Kisah Cintaku Yang Tidak Kesampaian

Share on Tumblr FUZZRYANA ... cukup indah dan bermakna nama itu bagiku.. disebalik nama itu terdapat banyak kisah tersirat dan tersurat yang tercatat dalam kisah hidupku..

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri , saya Riana, saya ingin berkongsi kisah cinta saya yang saya sulam hampir 3 tahun..

Ingat lagi kisah ketika aku baru ingin menemui cinta.. masihku ingat pada tahun 2004 kejadian itu, bermulanya kisah cinta aku dengan zul ...aku sengaja membuat "miss called" pada kawan sekolah lama ku.. . . akibat kenakalan aku menganggu kawan aku ketika itu, zul mula bertaruh dengan kawan aku yang dikenali sebagai alif.. mereka adalah rakan satu kolej semasa zul masih menuntut di sebuah kolej di Ibu negara. alif mencabarnya supaya zul memikat aku yang masih "single".. zul pun turutkan cabaran itu.. tidak ku sangka dari pertengahan tahun aku dan zul mula berkenalan dengan hanya melalui sms dan akhirnya aku dan dia mesra hampir 6 bulan perkenalan dalam sms... dan akhirnya kitorang mula membuat keputusan untuk berjumpa.

Pertemuan pertama kami telah membibitkan rasa cinta dalam hati aku dan juga dia.. kiranya aku jatuh cinta pandang pertama padanya.. tetapi aku mengambil sikap berhati- hati agar aku tidak kecewa di kemudian hari.. aku tidak terlalu menanamkan perasaan percaya 100 peratus pada cintanya..

Tapi pada akhir tahun 2005 aku tewas dalam cintanya dan kejujurannya.. aku mula menaruh sepenuh kepercayaan aku padanya.. sikapnya yang terlalu mengambil berat dan ikhlas dalam percintaan ini.. aku bahagia bersamanya.. dia telah menunjukkan keikhlasan dia mencintai aku dengan datang berjumpa orang tuaku semasa aku tiada di rumah..

Sepanjang percintaan aku dan dia, aku masih belajar di Kelantan, dan dia di KL.. tetapi jarak yang jauh tidak dapat memisahkan cinta antara kami berdua. Aku sentiasa mencabarnya untuk membuktikan sedalam dan seikhlas cintanya padaku.. Dan akhirnya dia buktikan dengan berjumpa orang tuaku .. Dan dia telah memperkenalkan aku pada keluarganya biarpun keluarganya jauh di Sarawak.. tetapi ia tidak membataskan hubungan antara aku dan mak dia.. aku dan keluarganya berhubung melalui telefon sahaja.. Biarpun aku tidak pernah berjumpa ahli keluarganya seperti mana dia berjumpa ahli keluargaku, tetapi aku dapat rasakan kasih sayang yang berlimpah ruah keluarganya terhadap diri ku..

Aku cukup bahagia bersama Zul.. Dan mak dia menyuruhku memanggil mak dia dengan panggilan "mak".. Aku cukup terharu diterima baik oleh keluarga ZUL... Aku terlalu gembira dengan apa yang aku kecapi selama aku bersama zul sebagai pasangan kekasih..

Zul terlalu sayangkanku.. dan aku dapat rasakan dia tidak boleh hidup tanpaku.. dan aku juga begitu.. kitorang terlalu rapat.. biarpun duduk berjauhan. tetapi telefon sentiasa tidak renggang dariku mahupun Zul sendiri.. Kami berhubung melalui sms hampir setiap saat dan masa.. kadang-kadang waktu terluang dia menghubungi aku dan juga aku ..

Pada tahun 2006, hubungan kami semakin rapat, dia kerap datang ke rumah aku.. anak-anak buah, serta keluarga menyenangi kehadiran dia sebagai ahli baru keluarga ku.. anak-anak buah ku terbiasa memanggil Zul dengan panggilan "Pak cu" kerana aku adalah anak paling bongsu dalam keluarga ku.. Betapa utuhnya ikatan antara aku dengan Zul.. dan dalam tempoh percintaan ini, kami telah berbincang untuk membina masjid setelah aku dan dia tamat belajar... khabar berita itu disambut baik oleh keluarga ku malah keluarganya jugak...

