5 panduan berkenalan di internet

Share on Tumblr Pemenang tempat ketiga Personaliti Pilihan Berita Harian, Nor Hafizah Badarudin kongsi lima panduan berkenalan di internet

1. Hati-hati dan bataskan maklumat untuk dikongsi.

Sukar menilai keikhlasan dan hati budi rakan yang baru dikenali di internet. Jadi bagi mengelak menjadi mangsa, eloklah berhati-hati dan jangan kongsi semua maklumat diri.

2. Jangan beri kepercayaan penuh.

Ini penting kerana dalam dunia siber, ramai cenderung menipu. Kita perlu selalu berhati-hati dalam menerima maklumat lebih-lebih lagi daripada mereka yang menjadikan internet sebagai alternatif mencari jodoh.

3. Usah sandarkan harapan tinggi.

Selalunya, dalam hubungan maya, ramai cenderung menampilkan diri mereka insan terhebat. Bagi golongan mudah terpedaya, mereka mula menaruh harapan tinggi seperti biarlah si dia kacak atau berkedudukan. Hakikatnya, ramai yang hampa apabila bertemu kali pertama di alam nyata!

4. Jaga etika berbahasa.

Biarpun hanya di internet, budi bahasa perlu dijaga. Hormati orang lain dengan tidak berbincang isu yang sensitif atau tidak disenangi teman maya. Selain itu, kita harus mengelak membincangkan isu berbaur negatif yang boleh mencetus pergaduhan. Jika terasa individu yang dilayan di talian mencurigakan, abaikan saja!

5. Berhati-hati apabila memuat turun foto.

Banyak iktibar yang kita peroleh daripada kes pencerobohan laman web termasuk yang membabitkan penyebaran gambar orang lain. Sehubungan itu, berhati-hatilah! Jangan sesekali memuat turun gambar kurang sopan kerana dikhuatiri akan disalahgunakan! 5 panduan berkenalan di internet

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

KUI..KUI...KUI...

Tanpa Nama berkata...

klu bkenalan kat ym slalunya....BOSANNNN...huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

yuppppp....
tu laa pasal penipu jewh bykk.........
nkk ygg jujur tpy dpt owq yg xbtol2 laa

orangair berkata...

Makanya waspada jangan terlalu mempercayai

Tanpa Nama berkata...

Ya,saya setuju dgn tips yg dinyatakan diatas terimakaseh.Namun ramai yg masih melayari ruang sebegini.
Satu lagi harus di ambil perhatian ialah janji temu dgn teman maya yg tidak diketahui profile atau biodata sebenar mereka. Selalu ambil langkah2 keselamatan seperti tempat & agenda pertemuan itu. sekiranya anda maseh mahu meneruskan, terus terang anda sentiasa dalam bahaya lebeh2 lagi perempuan. Maka itu berdoalah..semoga sentiasa dilindungi Allah dari bahaya & musibah.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg tulis nie...betullah memang bahaya bro & sis....

Tanpa Nama berkata...

Ialah.. ingat kita tahu jaga diri, tapi penyangak pro slalu naik taraf kemahiran...hati2

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.