5 ayat tackle lapuk

Share on Tumblr Penyampai radio HOT fm, Kartini Kamalul Ariffin atau Tini bosan mendengar lima ayat mengurat ini:

1. Hai, boleh berkenalan?

Selalunya digunakan bila kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah hendak berkenalan. Lagipun, kita tahu mereka cuma main-main!

2. Larilah laju sikit!

Biasanya apabila kita sedang beriadah atau joging di taman, ayat inilah yang diajukan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok. Tolonglah!

3. Hai, boleh tak I minta nombor you?

Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! Lebih elok jika dia beri calling card. Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan saya fikir e-mel paling sesuai.

4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun!

Selalunya di parti atau majlis sosial. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum. Kalau hendak, datanglah sendiri.

5. Pheeeewit...pheeewit! Hai kak ngah, kak long, Zizah, Yati!

Pelik lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habis! 5 ayat tackle lapuk

14 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ye..sy sokong,mmg kbnykan cmtu la..

Tanpa Nama berkata...

biasalah nk mengorat bukan senang..sj utuk hbrkan hati..

Tanpa Nama berkata...

ye sye cokong..dak laki mmg b agitu

Tanpa Nama berkata...

tau xpe, nyampah pom ader! de ke nk siul2 ngan kite, ingat kite ni spesis haiwan ternakan ker?? ngeh3...be gentleman lah...dahlah tinggal bape kerat je kat muke bumi neh...jgn mrh dowh...wakaka

muhammad aizad berkata...

dak laki cmtu mayb coz da xde idea..wakakkakaa....

see my blog i ade cpy ayt2 nie utk proote this blog...tp ade ubah suai sikit bg jd nampak lebih ganas..

muhdaizad.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Betul ya..ingat pusak ka...
mun pusak x juak apa...
bodoh bnr..ada skolah..
p kdak x pegi skolah...

Tanpa Nama berkata...

betol..perempuan bkan syok dengar..lgi meluat ade..

Tanpa Nama berkata...

TAU XPER...
MMG DA LAPOK...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jumpa calon kaki wayang, carilah di panggung wayang

kalau nak jumpa calon kaki joging, carilah di taman taman

tapi, kalau nak jumpa calon kaki masjid, carilah di program - program agama.... insya allah ketemu.

Tanpa Nama berkata...

lapOk dA 2...
hehehe...

Tanpa Nama berkata...

cuba lah y ok skit..;

Tanpa Nama berkata...

Sngt tepat sekali! Nk tackle tu buat la cari lain yg ni semue dah tk mmg lapuk benar..

Tanpa Nama berkata...

Eh..dah mmg lapuk

r ssdg berkata...

Perempuan skrg tk mcm
Tu jnji kaya dia knfof
Sukak lh tu....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.