9 langkah asas dalam menghadapi masalah

Share on Tumblr Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu. 9 langkah asas dalam menghadapi masalah

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

yang penting redha,lapangkan hati dan fikiran.semuanya drNya dan kepadanya kita memohon kebaikan dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

yAnG pEnTiNg KiTa BePiKiRaN tErBuKa DaN bIsA mEnErImA sEsUaTu YaNg BaIk DaN bUrUk

Tanpa Nama berkata...

semua orang ada masalah...skarg nie aku ada persengkataan dengan sahabat yang ku kenal 3 tahun yg lalu,gara-gara kesilapan,aku yg merasa tersingung dengan kata-katanya,,aku mendiamkan diri dan tak bnyak ckap dngan nya,satu hari dia memutuskan ingin brhenti kerja,,aku cuba menghubunginya dan membetulkan keadaan tetapi dia tak ingin memberi peluang..aku buntu..ini pertama kalinya aku amat tersingung dengan kata-katanya

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.