Adakah Anda Cukup Syarat Untuk Bebas?

Share on Tumblr
Andai kata anda terlalu inginkan kebebasan, ingin mengikut kata hati. Menolak aturan dan arahan dari Allah dan Rasullulah SAW. Cuba nilai diri anda........

1. Jika anda hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah sesekali memakan rezeki kurniaan-Nya.

2. Apabila hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah menginap di mana-mana pun di atas dunia ini, kerana dunia ini ciptaan Allah untuk hamba-hamba-Nya.

3. Jika anda masih berdegil, mahu juga menderhaka kepadaNya, sedangkan anda memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi hamparan Nya, maka carilah tempat yang kiranya Allah tidak dapat melihat perbuatan mu.......Lakukan lah perkara yang ditegah oleh-Nya. Jika engkau ketemui daerahnya, lalu perlakukanlah sesuka hatimu, langgarilah perintah Allah dan lakukan maksiat semahumu.

4. Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepadanya, 'Berikanlah saya tempoh untuk bertaubat nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah.

5. Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Kiamat hendak membawa mu masuk ke dalam neraka maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya.

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita...insya-Allah


~ Petikan dari blog internet. Pengarang tidak diketahui. Adakah Anda Cukup Syarat Untuk Bebas?

2 Komen:

mamaimode berkata...

ske la entri ini..
nk letak kt blog den bleyh??
hehe..
ingin beri nasihat kepada org len

mamaimode berkata...

ske la entri ini..
nk letak kt blog den bleyh??
hehe..
ingin beri nasihat kepada org len

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.