Lelaki kuat temberang?

Share on Tumblr Seorang rakan baru-baru ini gelabah apabila teman wanitanya menemui anting-anting terselit di celah kerusi penumpang hadapan di dalam kereta yang dipinjamkan kepada kekasihnya itu. Berpeluh Adam (bukan nama sebenar) menjelaskan kepada buah hatinya bagaimana aksesori itu boleh berada di situ.

Adam yang teringat insiden keluar makan bersama rakan sepejabat, Linda (bukan nama sebenar) - gadis manis awal 20-an, ranggi, bergaya dan 'free hair', sehari sebelum 'diserang' teman wanitanya, pantas mencari alasan logik untuk menutup tembelangnya.

“Awak jangan fikir bukan-bukan, itu anting-anting milik adik perempuan saya, Sarah (bukan identiti sebenar). Tak percaya tanya dia sendiri,” kata Adam memujuk teman wanitanya yang mungkin mula curiga dengan sikap Adam.

Lucu, sebaik memutuskan talian telefon bersama kekasihnya, Adam pantas menekan kekunci telefon bagi menghubungi Sarah. Sudah tentu adiknya itu perlu dijadikan ‘pelakon tambahan’ dalam ‘menjayakan’ satu lagi episod ‘kantoi’ dalam hidup Adam.

Insiden Adam ini seperti biasa terjadi dalam kehidupan lelaki. Apakah lelaki sebenarnya kaki temberang seperti didakwa wanita? Mengapa lelaki cenderung menipu pasangannya? Apakah mahu mengelak krisis, lelaki lebih rela menipu dan memutar belitkan fakta sedangkan kadang kala, kebenaran yang cuba disembunyikan tidak memberi kesan buruk kepada hubungan andainya tembelang lelaki pecah?

Bukan semua lelaki suka menipu. Malah perbuatan menipu tidak baik diamalkan kerana ia tidak memberi kebaikan. Sindrom ‘bohong sunat’ misalnya, jika terus diamalkan, lambat laun akan terbongkar juga helah lelaki.

Tidak dinafikan lelaki kadang kala cenderung menipu kerana tidak tahan dengan bebelan dan syak wasangka wanita, lebih-lebih lagi jika perkara yang dibangkitkan pasangan dianggap remeh oleh lelaki.

Ada lelaki menipu tanpa niat. Bagi mereka, lebih baik tipu daripada teman wanita bermasam muka, naik angin atau mula bertengkar. Namun, dalam situasi seperti ini, bukanlah lebih baik lelaki menceritakan perkara sebenar? Jika pasangan saling mengenali diri masing-masing, sudah tentu segala prasangka atau andaian buruk dapat ditepis.

Mengulas isu lelaki dan kecenderungan menipu, pakar motivasi Dr H M Tuah Iskandar berkata, tabiat menipu sebenarnya bukan isu gender tetapi ‘masalah hati’ yang dialami semua manusia.

Sehubungan itu, tidak wajar jika ada pihak melabelkan sikap buruk ini sebagai sifat sesuatu gender. Contohnya, melabel golongan lelaki sebagai golongan yang suka menipu.

“Ramai juga wanita yang suka menipu. Saya sering menerima kes di mana lelaki mengadu bahawa mereka ditipu wanita. Cuma, kerana sifat ego yang dimiliki lelaki, tidak ramai yang mahu mendedahkan mereka sebenarnya pernah ditipu wanita.

“Sebab itulah kita lebih kerap mendengar kes lelaki menipu berbanding kes wanita sedangkan kecenderungan untuk menipu ini hampir sama antara lelaki mahupun perempuan,” katanya ketika dihubungi XY - Ikon Lelaki.

Kata Dr H M Tuah, ada beberapa faktor mendorong lelaki menipu. Dalam soal perhubungan misalnya, ada lelaki bangga apabila berjaya menjalin hubungan dengan ramai wanita.

“Mereka akan merasakan diri mereka ‘jaguh’ bila mampu berbuat sedemikian. Namun, untuk melindungi perbuatannya serta takut dipersalahkan, mereka selalunya akan menabur janji dan juga menipu wanita yang menjalinkan hubungan dengan mereka,” ujarnya.

Dr H M Tuah menambah, menipu juga boleh dianggap sebagai ‘bakat semula jadi’ kerana ia memerlukan daya kreativiti.

“Sesetengah orang yang suka menipu memiliki bakat ini. Ia bergantung kepada langkah pertama mereka untuk menipu. Jika penipuan mereka itu menjadi, mereka akan berasa seronok dan menganggap diri hebat dalam soal ini.

“Dari situ, mereka akan mengulangi perbuatan negatif ini sama ada pada waktu yang berkepentingan ataupun suka-suka. Tidak kurang juga yang seronok dan ketagih untuk menipu. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya.

“Saya tidak setuju jika segelintir mengatakan mereka menipu demi untuk menyelamatkan keadaan atau tidak mahu sesebuah konflik berpanjangan. Perbuatan menipu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan membuatkan ia semakin teruk bila penipuan itu terbongkar,” katanya.

Dr H M Tuah berpesan, baik lelaki atau wanita, kedua-dua gender ini harus menjauhi amalan menipu kerana ia hanya mengundang sengsara.

Tepuk dada tanyalah selera...

Alasan tipu lapuk bagi lelaki...

# On the way - sedangkan baru menekan butang lif untuk turun dari pejabat.

# Kredit telefon bimbit habis - sedangkan tiada masa menghubungi kekasih.

# Jalan sesak - sedangkan kamu memang lewat.

# Over time - sebenarnya rakan-rakan mengajak menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak.

# Mesyuarat - alasan mudah tidak menjawab telefon.

Oleh Shamshul Azree Samshir Lelaki kuat temberang?

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bgi aku...lelaki x seharusnya menipu smpai cam 2...kalo dia explain elok2..mesti gurl dia bleh terima...lain la kalo dia sendiri yg ada awekz lain...XD

Tanpa Nama berkata...

mslahnya,slalunya gurl tu xleh trma.mcm2 lg tuduhan kalo gtau yg benar.padahal,bkan ada apa2 pon.:)

Anonymous berkata...

mslahnya,slalunya gurl tu xleh trma.mcm2 lg tuduhan kalo gtau yg benar.padahal,bkan ada apa2 pon.:)

Tanpa Nama berkata...

lelaki mmg suka menipu, ada je alasan dia padahal sibuk dgn kawan,angap kita x penting dalam hidup dia. perempuan x suka di TIPU,berkata jujur x salah kan, ia tidaklah mengesyak apa2 di kemudian hari... FAHAM WAHAI LELAKI!!! dan perempuan pun sama juga perlu bersikap adil dengan setiap pasangan. dan setiap perkenalan hendaklah jujur dan ikhlas itu yg penting.

Tanpa Nama berkata...

lelaki yg kuat menipu ni jgn jadikan suami. dia akan gunakan penipuan utk perdaya pempuan.. nanti duit pempuan habis dikikisnye. lepastu kalai xbagi mulalah nak ugut and boleh jd punca kea pukul.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.