Putus Cinta

Share on Tumblr Terfikir untuk menamatkan hubungan yang sudah 'tidak bermakna' gara-gara si dia tidak pernah memberi kata putus perhubungan yang sudah sekian lama terjalin?

Bukan tidak sayang atau cinta yang pernah membara, namun ia bagaikan bersulam dengan perasaan benci dengan keangkuhan dan kedangkalan.

Mengucapkan perasaan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga sukar untuk melupakan dirinya yang sudah sekian lama dikenali ragam dan cemburunya.

Berpegang kepada kata-kata mungkin dia bukan jodoh terbaik, anda memikirkan untuk menamatkan saja riwayat cinta itu lalu satu keputusan nekad diambil.

Sama ada keputusan untuk berpisah itu wajar atau sebaliknya, petua berikut mungkin boleh membantu jika anda sedang berkira-kira tujuan anda mesti memutuskan cinta:


# Adakah sebab tetap atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan, pendidikan dan kerjaya.

Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.

# Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan mengenai cinta anda itu. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa yang berlaku.

Anda akan mengecewakan diri anda dan orang lain jika anda gagal berpegang dengan keputusan cinta anda.

# Fikirkan strategi untuk menamatkan riwayat cinta. Anda boleh membuat cinta si dia terhadap anda pudar dengan menonjolkan kekurangan diri dan perkara yang tidak digemarinya.

Kebiasaannya apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan kata putus.

# Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila tiada cara lain, berterus teranglah. Putus cinta cara ini tinggi risikonya.

Anda tidak boleh fikirkan diri anda saja tetapi perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi si dia paling baik untuk mendengar kata putus cinta anda.

# Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh menyebabkan putus nafas. Si dia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri, begitu juga anda. Elakkan risiko putus cinta begini.

Selepas putus cinta secara rasmi atau tidak rasmi, jangan jadikan sesiapa terutama kekasih lama anda musuh. Jadikan si dia sebagai sahabat setia pula. Musuh walaupun satu amat bahaya. Tetapi sahabat setia walau tiada cinta, tidak akan membiarkan anda menderita.

# Sekiranya dicintai seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan jangan melukakan.

# Bagaimana anda mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

# Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan tiba-tiba, cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakan cinta itu pergi.

Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

# Jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.

Nikmatinya, sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.

# Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperoleh.

Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada cinta.

# Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari seorang lagi.

# Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.

Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.

# Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering disebut cinta pandang pertama.

Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.

# Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.

Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja.

# Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

# Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.

Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.

# Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta.

# Untuk mereka yang pernah putus cinta, anggaplah peristiwa itu sebagai peristiwa biasa. Bercintalah lagi dan lagi, teruskan mencari sehingga menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun - mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan secara pakej. Putus Cinta

17 Komen:

amiey berkata...

emmm.........bestnye jd lakikan????

amiey berkata...

mengapa ptus cinta snat menyakitkan?????laki ni tak fkirkan prasaan pompuan ar.........

Tanpa Nama berkata...

saya lelaki sekarang ditinggalkan kekasih sangat menyakitkan setelah 2 tahun 3 bulan menyulam kasih.. x sangka dia termakan pujuk rayu rempit walhal dia lah dulu seorang yang sangat setia.. apa lah nasib ku

Ilmi Aji berkata...

saya baru aja putus nih, dia bilang ingin konsen ke kuliahnya dulu. lagipula bokapnya ngelarang pacaran dulu :(

Tanpa Nama berkata...

AKU BRU JEW PTUZ NGAN BF AKU...COZ DYEW DAH ADE MAKWE BRU....APEW2 POWN AKU HRAP KAU BHAGIA DGAN DYEW K.....AKU SAYANG SANGAT KAT KO.....I LURVE SO MUCH????

Tanpa Nama berkata...

cinta hanya akan melukakan hati kita..so tak payahlah bercinta...aku menyampah dengan CINTA...

Tanpa Nama berkata...

Aku slalu buat ape die nak, tp asal salah sikit mst smpai maki hamun, nk putus, n now seriously over the small prob. I'm a guy n aku tau hbgn aku stabil..aku ikhlas, dituduhnye bkn2. kecewa btl. klu hbgn ni tk jd, aku tk nk bcinta dah. klu ye pn, da bjaye dlu baru aku cri bini terus, tk pyh cinta2. org lelaki ikhlas dikata mcm2.

rezza berkata...

tekanan utk hidup...si dia sanggup pilih lelaki lain...
ape salah aku????
aku sedar diri aku x sempurna spt kau pinta...
aku uga manusia biasa yg punyai hati dan perasaan...
tolong lah...bukan smalam kita knal..
dah hampir 3 tahun kita knal..tolong laaaaaaaa

maya berkata...

aku x paham ngan hubungan kami ni...aku iklas tolong dia...tp dia x penah amik tau sal aku...aku sngat sedih setiap hari aku memikir kan dia...

