Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan

Share on Tumblr Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan
ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan.
Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!


# Thanks Sofia atas kesudian meng'forward' artikel ini. :) Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan

16 Komen:

Tanpa Nama berkata...

biasa la 2, time bercinta semuanya indah????makan kena sopan le, pijak semut pun x mati....kalau makan x yah nak control,, makan je sepuas nya, janji perut kenyang.....

Tanpa Nama berkata...

macam tak betul jek...ada mamat tu makan dgn teratur tapi croc_ker abis.....mana setia nyer....

balqis berkata...

kita kenalah beradab dan brsopan santun di meja makan, lpar sft ke sdp sgt ke.. pelan2 ya

balqis berkata...

jgn duk pura2 baik di meja makan..tjkkan sape anda yg sebenarnya

Tanpa Nama berkata...

nie konpius nie..

Tanpa Nama berkata...

kpd semua ramalan rahsia ini adalh sbgai panduan bkn betul pown,,,sstgah pkara mmg bnar,dan adkalanya tidak...terpulang pd diri masing2 untuk terima...jgn terlalu pcaya ..pcaya pada diri dan teman hidup anda sendiri..itu saja..thax kpd penulis blog ni,,,

Tanpa Nama berkata...

Btul tu..jdikanla ramalan rahsia niew sekadar bacaan hiburan..Andai benar,anggapla ia satu kbetulan & andai salah pown,anda tahu bndew ni bukan btul pown kan..Sy stuju ngan kata2 teman diatas,percya pada diri sendiri and nilai la teman anda itu menerusi hati anda sendiri..Akal mgkin dapat mgaburi mata kita tapi tidak hati..Hati sentiasa jujur pada tuannya,melainkan anda insan yg keliru..=p

devilboysafe berkata...

http://koleksicinta.blogspot.com/2008/09/rahsia-cinta-si-dia-di-sebalik-cara.html

KyRaYakuZa berkata...

HAhah...
Besnya...
ihihih...
ada btl gak kan...

~UmmiZal~ berkata...

Bagi pengamatan Ummi~
Abi~ yang last tu...makan sambil merungut...
dan itu MEMANG DIER!!wuhuhuuu...
tapi sifat dia tu yg buat Ummi~ suka kat dia...
~xper..sbb Ummi~ suka kat dia sbb 4 prkr..
Agama,Keluarga,Harta,dan Rupa~
Ummi~ lak serius bila makan...
sesuai ker???

Tanpa Nama berkata...

Hurm,,,leh tak cri dgn sye..
cri2 lelaki jatuh cinte kat perempaun??nk tahu la..

manjasepi berkata...

biasa lah kan cinta itu indah dan tak ada apa pun yang dapat menhalang seseorang itu dari terus untuk menyintai sidia biar pun dimata teman sidia tak sesuai dengan kita kan,tu lah dinama kan CINTA ITU BUTA kan...

tini berkata...

ley cAya kEw ny...

tini berkata...

ley cAya kEw ny...

Tanpa Nama berkata...

yg penting jgn lper bcer bismillah

Tanpa Nama berkata...

saya tak hipokrit pabila berhadapan dgn sesiapa.saya tak terlalu gelojoh atau menikmati makanan.tapi saya makan dengan tatatertib sederhana dan sedikit berselera.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.