Zul berjanji akan bahagiakan aku seumur hidupnya, die berjanji tidak akan tinggalkan aku sendirian di KL .. dan akan hidup bersamaku di Kl serta dia berjanji tidak akan sesekali pulang ke sarawak.. dia hanya mementingkan aku dari keluarganya sendiri.. aku cukup tersentuh dengan janji-janjinya itu.. aku tekad akan bersamanya sampai akhir hayatku.. aku nekad setia padanya seorang biarpun kadang-kadang aku berasa terlalu sunyi ketika aku berada berjauhan darinya.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mencintainya sepenuh hatiku..

Akhir tahun 2006 , dia mendapat tawaran sambung pengajian di Kolej perubatan di Kuching.. Dan keluarganya menyuruh dia pulang untuk masa depannya... aku dengan berat hati melepaskannya pergi demi masa depan dia dan juga aku.. aku takut akan kehilangannya .. aku di semenanjung, dia di sarawak.. beribu batu jauhnya kami waktu itu.. Tetapi aku yakin akan janjinya bahawa cinta kami akan tetap utuh dan dia berjanji akan memperisterikan aku suatu hari nanti.. aku dengan sabarnya menunggu aku tamat belajar dan kumpul duit supaya aku dan dia akan cepat bersatu suatu hari nanti..

Pertengahan tahun 2007 . keluarganya mengajak aku datang ke sarawak.. aku dengan rasa gembira tidak terkata kerana bakal mertua ku ingin berjumpa dengan ku.. cuti semester aku dihabiskan bersama zul dan keluarganya... aku rasakan penerimaan aku dalam keluarganya amat baik.. aku gembira dengan kehidupanku sekarang.. dan harap semuanya tidak berakhir.. mak zul telah menetapkan bahawa tahun 2008 kami akan ditunangkan.. insyallah..

Ku sangkakan panas smpai ke petang, tetapi rupanya hujan di tengahari...
ku sangkakan kebahagiaan aku dan zul akan selamanya berkekalan , tetapi apakan daya ku untuk mengubah takdir yang ditentukanNYA..

Telah hampir setahun zul di sarawak dan tempoh itulah aku tidak berjumpa dengannya.. aku menjadi tidak keruan apabila zul telah berubah, dari segi perangainya dan layanan dia terhadapku.. Tiada lagi kata romantis , tiada lagi ucapan sayang, kalau ada pun ianya tidak ikhlas seperti dahulu, dia sentiasa baran hati, sentiasa marah-marah setiap kali aku memberi sms, dan ada juga dia menengking ku ketika aku menghubunginya, tiada lagi kata maaf darinya, tidak seperti dahulu , dia seorang pemaaf dan berlembut hati.. tetapi sekarang semuanya telah berubah sekelip mata.. Dia mula tanamkan perasaan benci terhadapku.. Ya Allah, apakah dosa ku padanya.. aku tidak tahu dimana silapku? dan dia tidak pernah memberi penjelasan kenapa dia bersikap dingin terhadapku..

Tiada angin tiada ribut, dia telah berubah secara mendadak, akhir tahun 2007 zul meminta hubungan kami diputuskan serta merta.. tanpa berjumpa dan tiada kata sepakat mahupun perbincangan dia memutuskan hubungan kami hanya dalam telefon, ketika itu aku berada di kelantan dan dia di sarawak.. atas alasan dia mahu menumpukan perhatian pada masa depannya.. dan dia merasakan percintaan akan merosakkan masa depannya.. dan dia tidak perlukan aku lagi.. bagi dia perempuan macam aku akan merumitkan masa depannya..aku tidak tahu apa silapnya.. sedih hati ini tidak terkata bila dia berkata demikian... hancur segala harapanku bersamanya.. cinta dan hatiku musnah kerana percayakan dia akan membahagiakan aku.. dia tidak seperti dulu. dia lupa akan janjinya padaku dulu.. aku mahu saja pergi ke sarawak dan meminta penjelasan darinya.. tetapi die melarang keras untuk aku berjumpa dengannya.. aku terlalu buntu.. aku tidak mampu hidup tanpanya.. kenapa dia perlakukan aku sedemikian setelah dia mempertemukan aku dengan keluarganya?? apa akan ku jawab kepada keluarga ku nanti tentang hubungan aku yang terputus di tengah jalan ini?? aku rasa tidak logik alasan dia untuk memutuskan hubungan kami.. sedangkan dulu dia mengatakan yang aku adalah masa depannya dan dia tidak dapat hidup tanpaku.. tetapi sekarang kenapa dia tinggalkan aku setelah segala jiwa raga ku hanya untuk dia..

