Menunggu Lamaran Si Dia

Share on Tumblr
Sekiranya anda masih tertunggu-tunggu 'berlian' yang satu itu - tetapi anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mendesak, anda perlu membuatkan si dia berfikiran bahawa lamaran itu datang daripada ideanya sendiri.

Berikut beberapa panduan untuk membuatkan teman lelaki membuat keputusan terbesar dalam hidupnya iaitu menjadikan anda suri hidupnya tanpa perlu menggunakan paksaan.

Jangan sesekali menyebut perkara berkaitan perkahwinan

Contohnya, jika anda terlihat kereta mewah berhias bunga, reben sedondon dan rombongan pengantin di belakangnya, pura-pura anda sedang mengikat tali kasut (walaupun ketika itu anda memakai selipar Jepun).

Sekiranya terdapat adegan perkahwinan dalam filem yang sedang anda dan teman lelaki tontoni di pawagam, menguap seperti sedang kebosanan.

Malah jika menghadiri majlis perkahwinan bersama, mengadu mengenai kelemahan servis, makanan yang teruk dan muzik membingitkan serta tambah ayat, ''Tolonglah, berjanji awak tak akan paksa saya buat begitu,''.

Bersimpati pada pasangan yang sudah bertunang atau berkahwin

Apabila bertemu dengan kawan lama (meskipun anda cemburu dengan cincin kahwin berlian yang dipakainya, kerja dan rumah yang bagus, serta bakal menimang cahaya mata) - pegang tangannya dan berikan pandangan simpati seperti memandang kucing sakit.

Apa pun yang anda lakukan, jangan sesekali berkata kepada teman lelaki anda, ''Mereka kelihatan gembira.'' Sebaliknya, kata mereka nampak sengsara dan bosan. Bosan, bosan, bosan.

Pergi bercuti dengan rakan-rakan wanita

Siapa berkata sebaik anda mempunyai teman lelaki, anda perlu sentiasa 'berkepit' bersama-samanya? Anda seorang wanita yang berdikari dan ingin bersuka ria dengan rakan-rakan.

Sekiranya anda terpaksa tinggal di bilik kerana ribut ketika percutian bersama rakan-rakan, resort didiami terlalu usang serta anda asyik bercerita mengenai kerinduan pada teman lelaki bersama rakan-rakan - Jangan sesekali biarkan si dia tahu mengenainya!

Di dalam fikirannya hanya anda sedang berseronok bersama rakan-rakan dan menari limbo bersama lelaki kacak serta gagah.

Jangan minta si dia berjumpa ibu bapa anda
Seandainya pertemuan itu telah berlaku, jangan sesekali menjemputnya ke rumah lagi.

Jangan cadangkan teman lelaki menyambut Hari Raya bersama keluarga anda.

Bila si dia bertanya kenapa tidak dijemput, katakan ''Sayang, mestilah awak dijemput tapi saya tidak mahu menyusahkan awak.''

Ini pasti membuatkannya berang tapi pada masa yang sama terpegun. Apabila dia merasai kedua-dua emosi itu terhadap anda, dia pasti akan meminta anda menjadi miliknya untuk selama-lamanya.

Selamat pengantin baru...

Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Menunggu Lamaran Si Dia

4 Komen:

jimmy berkata...

ini juz pendapat..zaman sekarang ramai gadis2 telah menyonsangkan hukum alam...jelas dari dulu lagi,bhw perempuan ratu emosi dan perasaan dan lelaki adalah raja ego..dalam konteks ini,jelas bhw statement diatas dah jadi lain sedikit..,tak salah membentuk gadis2 yang berdikari,tapi salah menyonsangkan hukum alam..kan ke penat berlakon...bagi saye...sebagai gadis tak salah menunjukkan emosi seikhlas mungkin,dan se"pada" mungkin..biar rasional tapi mesejnya sampai pada si penerima (lelaki)...dari situ jugak lah,anda sebagai perempuan boleh membuat pemerhatian dan peng"GRED"an seseorg lelaki itu,samada die adalah seorg yg sensitif dan hormat terhadap wanita...cukuplah kite tahu bhw lelaki tulen susah nak cari sekarang,dan sifat azali lelaki kebanyakannye kurang sensitif pada gadis2..so,anda sebagai perempuan berfikir lah seadenye..yang penting,be rasional & be yourself,
supaya mudah si lelaki itu mendapat ramalan masa hadapan nanti selepas berkahwin...yang terakhir...emosi itu seksi jika rasional dan tepat pada waktunye..

Tanpa Nama berkata...

hidup ni kena lebih realiti dari fantasi..
bukan tak elok berfantasi tapi agak2 la..
nk menyombong dan berpura-pura buat apa?
nisbah terbaru di malaysia menunjukkan peratus wanita melebihi lelaki lebih kurang 10 peratus..dgn kata lain nisbah antara perempuan dan lelaki bersamaan 6:4 atau 3:2..tu pun kalau ada la perempuan yg bercita2 nk kawin dgn warga asing..kalau dpt mat saleh ok tp klu dapat mamat indon tak pun bangla..tak ke naya..

LELAKI MELAYU MALAYSIA
entah233@yahoo.com

orangair berkata...

Lelaki adalah manusia biasa. Sama seperti wanita. Lelaki juga disayangi dan diberi perhatian . Jadi yang sebaiknya tunjukkan yang anda betul betul sayang dan mahukan dia menjadi pendamping hidupnya disepanjang usianya. Fikir fikirkan lah. Anda sayangi dia atau mahu kehilangan dia sesorang lelaki yang anda sayang.

USTAZ ABDUL AZIZ berkata...

lelaki pleaselah jgn berkapel jika anda hanya nak memainkan perasaan wanita. teruskan masuk meminang jika berkenan-dari hati lelaki juga.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.