Ex-Bf Nak Rujuk Semula

Share on Tumblr Anda dah "fed-up"!Hidup dengan dia amat menyeksakan.Anda di kongkong,perasaan anda tidak diambil berat,seolah-olah anda rasa disayangi,dilayan dengan baik dan manja hanya bila diperlukan.Dipendekkan cerita,akhirnya anda putuskan perhubungan anda.Cukup!Sampai di sini saja.Keputusan anda muktamad tetapi…

Dengan cukup sadis,ex-bf anda yang sebelum ini seorang yang cukup ego,garang kononnya,macho dan mengambil mudah perasaan anda,merayu… menangis sambil berkata, "Ampunkan abang…tolonglah sayang,abang akan buat apa saja,kembalilah"…dengan suara yang sebak dan terketar,air matanya berderai laju.

Tindakannya membuat anda sebagai wanita yang lembut hati dan penyayang amat menyentuh jiwa.

Anda terfikir:

Betul ke ni?

Boleh percaya ke?

Jauh di sudut hati….

Anda masih sayang padanya..

Jadi,adakah betul kali ini ex-bf anda tu betul-betul maksudkan apa yang dia ucapkan tu?Macamana anda nak tau dan pastikan?

Ingat 5 perkara ini di fikiran anda.

1) Anda TIDAK perlu beri dia peluang sekali lagi!Inilah dia perkara yang pertama sekali yang perlu ada dalam fikiran anda.Fikir macam ni akan mengurangkan anda berfikir dengan banyak dan pastinya juga mengelakkan banyak lagi perbincangan dengan dia.Selain itu,anda akan tenang dan ini membantu anda membuat keputusan yang bijak kemudian hari.

2) Kalau dia jujur,dia pasti akan tunaikan janjinya.Sebagai contoh,kalau dia kata dia takkan tengking anda lagi,dia akan berhenti buat macam tu.Kalau anda suruh dia pergi "therapy" sebab dia ni "alcoholic" ke..atau sebab nak buang sifat panas barannya yang anda dah tak tahan tu,tanpa banyak soal dia akan pergi.

3) Dia takkan mendesak anda.Tak siapa pun suka didesak apatah lagi dalam keadaan anda.Untuk mendapatkan anda semula,dia perlu dan mesti berikan anda masa dan ruang.Sikap macam ni dari dia adalah di antara ukuran yang cukup penting untuk anda lihat kejujuran,kematangan dia dan adakah dia dapat kawal perasaannya yang jika tidak pasti membuat anda lebih jauh darinya.Anda perlu faham,orang yang jenis "manipulative" atau yang jenis cuba "ingin menguasai" takkan bagi masa yang anda perlukan untuk anda buat keputusan yang baik untuk ANDA.Orang yang "manipulative" hanya mahu keputusan yang baik untuk dia sahaja.

4) Anda lihat dia akan jadi pendengar yang baik.Sikap dia akan merendah diri,tak la macam sebelum ni,ego semacam,apa anda cakap dia buat selamba…buat tak dengar jer..macam cakap dengan tunggul.Ikut naluri anda,pasti anda perasan kalau dia berlakon buat macam tu.

Lagi satu,sikap jujur dia tu mesti diambil kira bila anda kata "tidak" dan dia akan faham dan terima.Dia juga akan faham kalau anda letakkan sempadan dalam perkara tertentu terhadapnya sebagai contoh anda kata, "Saya tak nak awak telefon saya seminggu,saya nak tenangkan fikiran",tanpa banyak soal dia akan dengar dan ikut.Sekiranya perkara-perkara seperti ini dia tak dapat buat,apa pun alasannya,dia tetap belum berubah dan jujur dalam janjinya.

5) Perubahan 90%-100% pada sikap buruknya.Kalau dia betul berubah… dalam jangkamasa tertentu,anda boleh lihat perubahan pada dirinya.Segala apa yang anda tak suka tentang perangai dan sikap buruknya dulu,dah hamper takde atau tak mustahil..dah takde terus!