Aku mengambil tindakan bodoh dengan menelan pil tido seberapa banyaknya, aku cuba kelar tangan sendiri, kawan-kawanku menghalang aku dari aku berbuat tindakan bodoh seperti itu, nasib ku baik kerana sedar akan tindakan bodoh itu dan aku hanya mampu menangis..aku tidak mampu untuk hidup tanpanya.. mampukah aku hidup tanpanya.. aku xtidak berselera hampir sebulan, tidak makan dan minum, hanya menangis menatap kekecewaan yang melanda dalam hati.. aku merayu pada zul supaya dia terima aku kembali kerana aku tidak dapat hidup tanpanya, tapi dia buat tidak tahu sahaja.. dia memberi amaran padaku supaya menjauhkan diri dari dia dan keluarganya.. Ya Allah terlalu berat dugaanMu ini.. aku tidak tahu di mana silapnya.. aku masih tidak tahu apa kesalahan aku terhadpanya.. aku menghubungi mak zul untuk meminta penjelasan, tetapi mak zul langsung tidak memberi kerjasama, hanya memberi jawapan tiada jodoh.. aku kecewa dengan sikap mak zul yang selama ini mengatakan dia sayang dekat aku macam anak kandungnya.. tetapi bila ini terjadi, mak zul langsung tidak mengendahkan masalah aku..

Kini cukup setahun(2008) aku dan zul berpisah. aku dan dia terus " lost contact" setelah dia menukar semua nombor telefon ahli keluarganya..aku tidak tahu bagaimana harus aku menghubunginya,.. aku masih sayangkannya.. aku masih tidak dapat lupakannya.. tetapi dia terus lupakan aku seperti dia langsung tidak mengenali aku .. padahal aku dan dia terlalu rapat dan keluargaku merestui hubungan kami...adakah dia masih ingat padaku atau dia langsung tidak ingat pada Riana .. serius aku katakan aku msih tidak dapat lupakannya walau pun sesaat.. aku tidak terasa dengan perbuatan dia meninggalkan aku,, aku berharap dia kan kembali padaku.. Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan..


Zul , masihkah abang ingat dengan FUZZRYANA?? nama gabungan kita berdua dan nama bakal anak kita.. adakah abang lupakan ayang terus wahai zulfadlie b.janie?? ayang harap abang akan sedar dan kembali ke pangkuan ayang.. ayang tahu ada sebab di sebaliknya perpisahan kita.. ayang tahu abang terlalu mencintai ayang... ayang mahukan penjelasan dari abang......


Hasil Nukilan
rieyanna Kisah Cintaku Yang Tidak Kesampaian

41 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sedihnye bile baca...bykkan berdoa n bersabar

Tanpa Nama berkata...

emmm..

nih maybe ada sebab yg dia pun tak sanggup bagitahu kan..

semoga kebenarannya terlihat jua..

amin

arni berkata...

setiap kejadian ada hikmahnya...
bykkn bersabar...
sy juga dapat merasai perasaan saudari itu...

asnur... berkata...

