Kenapa Perempuan Masih Lagi Membujang

Share on Tumblr Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti.

Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda.

Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan bersama kami semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat.

Sumber: KPMU.net Kenapa Perempuan Masih Lagi Membujang

6 Komen:

3w1nk berkata...

sebenarnya laki2 itu kebanyakan klo yg ingin serius, melihat perempuan itu bukan dari parasnya..
melihat paras itu berarti nafsu, bukan cinta yg sebenarnya...

qistina berkata...

ya betol.. aku sokong sgt 2... krn nafsu j...

Tanpa Nama berkata...

hmmm btul la, sume yg dlm dtulis nye tu btul, sbb tu la sy msih single lg huhuhu sedey

Tanpa Nama berkata...

aras rupa mmg penting
TAPI
cukup ke untuk hidup
tua nanti berkedut gak;p

sebenarnya bukan tak nak kapel
tapi lelaki yang tak pernah serius
main main jek
huhu

Tanpa Nama berkata...

betul ,,,lelaki kdang2 x serius d dalm percintaan ..

Tanpa Nama berkata...

mmg pn llaki hnye nk mpermainkn je..
ble msg atau col asyik nk cite sex jer...
bosan llaki xde yg jujur dn setia pd psangan..
smua curang dn playboy...
tp ada gak pmpuan yg dh tau suami org pn nk kcau g...
smua xleh pcya..2 yg aku pn single smpai skrg...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.