Mencari Cinta Sejati

Share on Tumblr Kecewa dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

# Dia sahabat terbaik anda

Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.


# Punya banyak persamaan


Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

# Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

# Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

# Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.

# Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

# Gerak batin atau naluri


Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda. Mencari Cinta Sejati

10 Komen:

Joddie berkata...

thanks buat resepnya.. semoga aku ndak jomblo lagi.. he. he..

Tanpa Nama berkata...

i c...ku tinggalkan dia kerana tak percaya kan dia..menyesalnya aku

nur f berkata...

emm.... lw pk2 blk mmg nyesl r cnta ptame aq hncur gra2 aq,,,

Tanpa Nama berkata...

hmm bl igt2 psl 1st luv, mang mnyakitkn ati..
tp seb bek aku jmpe cinta skang ni yg menenangkn hati.. he kno evrything i wan.. dia dahulukn aku dlm byk hal.. hope we can be together til d end..

Nurul Lailati Mahat berkata...

oh yakah?kalau begitu,aku sudah lama bertemu belahan jiwaku,hanya masing-masing tak mahu mengaku.doakan kebahagiaanku:)

Tanpa Nama berkata...

thanks banget akan resepnya ini memang aq dah mempunya kekasih semoga hubungan kami ini bisa berjalan dgn baik n langgeng saja karena aq dah mendapatkan cinta sejati itu semga cinta sjati itu tdk akan pernah mati

Tanpa Nama berkata...

oh... iya aq hampir lupa aq sudah lama bertemu dgn belahan jiwaku tolong doain aq yach

Syurga Cinta berkata...

MEmang betol ape yga diceritakan tue.So kepada sahabat-sahabat semua silalah lawat blog saya azrulmasnita.blogspot.com cerita dan kongsi kisah suka dan duka dalam bercinta.

Tanpa Nama berkata...

mmg btol tpy ase kcewa la

Tanpa Nama berkata...

y mmg spt itu rasany bhw kta menyakini itu cint sejati,d aku pnh mengalaminy tp skrg hal itu berubah,ap cinta sejati bs berubah....?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.