Jgn bersedih kerana lelaki, malang sungguh dia kerana tidak menghargai awak. teruskan hidup n carilah lelaki yg menghargai n mencintai awak setulus hati. Saya memahami perasaan awak kerana saya pun pernah menghadapinye tp alhamdullillah, rupanye ada lelaki lain yg lebih menyayangi saya, mungkin awak pun begitu juga. Jgn kalah pada perasaan n pada keadaan, tunjukkan awak kuat.

Tanpa Nama berkata...

sy harap awk tabah mghadapinya... saya pernah melalui pengalamam mcm ni, sakit nya hati xdpt digmbrkan. lelaki yg sy syg mendiamkan diri dan membuatkn sy mcm org bodoh. tp sy th walau keluar air mata darah sekalipun hati lelaki tetap mcm batu..

Tanpa Nama berkata...

Rieyanna,harap bykkan bersabar..sesungguhnya dugaan yg berbentuk sebegini memerlukan kekuatan dalaman yg btul2 kuat..dan hanya org yg pernah merasai perkara yg sama yg btul2 boleh menyelami dan merasai penderitaan yg awak hadapi..mmg susah utk melupakan,apatah lg berpura2 as nothing happened..it's all bcoz of love,rite..but u have to...utk kebaikan awak sndiri..jika dia sndiri dh putuskan hubungan dgn awak,apalagi yg bleh awak buat..dont show that u are weak..alangkah bgus jika awk bleh tahu apa sbb tindakan kejam dia tggalkan awak just like that..mmg btul teramat2 seksa utk melupakan,but asalkan ada usaha it's all takes time..better slowly than never try..and pls believe in faith and destiny..if he is meant 2 u,then he will be with u in the end..

Tanpa Nama berkata...

Rieyanna..
i tau perasaan u skrg. Mana mungkin kite boleh lupekan org yg kite syg & hampir 3 tahun pulak u jalinkan hubungan dgn ex-bf. Kalau dia ada berperikemausiaan dia takkan buat u mcm tu. Nampak sgt dia tidak bertanggungjawab langsung terhadap hubungan u ngan dia. Mungkin ada himah di sebalik kekusutan yg u alami. Cuma lambat atau cepat je u tak tau. I harap u byk2 bersabar atas apa yg berlaku. Insyallah u akan dipertemukan dgn lelaki lagi baik dari dia.
Aminnnnnn...

dr.love.cheras berkata...

biar berpisah sekarang dari berpisah bercerai berai kemudian. jgn masa tengah sarat mgandung atau masa anak dah berderek. 3 thn atau 30 thn kalau hati tak iklas tetap berlaku perpisahan.mungkin ada yang curang tapi ada hikmah disebalik prpisahan.

Tanpa Nama berkata...

cis

Tanpa Nama berkata...

sESUNGGUHNYA ITULAH YANG DIKATAKAN TIADA JODOH..TIADA KEIZINAN DARI YG MAHA KUASA. APA YG BERLAKU HANYA SATU UJIAN UTK MEMATANGKAN DIRI , SETIAP KEJADIAN PASTI ADA HIKMAH, DIA BUKAN LAH JODOH TERBAIK BUAT ANDA SEKURANGNYA BUAT MASA INI ATAU MUNGKIN ALLAH TELAH SEDIAKN INSAN YG JAUH LEBIH SESUAI DGN ADIK. KESIMPULANNYA BKN SEMUA YG BURUK BERLAKU KEPADA KITA ITU MEROSAKKAN ADA HIKMAH SEBALIK KEJADIAN OLEH ITU JGNLAH MUDAH MERASA KECEWA. SENTIASA POSITIF MINDA. DEKTKAN DIRI PADA ALLAH YG ESA

anie.... berkata...

kisah ini hampir sama ngan kisah cinta saya.. mmg sedih sgt di tinggalkan kekasih apatah lagi apabila sang kekasih telah berjanji utk hidup bersama dalam susah atau senang..
tpi alhamdulilah saya dapat melupakan dia walaupun hakikatnya saya sgt sayang padanya....
kepada rieyyana,, byk2 bersabar tenangkan hati.. mungkin ada hikmahnya kita di buat sebegini rupa.....