Ingat!Letakkan masa untuk tengok dia berubah dan kotakan janjinya.Tapi berapa lama ya?okay….tidak kurang dari 3 bulan.Ya,tak kurang dari 3 bulan!Sebabnya kalau dia betul jujur dia akan tunggu anda berapa lama pun masa yang anda tetapkan dan sanggup hadapi risiko untuk tidak diterima oleh anda tanpa banyak soal disebabkan kesedarannya yang dia ni dah buat salah.Kalau sekiranya dia berlakon je selama ni..anda pasti dapat lihat,rasa dan tau bahawa selama ini janjinya itu hanya lakonan.Orang yang berlakon dalam hal macam ni jarang dapat bertahan selama itu untuk mengaburi lakonan mereka.

Apa yang anda minta dia buat sebenarnya bukanlah banyak mana pun.Anda hanya ingin dia tunjukkan yang terbaik untuk anda,buka semula harapan dalam perhubungan dan yang penting kembalikan kepercayaan anda padanya.Apa saja yang dia lakukan dalam tempoh yang anda sendiri kawal ini,memberi diri anda masa dan alasan kukuh untuk terima dia atau pun tidak.

Dalam masa yang sama,berhati-hati dalam membuat keputusan.Ada juga yang inginkan peluang sekali lagi dan kemudian akan mengunci hati anda dengan sikap jujurnya yang mengaburi hati anda bahawa dia sudah berubah.Orang seperti ini akan berusaha mendapatkan anda kembali tanpa anda ketahui dia tidak jujur.

Jadi,untuk mengelakkan anda kecewa dalam perhubungan cinta yang menyusahkan anda,keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira banyak perkara.

Selalunya hati kecil anda akan lebih tau dan kenal sama ada dia berlaku jujur atau tidak dan patutkah anda kembali padanya walaupun dia telah berubah dan melakukan segalanya.

Ingat!Jauh disudut perasaan anda adalah hati kecil yang kenal dirinya,gunakan perasaan ini dengan bijak untuk keputusan terakhir.

Sumber: Virtual Friend Ex-Bf Nak Rujuk Semula

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kalo btul2 cinte x slh bg pluang k'due..x rugi ape2 pn..

Tanpa Nama berkata...

tp kal0 da bg pluang..wat blik prangai lme p0n ta gne gak..

noor_syaz berkata...

lau insan y kite syg dh ber2nang mshkah kite ad hrpn utk bersmnyer??
die msh berhub ngan ak...
tp ak xberniat nk musnahkn pertunangan die wlpn pedih ati ini

aQ yg pErnah kEcewa berkata...

aQ rase klow kite bg pluAng cm ner pown tetAp wt prangai lmew jgn hrp larh nk kekAl lmew..wlo bnyak mnew pOwn cyg kite kt dye kite kne timer urh yg kitew daa x derk jDoh nan dye..n kite kne tEtap lpewkn dye klow dye daa jd milk owg..

@ien dc berkata...

**bagisye..yg lalu jdkan kenangan..&kite trozkn bcme insan yg bcma kite mce ex-bf anda pergi tinggalkn anda....bg sye..bkn balas dndam krna aty kite sakit....tp anda katakn padanya...diriku sudah brpunya&atyku dh dimiliki......maafkn aq,,,,anggaplh pertemuan kite sampai disni sajaaaaaaaaaaaaaaa.....bg aien,,kite jaga&hargai cinta yg bcma kite msa suka&duka.....hargailh ia msih ada.....

@ien dc berkata...

**aq tetap mncintai insan yg bcma aq skg,,hanif.............aq sgt menyayangi diri&cintamu,,,,ksh sygmu,,aq hargai...aq harap,,cinta&janji2 kite tetap mekar sentiasa......aien cintakn hanif.........sukar untuk kite mncari cinta yg luhur dr aty,,,,jd,,kalau dh jumpa semailh ia dgn nilai kesetiaan&keikhlasan......

Tanpa Nama berkata...

C=inta I=tu N=ikmat T=api A=was

Tanpa Nama berkata...

Kenape dye suke sakitkan haty saye.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.