapat rasakan dan masih segar dalam ingatan ayahmu ini.

Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Perpisahan ini bukanlah kehendak ayahmu yang sebenar-benarnya, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Janganlah jadikan perpisahan ini sebagai dendam yang membara dalam diri anak-anakku. Janganlah kita menjadi hakim, dan janganlah pula kita menjadi pendakwa atau pembela. Tugas anak-anakku hanyalah menghormati ayahmu sebagai seorang ayah, hormatilah tanggungjawab yang ayahmu cuba laksanakan, hormatilah kasih-sayang yang ayahmu ingin berkongsi dengan anak-anaknya.

Ingatlah anak-anakku, seorang ayah akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, seorang ayah akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, seorang ayah akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi seorang ayah akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, seorang ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.

Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.

- Untuk tatapan anak-anakku..!!

Baba, Perlis.

Buat semua insan bergelar bapa,

Kasih bapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya pengorbanan seorang bapa. Selamat hari bapa..

- Puteri Warkah Buat Anakku

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

i love my father so much, tpi sslu sakitkan ati dyer.....enthlah knaper ak leh jdik cam ni

jiwa.lalat berkata...

oh maafkan aku ayahku kerana mengecewakanmu

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH AYAH KERANA MEMBESARKAN KU WALAUPUN SUSAH,
MEMENUHI KEPERLUANKU WALAUPUN PENAT,
MENEMANI KU WALAUPUN SAKIT,
BESARNYA PENGORBANAN MU WALAUPUN AKU MEMBERIKAN HARTA YANG BANYAK,
TAK MAMPU KAU MEMBALAS JASA MU AYAH,
TERIMA KASIH AYAH,
AKAN AKU MENJAGA MU SEHINGA AKU DI PANGGIL OLEH ILAHI
TO MY FATHER ZAKARIA, FROM ANGAH

Tanpa Nama berkata...

abah saggup tidak mkn untuk bg kami makan,minum air katanye sudah kenyang....dapat duit abah belikan kami mknan sedap2 tpi abah xnak mkn sbb katenye dah kenyang....sedih untuk gmbrkan semua tu

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.