5 idea hadiah pikat gadis

Share on Tumblr Pelakon dan pengacara, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira kongsi tip hadiah 'cair' hati gadis.

1. Jika sempena hari istimewa seperti hari ulang tahun kelahiran, kad ucapan boleh menjadi hadiah paling bermakna. Bukan kad ucapan biasa, tapi ditulis sendiri dengan ucapan bermakna dari hati si pemberi.

2. Terlalu ramai wanita sekarang mampu memiliki kereta sendiri. Namun, ramai tidak mahir memilih aksesori bersesuaian untuk kereta kesayangan. Apa kata, hadiahkan sesuatu yang berbeza seperti aksesori kereta yang praktikal?

3. Aksesori perhiasan diri semestinya idea hadiah yang baik. Tapi anda perlu pilih aksesori yang sesuai dengan personaliti pasangan. Murah atau mahal terpulanglah kepada anda dan cita rasa si dia.

4. Sesuai bagi wanita berkerjaya, sesekali selepas penat pulang dari tempat kerja, alangkah seronoknya kalau ada orang yang sudi membelanja sesi rawatan dan memanjakan diri di spa. Rancang baik-baik pemberian hadiah seperti ini supaya ia menjadi kejutan istimewa!

5. Pilih hari sesuai dan bawa pasangan nikmati hidangan makanan istimewa di restoran kegemaran. Pastikan pengalaman makan bersama menjadi suatu kenangan manis anda berdua.

Selamat mencuba! 5 idea hadiah pikat gadis

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

idea biasa aje..tapi berkesan...item 2 menarik n luar biasa.....

Tanpa Nama berkata...

x juga...
pempuan nie kadang2 pelik sikit..
klu dah sayang..makan meggie share sama2 pun x kisah..cuba klu dah menyampah...tngk muka pun x ingin...emmmm.........

subhan berkata...

wow...


sippppp....

Tanpa Nama berkata...

cara aku .. kenali isi hati si dia selama 2 bulan .. luahkan apa yg tersurat dihati kalo takde respon ,, chowwww ,, bunga bukan sekuntum kumbang bukan sekor.. jodoh dan pertemuan ditangan Tuhan ..

Tanpa Nama berkata...

hadiah utk laki pulak?

faris berkata...

hdiah utk lelaki xsusah untuk d cari,lelaki hanya mahukan layanan lembut,dan perhatian daripada seorang wanita...........

immdhafizz berkata...

Saya suka Teddy Bear!!
Kuala Lumpur, Malaysia
Anda Mengalami Masalah Berikut? *kekurangan idea untuk membeli hadiah tersayang? *kesukaran mencari Big Teddy Bear yang besar tapi murah? *susah membawa Big Teddy Bear ini pulang dari kedai ke rumah? sila klik utk penyelesaianya => http://www.bigteddybear2u.com/aff/?id=716645

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.