Berhubung melalui bahasa tubuh

Share on Tumblr Melahirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam fikiran kadang kala tidak perlu menggunakan perkataan sebaliknya boleh 'dibaca' melalui gerak tubuh seseorang.

Malah dalam sesebuah perhubungan, bahasa tubuh atau body language kadang kala memberi 'impak' lebih kuat berbanding kata-kata atau suara untuk meluahkan sesuatu.

Cara gerakan tubuh kita boleh menjadi isyarat bagi memberitahu orang lain mengenai sejauh mana kita boleh didekati untuk berinteraksi dan sejauh mana kita berminat terhadap apa yang lain sedang katakan.

Oleh itu, jika mahu memberi isyarat kepada orang lain bahawa anda sekarang berkeadaan relaks, selesa, terbuka dan berminat terhadap apa yang ingin disampaikan oleh orang lain, mungkin hanya perlu 'menyampaikannya' melalui beberapa bahasa tubuh seperti:

Senyuman

Senyuman merupakan cara paling penting untuk memberi isyarat tentang kesediaan atau keterbukaan anda untuk memulakan sesuatu perbualan atau sebagainya.

Jika anda gagal untuk senyum, orang mungkin akan berfikir anda tidak berminat atau anda sememangnya tidak berperasaan dan sombong. Senyuman yang mesra seolah-olah anda menggantung papan tanda 'selamat datang', bagi menjemput orang untuk mengenali anda.

Tegas

Dalam perbualan atau perbincangan, untuk memberi isyarat bahawa anda faham atau setuju tanpa perlu berkata-kata (non-verbal) ialah melalui anggukan kepala atau nada suara yang tegas. Jika anda tidak menegaskan dengan cara itu, dia mungkin mengandaikan bahawa anda tidak suka atau tidak berminat dengan apa yang dia katakan.

Membongkokkan badan ke depan

Membongkokkan badan ke arah seseorang yang sedang bercakap dengan anda menunjukkan bahawa anda berminat untuk meneruskan perbualan dengannya. Tetapi hanya bongkokkan sedikit saja kerana jika terlalu mendorong tubuh ke depan itu sudah dianggap kasar.

Mengunci tubuh

Gerakan-gerakan seperti berpeluk tubuh, menekap kedua belah tapak tangan atau menyilangkan kaki adalah isyarat bahawa anda cuba bersikap 'mengunci diri' atau menutup sebarang bentuk interaksi. Buka atau longgarkan postur tubuh untuk lebih terbuka bagi berkomunikasi.

Sentuhan

Sentuhan menggambarkan anda peduli. Jika anda ingin menunjukkan anda seorang yang mesra dan peduli, letakkan tangan kiri anda di atas tangan kanan rakan anda ketika berjabat salam, sentuh lengannya, tepuk belakang atau berikan pelukan. Sentuhan fizikal merupakan syarat bahawa anda bersedia untuk mendengar luahan emosi.

Pandangan mata

Mata merupakan anggota tubuh yang paling mudah untuk menunjukkan perasaan. Renungan mata boleh menjadi interaksi sosial. Pandangan mata isyarat paling berkuasa untuk mendapatkan perhatian dan penghormatan.

Ia seolah-olah menyatakan, "Ketika ini saya lebih berminat terhadap anda daripada perkara-perkara lain."

Jika anda cuba mengelak daripada melihat individu yang bercakap dengan anda, dia mungkin akan berfikir bahawa anda cemas, tidak jujur atau tidak berminat untuk berbual.

Ketika sedang berbual, cuba bertentang mata antara satu hingga 10 saat. Berhubung melalui bahasa tubuh

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.