Kemaafan hapuskan dendam

Share on Tumblr Antara kemarahan, dendam dan kemaafan. Tiga istilah itu berada pada situasi berbeza, namun ia berkait rapat antara satu sama lain.

Marah, dendam dan maaf, sudah tentu kemaafan yang lebih utama, tetapi terdayakah kita untuk melupakan sesuatu perkara yang membangkitkan kemarahan begitu saja, khu susnya perkara sensitif dan memberikan maaf kepada orang terbabit?

Dendam biasanya terhasil daripada perasaan marah, iaitu suatu perasaan membuak-buak apabila ditahan seseorang dirinya kerana tidak terdaya atau dipendam untuk me lepaskannya pada satu-satu ketika.

Perasaan marah yang ditahan dan terpendam di dalam batin hati itu kemudian bertukar menjadi perasaan lain, dipanggil dendam, yang mungkin mengakibatkan senario berpan jangan.

Dendam boleh diertikan sebagai perasaan berat hati yang bercampur perasaan benci terhadap seseorang yang ber terusan atau dalam beberapa waktu. Dendam, jika dituruti boleh mengakibatkan perkara lain yang tercela, antaranya:

- Perasaan hasad, iaitu menaruh rasa suka apabila pihak yang didendam itu ditimpa bala bencana atau kesusahan dan berduka sekiranya pihak terbabit mendapat kesenangan.

- Memutuskan perhubungan baik sekalipun pihak yang didendam tetap ingin mengekalkannya.

- Tidak bersedia untuk menerima atau memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah ke padanya.

- Berdusta ke atasnya, mengumpatnya dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya dipelihara.

- Mengejek dan memperlinya.

- Memusuhi dan menganiayainya.

Sekiranya perasaan dendam seseorang mendorong dirinya kepada tindakan seperti di atas, sudah tentu keadaan menjadi bertambah buruk dan hukumnya menjadi haram.

Tetapi lain halnya jika dendam itu tidak mendorong kepada tindakan terbabit dan perkara maksiat lain, bahkan hanya terpendam di dalam hati, tanpa diingkari hatinya, sehingga boleh menegah dari melakukan perkara yang disunatkan terhadap pihak yang didendam, seperti berwajah manis, bersikap lemah lembut, mengambil berat, menyampai hajat, bekerjasama dalam kerja bermanfaat.

Begitupun, semua ini boleh mengurangkan nilai dan darjat seseorang dalam beragama, menghalang daripada mendapat kurniaan pahala yang melimpah dari Allah, walaupun tidak mendedahkan diri kepada azab.

Justeru, langkah yang paling selamat ialah mengekalkan keadaan sebelum berlaku dendam. Malah, jika terdaya tam bahkan lagi kebaikan sebagai jihad nafsu kita dan menolak pujuk rayu syaitan.

Sementara itu, orang yang didendam atau pihak kena dendam pula, dia mungkin mengambil tindakan tertentu terhadap pihak yang berdendam, iaitu: 1. Mengambil tindakan yang setimpal dan yang dirasakan berhak diterima dari perbuatannya dengan tidak terlebih atau kurang. Tindakan seperti ini dipanggil keadilan atau mencari keadilan.

2. Berlaku ihsan kepada pihak yang berdendam, seperti memberikan kemaafan. Ini disebut kemuliaan. Orang seperti ini sungguh mulia hati budinya.

3. Menzalimi dan menganiayai orang yang berdendam dengannya dengan sesuatu yang sememangnya tidak berhak menerimanya. Ini disebut penganiayaan.

Pihak yang memilih tindakan yang ketiga adalah tergolong manusia yang berakhlak rendah, tindakan kedua termasuk golongan soleh dan pertama adalah pilihan golongan si ddiqin.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil ter hadap mereka yang menyebabkan kita marah (atas ke benaran), iaitu yang disebut 'al-adl' namun Islam lebih cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan kemaafan. Inilah yang disebut 'al-ihsan' iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Mungkin ada pihak bertanya, mengapa pula tidak di galakkan untuk melakukan sesuatu tindakan terhadap orang yang berdendam, selagi tindakan itu adil dan saksama?

Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan sesuatu tin dakan tanpa melebihi dan mengurangi, dengan tindakan yang dilakukan ke atas seseorang. Malah, selalunya tindak balas melebihi dari batas yang saksama dan ini menunjukkan ada kesulitan.

Justeru, sebagai langkah selamat dan menjamin kebaikan di antara pihak yang berdendam dan kena dendam ialah memberikan maaf.

Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya dengan menahan marah masih belum dapat mengikis pe rasaan dendam di dalam hati.

Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam. Kemaafan hapuskan dendam

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bkn mudah untuk memaafkan seseorg...
lbh2 lg dia tlh menyakiti hati kita..
dia pun patut rasa apa yg kita rasa..
bru adilkan???
betapa pdihnya lukaku yg diberikannya...
huhuhu

Tanpa Nama berkata...

beri keampunan atau jatuhkan hukuman ku pilih kemaafan...^_^

Tanpa Nama berkata...

memaafkan????susahnyer....dyer dah melampau...smpai sy aser jijik nak tgk muka dyer yg sgt bermuka2.....so sy decide.....bt derk n MAMPUIH PI KAT HANG R HANANI IDERUS...DAX PENANG

Tanpa Nama berkata...

ya,allah..ak,,mnyslnyeee xdpt nk mfkn dri ak mlt ak mmg jhat sgt2
...norazlin sy mtk mf sgt2 klo awk dh trdgq prbualan antra sy gn ...tp kmi xde mksd ap2 pn ...mtk mf sgt2

Tanpa Nama berkata...

MEMAAFKAN TETAPI TIDAK DAPAT MELUPAKAN. KEMAAFAN MENJADI SUKAR APABILA BERDEPAN DENGAN INDIVIDU YANG TERLALU DISAYANGI DAN DILETAKKAN SEPENUH KEPERCAYAAN SANGGUP MENIPU SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. AKHIR SEKALI BERDIAM DIRI TANPA SEBARANG KATA-KATA LEBIH MENENANGKAN HATI..SESUNGGUHNYA ISLAM JUGA MENYARANKAN AGAR BERDIAM DIRI DARIPADA MENGELUARKAN KATA-KATA YANG AKAN MENGGURIS HATI INSAN TERSEBUT WALAU SEBEBNARNYA DIRI SENDIRI TELAH TERGURIS DAN DILUKAI..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.