Faktor Lelaki Menamatkan Zaman Bujang

Share on Tumblr Membujang lama-lama bagaikan sebuah fasa yang indah dalam sejarah hidup seorang lelaki kerana tanpa sebarang ikatan dan menikmati kebebasan sepenuhnya.

Namun, bukan semua yang inginkan kebebasan dalam hidup apatah lagi apabila mula memikirkan untuk menamatkan zaman bujang.

Ada lelaki berasakan sudah sampai masanya meninggalkan zaman berfoya-foya itu demi perubahan hidup yang lebih baik.

Bukan itu saja alasannya, bahkan kebanyakan memilih jalan menamatkan zaman bujang atas faktor tertentu sama ada sudah puas membujang atau sebaliknya.

Cuba kita selidiki mengapa lelaki mula memikirkan untuk berkahwin. Apakah kerana dia benar-benar bersedia, sudah puas ‘mencipta dosa’ atau sudah sampai seru untuk berumah tangga?

# Pelengkap hidup. Lelaki berasakan setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna.

Mempunyai pekerjaan yang tetap, kedudukan kewangan mencukupi dan memiliki pasangan serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

# Hidup lebih terurus. Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

# Kewangan yang mantap. Dia sudah mempunyai sumber kewangan tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.

# Bosan hidup membujang. Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah penyelesaian terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar daripada situasi kebosanan.

Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan, lama-kelamaan dia rasa hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

# Terlalu mencintai. Saat rasai cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin kuat untuk memiliki kekasih paling disayanginya.

Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang perlu ditempuhi adalah bernikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak berpenghuni.

# Sudah bersedia. Dari segi mental dan fizikalnya, dia rasa sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

# Ingin memiliki keturunan. Seperti wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.

# Cepatkan hubungan intim. Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian.

Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.

# Secocok. Saling melengkapi, mempunyai minat dan hobi sama, tahu sikap masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan antara anda berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain anda, kekasih sejati.

# Desakan orang tua. Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin.

Ini antara lain kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.

# Desakan kekasih. Lelaki akan berasa tercabar jika mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.

Tetapi ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati tanpa ada sebarang alasan. Faktor Lelaki Menamatkan Zaman Bujang

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kahwin sunah nabi, kpda yang bercinta lekas2lah kahwin..

Tanpa Nama berkata...

Aku berserah kepada Tuhan..pasti akan terlaksana impianku sama seperti orang lain..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.