Usah Diikut Rasa Hati

Share on Tumblr Memiliki kekasih ketika usia remaja bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia senario biasa kerana ketika usia meningkat 14 tahun dan 15 tahun, remaja sudah mula tertarik antara satu sama lain. Kemudian masing-masing mula masuk ke alam percintaan dan berasa senang apabila berpasangan ketika berusia 16 tahun ke atas.

Bagaimanapun, kebanyakannya pasti mengalami masalah sama iaitu mendapat tentangan ibu bapa atau orang tua. Apabila ini berlaku, remaja mula tertekan dan ingin memberontak. Memang buntu dibuatnya apabila kekasih yang pada anda cukup sempurna dengan wajah seiras ‘supermodel’, tetapi masih dipandang sebelah mata oleh ibu bapa.

Bagi remaja yang memiliki ibu bapa warak, cabarannya pasti lebih hebat. Waktu itulah anda berasakan alangkah bertuahnya jika anda berdua saja yang hidup di dunia ini!

Situasi ini tentu membuatkan anda bingung memikirkan pasangan sesuai untuk memuaskan hati orang tua. Dalam masa sama kekasih pula menjauhkan diri.

Jika memihak kepada kekasih, tentu ibu bapa bertambah marah dan jika menurut kata mereka, itulah satu-satunya kekasih istimewa anda dan mungkin sukar dicari ganti.

Bagaimanapun, orang tua terutama ibu bapa perlu dihormati kerana mereka yang melahir dan membesarkan kita hingga menjadi insan berguna.

Sekiranya kekasih anda tidak disukai kerana gaya dan tingkah lakunya, beritahu baik-baik kepada ibu bapa anda (jangan cuba tinggikan suara dan cuba bersabar) mengapa dia menjadi pilihan anda.

Cuba jelaskan kepada mereka bahawa kekasih anda masih mempunyai adab dan sopan biarpun gaya penampilannya agak kebaratan.

Namun, jangan sekali-kali berbohong dan menokok tambah cerita. Beritahu mereka perkara yang sebenarnya saja dan bersikap sejujur yang boleh.

Bagaimanapun, jika ibu bapa bersetuju tetapi dengan syarat ketat, anda perlu faham. Ibu bapa mana di dunia ini yang tidak mahukan sesuatu yang terbaik untuk anaknya. Tentunya mereka perlu berhati-hati terutama sekarang apabila permasalahan sosial di kalangan remaja cukup tinggi.

Jika anda mahu membawa kekasih berjumpa ibu bapa anda, beritahu kepadanya supaya hadir dengan berpakaian kemas dan rapi agar ibu bapa anda tidak curiga. Sebagai kekasih yang baik dan setia, pasti dia mengerti.

Langkah diberikan itu sedikit sebanyak boleh meringankan masalah anda. Dalam masa sama, hubungan antara kekasih dengan ibu bapa anda juga dilihat ada penyesuaian.

Sehubungan itu, jika kekasih mengunjungi rumah anda, diharapkan ibu bapa tidak lagi menarik muka atau berkerut dahi.

Apa yang pasti, hubungan yang direstui pastinya lebih menyeronokkan kerana anda tidak perlu lagi berjumpa secara sembunyi-sembunyi. Usah Diikut Rasa Hati

1 Komen:

Cinta berkata...

good advice...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.