Falsafah dan firasat jodoh

Share on Tumblr Benarkah jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya.

Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodoh kerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan.

Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.

Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik.

Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh mahupun ajal.

Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.

Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.

Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.

Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.

Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?

Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:

- Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.

Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

- Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

- Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

- Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

- Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

- Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Falsafah dan firasat jodoh

13 Komen:

Tanpa Nama berkata...

aku dah nk masuk 29 tahun tp tk pernah bercinta ..mcm mane allah tentukan jodoh aku? mcm mana jodoh aku nk smpi sedangkan tkde lelaki hadir dalam hidup aku..sedih woo..ape tk kene ngn diri aku...aku pn tk dpt jawap...nk kate tk lawa..kwn aku yang tk lawa pn dh kawen...

hamba ALLAH berkata...

setiap apa yang ALLAH tentukan pada setiap insan itu adalah yang terbaik... cuba muhasabah la diri sendiri,banyakkan doa dan sntiasa la buat solat hajat...ALLAH itu tahu apa yang hmbanya mahukan cuma belum smpai masanye lg untuk Dia berikan..usah putus asa...bersyukur lah dengan apa yang kita miliki pada saat ini...

leya berkata...

thanx hamba allah..mungkin usaha dan doa sy masih belum mencukupi..sy percaya konsep rezeki..maybe rezki sy tk smpi lg..so smpi ble sy dlm kesunyian..allah akan tentukan kelak dengan berkat doa sy

Tanpa Nama berkata...

Awak baru 29, saya 34 tahun ni. Nak buat mcm mane Allah belum datangkan jodoh lagi. Saya samalah dengan awak tak ada apa yang tak kena dan tak de pun cacat celanya. Saya redha apa jua takdir Allah. Kalau ada jodoh adalah. Kalau asyik fikir jodoh2 akan jadikan tekanan jiwa pulak.

Tanpa Nama berkata...

sy yakin kl Allah SWT. bkal ksh jodo. Wlaupun sy dah brusaha,tp dg cr konvensional, yaitu nembak. sy dah 3x nembk,tp gagal trus. mungkn Allah akn membrikn yg trbaik bg sy.stelah d pkir2, Alhamdlillah sy g pcran.mngkin kl sy pcran akn mlakukan maksiat, na'uzdubillah.
srn sy u/ tmn2 hrs ykin dlu bahwa jodo Allah yg mngatur. kl g ykin bkal gundah hidup ini."sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg brsbar"

Tanpa Nama berkata...

sy 25thn baru bercinta..jgn risau Allah dah tentukan jodoh kita masing2..samada lambat atau cepat ja.

Tanpa Nama berkata...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lEbih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

Tanpa Nama berkata...

mcm mane plak kalu kite sorng insan yg kekurangan. ader ke psgn juga untuk kite?? bg kamu semua w'pn kamu tdk ader jodoh lg kalian tdk perlu bimbang sbnrnya krn w'pn kamu jodoh lambat tp kamu berupaya... tp spt sy insan yg serba kekurangan dan segi fizikal n sy takut tiada sape yg mahu jd psgn sy.....

RTS Team berkata...

aku dah kawin
hari2 duk depan komputer
hari2 aku rajin
update blog aku, blog WALLPAPER

(4 kerat pantun kot...hehehe)

jum tengok blog wallpaper aku:
http://wallpapers-paradise.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

....Bila nak kawin? Bila nak nikah? Tak da calon ke? Pergi la cari calon. Jangan memilih. Jangan jadi anak dara tua tak laku sudah.

Aku cukup boring bila orang tanya kat aku soalan2 kat atas. Kalau aku mampu melakukan apa yang sahaja yg aku inginkan tak payah lah aku menjadi anak dara tua sekarang ni. harap org2 kat luar sana fahamlah situasi kami yg lambat kawin ni

herfia.com berkata...

Semoga saya cepat bertemu dengan jodoh saya. Salam kenal saya dari indonesia dan ini blog saya http://www.herfia.com

Tanpa Nama berkata...

jodoh ku mgkn ade tp syg tak mendapt restu dr pihak llki...aku teramat sedih dan aku tak sggp tinggalkan pakwe aku..sb aku termat sygkannya..ya Tuhan,moga ko lembutkan hati ibuya utk menerima aku semula...amin..

Tanpa Nama berkata...

Erm aku nie dh msuk 27thun dh nie..... asyik putus je... entah2 jodoh aku dh tak de kot... tu pasal la aku nie tak jumpa aku sampai skrang.. be happy je la soal jodoh tu aku tak harap kan sangat pasal aku dh serik nak bercinta.......

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.