Punca Si Dia Merajuk

Share on Tumblr Bagaiman agaknya jika teman lelaki merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui?

Meskipun dianggap perkara kecil, ia mampu mencetus sesuatu yang tidak elok, menjadi api dendam yang menyakitkan sehingga tidak boleh dimaafkan.

Sebelum mengetahui cara memujuk, harus diketahui punca rajuk si dia. Ada beberapa sebab seseorang itu merajuk seperti dipaparkan berikut:

- Cemburu. Ini faktor utama si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya biarpun ia hanya rakan, pekerjaan atau keluarga. Hati yang tergugat itu mendorong dia berperasaan cemburu.

- Tidak dapat apa yang diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu tetapi anda tidak memberikannya biarpun hanya disebabkan sekeping piza. Keadaan itu boleh menjadi alasan besar untuk dia merajuk berterusan.

- Orang lain lebih hebat daripada dirinya. Ada kalanya dia merajuk untuk mendapatkan perhatian daripada anda atau ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.

Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza, merajuk.

- Bagaimana memujuk? Apabila tahu si dia merajuk, anda perlu bijak mencari punca dan jangan biarkan perasaan itu terus parah.

- Terangkan perkara sebenar. Lebih mudah berkata benar daripada berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku dan tanyakan punca dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda dan jangan berselindung.

Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat dan menyayangi dirinya.

- Bertolak-ansur dan bijak membuat keputusan. Memang sukar bertolak-ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah.

Jika dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, perlu bijak menggunakan cara tersendiri untuk memujuk hatinya.

- Ucapkan kata-kata manis. Ketika si dia merajuk, cuba bergurau senda dengannya dengan menggelarkan dirinya ‘comot’, ‘manja’ dan seumpamanya.

Selitkan juga ayat berbunga, indah dan menenangkan dalam perbualan.

- Nyanyikan lagu. Cara ini paling sesuai digunakan tetapi mungkin tidak ramai yang sanggup melakukannya. Tidak pun, hantarkan seni kata lagu terutama lagu yang pernah menjadi kenangan indah berdua.

Si dia mungkin tersenyum dan ia pasti menggembirakan.

- Bersyair atau berpuisi indah. Bagi yang mempunyai cita rasa seni, pujuk dengan syair atau sajak indah yang penuh dengan kata-kata puitis.

Jika mampu, lagukan puisi indah itu untuk menghilangkan perasaan merajuknya itu. Punca Si Dia Merajuk

22 Komen:

pakndak berkata...

betul ka cara nie berkesan??suma cara tue aku dah guna untuk si dia.

remy berkata...

kalau yg jenis 'batu besar kepala punya dalam ada' lagi penat nak pujuk .

Tanpa Nama berkata...

hehe..kelakar la artikel ni..untuk budak yang baru bercinta buleh la kot..nak nyanyi, selit bunga..wat a nonsense..haha..

ferry berkata...

keren jg!!!yg lain ada g????????

Tanpa Nama berkata...

entah la...merajuk tanpa sebab dan pujukan tiada sebarang layanan..apa harusku lakukan..aku buntu...

Tanpa Nama berkata...

kalau kite dah pujuk then die tetap macam 2 gak cane??lagi die marah dan maki hamun kita ade la...macam ne 2???????

rapunzel2711 berkata...

iyaaaaa...peduli dorg...xguna di pujuk...rugi air liur...

suriA berkata...

bosaN!

Tanpa Nama berkata...

truZ gmana kalo cmburunya ama masa lalu yang g seharusnya di ungkit ungkit lagi????????????

Tanpa Nama berkata...

aku xtaw la bf aku nie mrjk ke apa..skrg dia dah xcntct aku..ak selalu pegi mana2 xbgtaw dia,so dia mrh giler la kt aku,mcm2 ckp kt aku,dah xnk ambk taw sal aku lg..aku bkn xnk ckp,dia diam mmbisu xcntct aku..so aku rse mls la nk bgtaw dia..dia dpt taw drpd org len...kdg2 ak rase ati ngan dia,aku xcntct langsng ngan dia..dia mrh2..aku biakn jer...skrg nie dia dah diam mmbisu ngan aku,skrg dah xmrh klo aku snyp..aku xckp dia gi mane2..aku plak dh y tension..dia pegi mane2 dah xckp ngn ak,sedey rase..nape jd canni ek..skrg hbgn dah hambar....masing2 dah xcntct,aku xtaw aku still couple ngn dia ke x?korang rase cnne,nk menjernihkn hbgn kitaorang nie...??aku tnye dia knp jdi cn2,dia cn xserius jer,alasan dia bz..knp ek?aku buntu..