Tanpa Nama berkata...

aq mc syg kat kw,,,tp nape engkw x ambk kisah tntang aq..aq tw kw syok kat i???kn...tp jgn lr smpai wat aq cm ni...tp,,xpe lr,aq redho jer ngan ni smua...smoga engkw bhgia lr ngan hdup engkw....

broken heart berkata...

sa syg tul g ngan dya,, tp sa t'pksa bt kptsan nie... asyik2 sa ja yg kena fham dy tp dy lgsg x penah nak fham sa.. hmpir tiap ari dy nak skit kan hati sa.. skit sgt....
pd mula nya kmi hmpir break tp,, ttp jga b'than,,, smpailah selang b'rpa hri ja,, sa bwa dy break sb wlpn dy jnji x nak c skit atie sa g,, tp dy bt jga... sdgkan sa da bt suma yg dy sruh,, sa da cba jd yg t'baik utk dy... p dy lgsg tak hrgai suma tu.... 10 mac 2010 kmi cple n 25 oktober 2010 kmi break..
sa sndri bgung npa sa c break dy semudah tu sdang kan ia t'lalu sukar utk sa sbnrnya....

lbh mnyedikan lg npa lpas kmi break dya lgsung tak reply sms,, sa cma nak b'kwan ngn dya... 2pun salah ka??????? npa????????

Tanpa Nama berkata...

i pn sdih sgt.bf i ptskan hbgn pas lme b.cinta.i mara2 dia coz kecewa ngan sikap die yg b.ubah.i mara2 tu la alasan kuat dia cari gf lain n trus nak kwin..i betul2 kecewa dia xnak bg i pluang...betapa sakit hatinya i....bila dia cakap cintakan pompuan lain n mahu kawin pompuan tu..siap jmput i lagi..sangat kejam.sampai hati dia buat hidup i merana rindu kat dia.

Tanpa Nama berkata...

sy br je putus dgn bf sy . di sbb kn family sy x restu . krn dr segi perkejaan die dan personaliti die . xdpt nk menjamin masa dpn nnt . sy sedih tgk die . ap yg patot sy buat ? sy mmg syg kn die .

Tanpa Nama berkata...

Kami dah rancang untuk berkahwin, tapi, apakan daya, hubungan kami putus di yengah jalan. Kerana si dia, termakan dengan kata kata kawan baik dia iaitu seorang perempuan. Kawan baik dia yg sering menjadi masalah antara kami berdua. yaAllah, berat sangat dugaan yang aku terima. Apa pun , aku terpaksa redha kalau ini jalan yang dia pilih. Aku percaya, satu hari nanti dia akan cari aku kembali. Kepada lelaki, buat lah pilihan yg sebenar dlm menilai cina seorang perempuan. Aku perempuan, aku faham perasaan perempuan, dan sekarang, aku sangat membenci perempuan yg cuba menjadi org tengah.

Tanpa Nama berkata...

dya sgt ego.. slalu sy nasihatkn dya.. tp, dya buat x tau jax.. skit aty sgt2.. bila dya bawa break.. sy xnk.. coz sy betol2 syg kt dya.. sy xtau smada dya syg sy ke tak.. sedeh sgt2.. apapun.. sy sgt berharap supaya dya berubah.. amen..

eina berkata...

3taon kpel tpy brpsah jgak!!!
smua d sbabkn msuh dy yg ngaku gf dy n bkal tnang bln 12 nie..
2 taon braya brsama tpy taon nie aq braya sowg..bla tringat ksh lma aq sdey sgt..aq syg dy aq cnta dy sgt2 tpy aq tkt untk trma dy kmbli..lps kjdian 2 dy pn dh x mcy or cll aq..ingt dy nk pjk tpy akhrnye x..rndu unx gla wey...tlg la dtg blik dkt aq!!

Tanpa Nama berkata...

Aku rasakan dia cinta terakhirku, ya aku benar2 yakin...namun Allah juga yang Maha mengetahui setiap yg terbaik utk insan...dan tiba2 cintanya berubah tanpa sebab...bertahun2 aku memujuk hati...tapi luka juga yang tetap berdarah...dan aku sentiasa doakan kebahagiaannya bersama si dia pilihan hatinya..selalu serta selamanya...ketahuilah, biar bertahun2 sudah berlalu, cintaku padamu tetap utuh di dasar hati... :)

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.