Jangan Terlalu Mengikut Telunjuk

Share on Tumblr Mahu mengakuinya atau tidak, kebanyakan fesyen yang digayakan wanita lebih dipengaruhi si dia.

Daripada hujung rambut hingga ke tumit tinggi, jika si dia kurang menggemarinya, sedikit sebanyak wanita berasa agak janggal untuk menggayakannya terutama bila berdampingan dengan si dia.

Biarpun mungkin wanita itu gemar berambut pendek tetapi apabila si dia mahu membelai rambut pasangannya yang cantik memanjang, terpaksalah membiarkan rambut panjang meskipun rimas tak terkata.

Begitu juga dari segi fesyen. Semata-mata mahu menjaga hati si dia, terpaksa dikorbankan segala pakaian meskipun pakaian itu paling digemari atau dibeli lantaran mahu mengikut aliran fesyen terkini.

Pandangannya mungkin elok tetapi ada kalanya mungkin kurang menjadi. Namun, wanita lazimnya akan berkorban bermacam benda semata-mata untuk menjaga perasaan kekasih hati.

Jika elok untuk kebahagiaan anda berdua, apa salahnya. Tetapi jika kritikannya pada pilihan fesyen anda hanya menjadikan diri sendiri kelihatan tak bermaya serta membuat diri tak bahagia, usah biarkan diri dalam kemelut tak berkesudahan. Carilah jalan penyelesaian. Jangan Terlalu Mengikut Telunjuk

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.