Keluhan Uda Dan Dara

Share on Tumblr KELUHAN SI TERUNA....

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !

Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?


KELUHAN SI DARA.....

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku


* Kredit kepada penulis asal Keluhan Uda Dan Dara

5 Komen:

Qaseh berkata...

not bad.. very interesting! congrat!

Tanpa Nama berkata...

gara-gara memeras menantu dengan duit hantaran & majlis perkahwinan... last-last anak & menantu lepas kawin tak muncul-muncul lagi sehabis majlis kawin.. tulah! nak sangat anak kawin glamor.. padahnya tali persaudaraan jadi galang gantinya.

Tanpa Nama berkata...

menarik!...

Tanpa Nama berkata...

saya pun nak kawin, dah 8tahun bercinta, 2 tahun bertunang. nak kawin asyik tangguh je sebab bakal suami saya xmampu nak sediakan duit hantaran yang mak & ayah mintak. aku pun serba salah jadinya.. mak & ayah nak buat kenduri besar2an sebab aku satu2nya anak perempuan yang mereka ade. tapi bakal suami aku pulak xmampu nak sediakan duit hantaran sebab gaji dia pun xseberapa. bile aku nak kongsi duit dengan dia, dia xkasi katanya biar dia yang cari duit hantaran. dah memang tanggungjawab dia katanye. abih macamana nak buat???? umur aku&tunang aku memang sebaya, kami bercinta sejak dari sekolah lagi. keluarga kami pun dah restu hanya yang jadi masalah sekarang ni adalah wang hantaran perkahwinan kami...

Tanpa Nama berkata...

kan bagus kalau masyarakat kita membudayakan pernikahan & perkahwinan yang mudah & ringkas.. paling bermakna ikatan yang sah..betol tak?
ini aku nak kawen pun kene loan.. huhu!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.