Tanpa Nama berkata...

Layang-layang terputus tali,
Jatuh ke bumi melayang laju,
Wahai kekasih aku berjanji,
Aku dicipta hanya untukmu........

Tanpa Nama berkata...

ssah la nk pjuk prmpuan mrjuk ni...

Tanpa Nama berkata...

aku rasa nak gelak bl bc cara memujuk tu sbb ade skli tu aku majuk,bf aku tak tau nak pjuk cmne then dia search kat tenet,dia jmp bnd yg sebijik mcm kat ats tu..pstu dia siap suh aku plh lg aku nak cara cmne utk dia pujuk aku.last2 aku gelak je (aku tak pilih pon) bl aku tgk kesungguhan dia. pstu bl dah lm kenal dia,br aku tahu rupenye dia pon pndi merajuk;)

cara nak pujuk lelaki ni tak sm mcm pempuan.mula2 hntr msj kat dia,trgkan hal sbnrnya,berterus trg,even psl ape yg u all tak puas ht psl dia sbb lelaki mnlah fhm 'bhsa isyarat' pempuan. pstu korang watla ayat buat2 merajuk plk he2, cth: "jgnla moody selalu.take care.slm". kunun2 kt nak stop sembangla ngn dia he2.

bg dia cool dlu dan pk betul ke tak ape yg kite ckp.then klu dia miskol atau bls sms tu,mknanya dia leh trm alsn korang atau adela bnd dia nk ckp (biasenye lps sejam dua br bls.so hrp sbr menunggu org yg korang syg sembuh dr penyakit hatinya hu2)

ps2 bl dpt sms tu,korang blsla plk ngn 'ayat2 mnja',cthnya: "i'll still luv u even when u sulking at me like dat.pjg sgt muncung tu,leh sngkut baldi kui3". mstu msti dia dh tak mrh pny:)

Tanpa Nama berkata...

aduyai cm ner nie??
mamat nieh da la ssah nk di pjuk..
aku runsing lor!!

Tanpa Nama berkata...

i love u.

Tanpa Nama berkata...

hurm...macam bf aku la..
24 jam nak merajok..aku dah naik bosan..
xpenah aku pujuk...suke aty kau lah..

hanis berkata...

bf aq jrang mrajuk... tpi aq yg slalu mrajuk.. tpi yg sdihnya aq mrajuk ada die kte aq x mtang... sabar jeeeelaaah.....

puteri.... berkata...

puteri...
saya tak faham dekat seseorang lelaki 2 dya mintak putus tetapi dya mahu lagi berkawan ngan kita adakah dya masih mencintai kita atau tidak....

Tanpa Nama berkata...

kadang kala hati terasa sunyi,ingin sekali hati ini merasa kan betapa indah nya bila di temani orng tersayang ternyata semua nya hanya lah hayalan....!!!

mat din berkata...

begitu susah untuk mengekal kn hubungan persahabatan,ada kala nya dia bisa memahami hati kita dan ada kala nya kata kata kita bisa menyakit kan hati nya.....!!!smoga anda bisa memahami arti persahabatan yg sebenar nya....>>>

white angel berkata...

xtau dh mcmn nak pjuk ni..semua dia tak bls,,pm pun x reply, call hp pun x nak jwb..msg pun x reply jg.mrh sgt lah agaknya..mcm mengganggu pulak sbb asyik nak alert dia je spy dia ckp..tp dia diam je...ni kali ke 2 dah..1st time dlu dia dpt lg nak terima..kali ke 2 ni mcm takda harapan dh..sedih sgt rasa sbb x bjaya nk pujuk dia..tmbhan lg dia la org pertama yg berjaya bertakhta di hati..kalau smpai bila2 dia mcmni..xda harapan lg la agaknya...tp msh tetap syg dia smpai bila2

Tanpa Nama berkata...

btol ke erk???nk cye or xmo,pning3...hakhakhak

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.