Tanpa Nama berkata...

sabar yaaaaa

hajitompok berkata...

sedih gak cita ni...sabar ye...sebenarnya ada beberapa teknik untuk kurangkan rasa sedih tu...klau ada masa skype saya...id..hajitompok.

Tanpa Nama berkata...

erm...
sedih...
awk kne sbr...tu je blh buat awk kuat...
sbb sy pn mngalami pengalaman yg sm..
dgn org sarawak juga...n namanya zul juga...
lm juga tuk sy recover...
skrg sy gembira dgn hidup saye...
ade hikmah disebalik kejadian yg menimpa awk...

Tanpa Nama berkata...

sy pun cdih gak bace cite nie.... besela lelaki, klu ad masalah pyah nak dibwak b'bincang. dieorang salah diam jer, klu kita salah, kecoh! sy dulu ad masalah gak ngan ex saya. dieorang nie jenis xpham hati p'saan org perempuan... dah lame2 nti ok la 2... just bersabar jer. ingat tuhan banyak2...

Tanpa Nama berkata...

sedih bila sy baca citer ni..emm sbb sy pn penah ada pengalaman mcm tu..bila difikir2 balik..mgkin ada hikmah semua ini berlaku...mula2 tu memangla sedih..asyik menangis je..tp kita mesti tabah menghadapi semua ni...ingat Allah banyak2...mungkin ada lelaki yang lebih baik sedang menunggu awak..amin

Tanpa Nama berkata...

uish,,,
tak ptot btol la die,,,
kejam o0o,,,

yana berkata...

ala..sdey yer...mber sye bce sblh nie smpai kuaq air mte..d arpkn anda bsabaq eq...kumbang bkn seekor...

Tanpa Nama berkata...

Banayk bersabar dan berdoa...
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu... Oleh itu, Sentiasalah Bersangka baik Pasa ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH itu Mendahului KemurkaanNya......

Tanpa Nama berkata...

bwa bersabar k.ksdsng2 lelaki x memahami yg kita betul2 syg kat dia tp diawat endah x endah jer

Tanpa Nama berkata...

biasa la lelaki mcm tu lah..sy pn penah de pengalamn mcm tu jgak snggup dtg umah jmpe parent tp last2 dia yg putuskan hubungan nih sedih sgt2....

B3rrY berkata...

arghhhhh... ceritanya sama, setelah bahagia mengapa derita jua akhirnya...
sme mcm kisah ku...
arghhh lelaki begitu pandai memainkan sandiwara.

manggis berkata...

sabar yer.......anggaplah mencintai seseorang tak semestinya kita memilikinya,sebaliknya melihat dia bhagia,insyaAllah kita juga akn mengecapi kebahagiaan,malah mungkin lbih bahagia lg.....as-sobru minal iman....

Tanpa Nama berkata...

mmg sakit ble kite ditinggalkn tnpe sbb tp lbh skt kalo kita taw yg kite ditinggalkn kerana pompuan len..dabarlah..jgn merayu pd yg xsudi..kalo org da benci..buat apa lah nk terhegeh-hegeh kn...percaya la..suatu hari nnti awk akn ditemukan dgn lelaki yg baek..Percayalah..Tuhan xkan uji kite kalo kite xmmpu utk melaluinye..semoga awk temui cinta sejati..Amin..

Tanpa Nama berkata...

ermmm...
bkn kamu sorg yg prnah putus cinta..aku dah berhadapan dgn mcm2 org yg putus cinta..yg lg terok pon ade..tp aku ckup mnyampah dgn org yg suke amik jln mudah..menyeksa diri sendiri..kamu ingat die tahu kamu tersiksa mcm tu..??tlg laa..blaja tggi2,gune otak k..

Tanpa Nama berkata...

erm.. sedey nyer... hope u sbr jek.. lki2 mmg cm 2.. sma cam kisah cinta sy gak.. lps byk jnji dan hrpn ya die tabur.. sng2 jer nk ptus ngn kte.. hope awk brtemu dgn some1 yg lbih baik dr die....

Tanpa Nama berkata...

"Kadang2 ALLAH hilangkan sekejap matahari,kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari matahari. Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yg indah ..." .

ryna-lurve- berkata...

betul tu semu....
yana penah hlg org yyg yana syg. tp sekrng takdir dah menemukan kami kembali. hati kembali bersatu. lebih kuat dr dulu. alhamdulillah. allah maha kuasa..

Tanpa Nama berkata...

sabar lah...andai itu takdirNya terima la dengan hati terbuka...setiap yang berlaku pasti ada hkmah yg tersembunyi...

iera berkata...

hati yang ikhlas dan doa yg berpanjangan pasti akan membuahkan hasil..yakin paada ketentuan ILAHI..HANYA DIA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA...AMIN.

KiR@n@ berkata...

hidup mmg cm2..
bukan senang nk dapat orang y tol2 syg kita
aku da byk kali ptus cinta
tapi,aku tetap akan trus mennti

Tanpa Nama berkata...

sabarlah rina ada hikmah di sebalik yang terjadi,,,,kisah kita sama ....sama di tinggalkan tanpa alasan yang kukuh.memangislah sepuasnya buang kan rasa kecewa dihati bila tiba masanya rina akan dapat lupa kan segalanya .pada mulanya jiwa ini sakit walaupun tak semua nya dapat di lupakan.....jangan menanti insan yang tak berperasaan ,,,suatu hari kamu akan jumpa insan yang lebih baik kerana ......ada yang lebih baik untuk kamu dari dia.kerana menanti orang yang tinggalkan kita sangat menyakit ........walau air mata berdarah pun.....tuhan itu maha adil suatu hari nanti dia akan merasa apa yang kamu rasa .....saat itu ia akan sedar apa itu kecewa.

Tanpa Nama berkata...

saya pun melalui pengalaman yang sama....pertunangan kami lebih kurang lima tahun, kami hampir nak mendirikan rumahtangga..tapi Allah maha pengasih lagi maha penyang kepada hambanya..tanpa alasan yang relevan saya ditinggalkan....Banyakkan bersabar....

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya mukir janji adalah salah satu tanda munafik. berbohong juga salah satu tanda munfiq. sabar n banyak2 memohon kepada tuhan supaya mereka diberi petunjuk n kesedaran atas apa yang di lakukan. Nasib anda lebih baik kerna anda belum berkahwin. Lebih malang n sedih bagi yang udah berkahwin 24 tahun dan mempunyai anak telah di tipu oleh suami.

jiwa.lalat berkata...

kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum, perasaan sedih hanya akan menarik ke belakang dan yang datang akan dtg tapi diri masih terikat dgn masa lalu.masih ramai yang lebih malang drmu.hargailah kehidupan ini.tidakkah engkau menghargai nikmat yg tuhan berikan sekarang?mahukah engkau tukarkan kehidupan ini dgn cinta yang tidak kekal?cinta itu buta....semua paham

Tanpa Nama berkata...

nape ye laki slalu wat ppuan mcmni?
sy cintakan s'sorg laki.. tapi sy tau sy t'lalu m'maksa dia utk m'cintai sy.. sedangkan dia jelas2 x pny p'saan t'hdp sy..

Tanpa Nama berkata...

nothing...

mengalir air mata...
sama dgn kisah saya..
sy harap awk byk bersabar...

Tanpa Nama berkata...

sdih nye..Ya Allah...assabarulminaliman....sba ye riyanna..sye x dpt bygkn mcm mne awk skrg ni.hmm...

Tanpa Nama berkata...

sye ad kisah cinta seseorg perempuan yg di tnggal ketka perempuan hamil ank lelaki i2.

Tanpa Nama berkata...

stiap yg berlaku ada hikmahnya,,,mgkin Allah akn m'beri yg lbh baik dr yg telah pergi...diriku ini juga telah menerima nasib spt ini,,,smmg nya sedih sngt....walau pew pown,,,bnyk2 lah b'sabar krn khdpan mst ditruskn.....

Tanpa Nama berkata...

cerita ney sangat sedey.....i like this story

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.